CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1149|Reply: 16

[Tempatan] Zoo Negara dibuka semula Jumaat, diskaun 20%. Zoo maya nanti dulu

[Copy link]
Post time 3-3-2021 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Zoo Negara dibuka semula Jumaat, beri diskaun 20%
Bernama
Diterbitkan 3 Mar 2021, 9:27 pm

Zoo Negara akan kembali dibuka kepada pengunjung bermula Jumaat ini, dengan menawarkan 20 peratus diskaun bagi harga tiket dewasa dan kanak-kanak sebagai usaha menarik pengunjung ke situ.

Timbalan Presidennya Rosly Ahmad Lana berkata pembukaan Zoo Negara telah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) ketat tetap dilaksanakan dengan hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.

“Kami bersyukur dan berterima kasih walaupun dalam tempoh PKPB (sebelum ini), kunjungan begitu menggalakkan. Kami sebenarnya bimbang kerana sekiranya Zoo Negara masih belum dibuka, pihak kami akan mengalami masalah,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Rosly berkata sepanjang PKP pihaknya telah menerima sumbangan lebih RM11 juta daripada badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan sukarelawan serta individu, sejak Jan 2020 hingga Jan 2021.

Menurut beliau, sumbangan bagi membeli bekalan makanan haiwan, perubatan serta menguruskan haiwan secara berterusan itu dijangka mampu bertahan hingga April ini.

Sementara itu, Rosly turut melepaskan 500 kilogram (kg) ikan rohu dan 400 kg ikan keli Afrika di Tasik Tunku Abdul Rahman yang dibuka kepada pemancing sejak 20 Feb lepas pada 9 pagi hingga 3.30 petang.

Katanya, pematuhan SOP ketat turut dikenakan dengan mengehadkan 90 orang di kawasan tasik pada satu masa dan dikenakan bayaran masuk RM35 seorang manakala ikan yang ditangkap melebihi 10 kg akan diserah kembali kepada pihak zoo.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu adoption package voley claim tiket tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 09:46 PM | Show all posts
Bolehlah lepas ni bawa anak-anak beriadah ke zoo negara
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Bolehlah nak bawak anak lps ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:03 PM | Show all posts
boleh la puak2 etis forum ke zoo untuk bersembang dngn cipanzi dan burung
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Let's go to the zoo....there's lot's of things to do....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 3-3-2021 10:16 PM
Let's go to the zoo....there's lot's of things to do....

Marilah kita ke zoo ramai-ramai dah tentu memang seronok apabila di situ hey gajah harimau dan singa aku dah tak ingat da
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 3-3-2021 10:17 PM
Marilah kita ke zoo ramai-ramai dah tentu memang seronok apabila di situ hey gajah harimau dan sin ...


tv kena mainkan balik iklan ni...bior bebudak ikut nyanyi sekali....#kenangansgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Maya Karin pun boleh nanti dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:34 PM | Show all posts
iols nak pergi... tapi tengok dulu... kalau ramai sangat pun tak berani... dah la belum dapat tungging cucuk vaksin lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2021 12:01 AM | Show all posts
ni time jerebu
panas lagi
sure binatang duduk lepak ja  
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:55 AM | Show all posts
2 kali dah pegi time renovate

seriikkk

hopefully next time aman damai boleh tengok gajah rimau
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la.....hidupkan semula pelancongan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 10:07 AM | Show all posts
Mari kita ke zoo..bergembira disitu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 10:11 AM | Show all posts
Bolehlah pergi nnt bg sokongan kat zoo kita
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 10:37 AM | Show all posts
Berbaloi ke pergi zoo? Iols tak nak tengok hewan kurus kering..keca cerca dek ummah IG katanya mengongkong hak asasi hewan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 01:32 PM | Show all posts
Siapa2 yang tak nak zoo terkubur bolehlah bantu dengan pergi kesana tak perlu secara maya dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.173940 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list