CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Prickford

[Tempatan] Lagi pembinaan lebuhraya runtuh !!!

  [Copy link]
Post time 3-3-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lori main hentam je ke? Tak retis2 nak adjust?
Time peak org balik Keje tu lah dia pun nk bergerak jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 3-3-2021 09:17 PM

Laluan iols pegi kerja pagi masa PKPB sebab tak jem tapi balik ikut jalan lain sbb petang jem walaupun PKPB ramai WFH pun. Kalau bukan PKP/PKPB memang iols kirim salam ler nak lalu area sini sbb jem teruk. Kesian ler yg terperangkap dalam jem macam ni, berjam2 nak lepas.

Keliling rumah iols ni mmg penuh dgn construction, SUKE/DUKE/MRT, memang hadap je ler jem pegi/balik kerja lalu area construction. Hazab
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat lagi ke mangsa bwh runtuhan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Menggigil satu badan tadi sbb kawan hasben call tanya pasal pakcik sbb eksiden ni. Pakcik akak mmg bawa van kilang. Dpt info org Gombak driver ni. Terus call mak pastu mak call pakcik. Alhamdulillah dia angkat call. Pakcik baru balik hantar org. Pakcik cover area Keramat.
Yg driver ni pun org gombak jugak. Dpt info dapat keluar dah. Hantar serdang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok kat fb sampai pukul 9 pun tak boleh bawak keluar mangsa dalam van tu lagi. Kesiannya. Tak pasal2 je.
Menakutkan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 3org keluar
Xtahu keadaan hidup/mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 09:40 PM | Show all posts
Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 3 mangsa terperangkap dikeluarkan
Astro Awani
Mac 3, 2021 20:58 MYT

KUALA LUMPUR: Tiga mangsa daripada empat atau lima orang yang terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) petang tadi, berjaya dikeluarkan malam ini.
Seorang mangsa yang dipercayai lelaki pemandu van kilang yang identitinya belum dikenal pasti itu dikeluarkan daripada kenderaan yang terperangkap di bawah runtuhan berkanaan kira-kira jam 8.45 malam.
Dua lagi mangsa yang turut belum diketahui identiti dan jatina mereka berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan mereka masih belum diketahui sehingga kini dan Astro AWANI sedang menunggu kenyataan rasmi pasukan bomba serta polis.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 5.58 petang itu, empat hingga lima mangsa yang menaiki sebuah van kilang dipercayai terperangkap dalam runtuhan berhampiran Desa Tun Razak.

Insiden itu telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Runtuh | Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE
Pihak bomba dalam satu kenyataan sebelum ini, memaklumkan menerima panggilan sekitar jam 5.58 petang sebelum mengerahkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi serta BBP Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras ke lokasi kejadian.
Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (PROLINTAS), pemaju bagi projek pembinaan SUKE dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang tadi.
Bagaimanapun lori treler tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan SUKE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 09:40 PM | Show all posts
inilah jadinya bila politician/menteri mintak rasuah dr contractor, contractor akan kurangkan quality apa2 service yg diberi utk cover duit modal terpaksa bg rasuah tu, untung dah kecik  so kena  kurangkan quality akhirnya rakyat yg tanggung bala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 09:45 PM | Show all posts
dan juga rasuah di semua peringkat, semua blh kawtim kasi lps, pegawai/engineer kjaan yg bertanggungjwb pembinaaan ikut spesifikasi. piawaian bagai mkn rasuah so rakyar dpt jambatan rapuh blh runtuh. anytime
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sehirkedi replied at 3-3-2021 11:37 AM
Bulan September lepas ada slab konkrit jatuh.. Lebuhraya SUKE jugak kan?

Adehh.. Seram nak lalu b ...

Yang ini ke

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
2meninggal
Rakyat tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal-pasal balik Keje mati kena hempap.. aduhai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah takutnya la hal2 mcm ni nak drive lalu bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut jem teruk ptg tadi otw balik, tengok waze 10km tapi 2 jam lebih terus reroute jalan lain. Haishhh memang bahaya pun jalan under construction ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
safety officer akn jadi org pling bz nk menjawab,bila jadi kes gini
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebuhraya DUKE pun tak se SUKE ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg best nye kalau lalu lembah klang
Kesukaran harini utk kemudahan masa depan

Rasa nya 'harini' tu dah 10 thn dah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:32 PM | Show all posts
komen youtube driver trelar ditahan di balai sg besi
2 wanita meninggal dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:33 PM | Show all posts
kebetulan harini hujan setelah sekian lama tak hujan.. tup2 kes runtuh pulak jambatan... soo scary
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:36 PM | Show all posts
cupu replied at 3-3-2021 08:30 PM
Suwei sgt la klu 2 kejadian runtuh blaku pd highway sama...mohon lps ni buat sembahyang hajat minta  ...

teringat urban legend nak bina jambatan pulau pinang kena korbankan manusia untuk bagi jambatan tu kukuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.555569 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list