Menurut Sasqia, dia telah memulakan perniagaannya secara suka-suka sahaja. Dia mula menjual laksam resipi ibunya menerusi home based delivery ketika Singapura melaksanakan perintah kawalan ketat circuit breaker selama lapan minggu bagi mengekang Covid-19 pada tahun lalu.
Sasqia kemudiannya mengambil langkah lebih berani selepas dia tidak lagi mampu lakukan bisnes jualan makanan ini berseorangan setelah jumlah tempahan laksam mencecah 300 hingga 400 pek sehari. Tambah Sasqia, dia semakin bersemangat untuk membuka kedai makan itu apabila dia menerima dorangan dari suami dan rakan-rakannya di Singapura.
Tambah Sasqia, kedai makannya Kelate.sg akan tambah menu nasi kerabu tidak lama lagi dan akan menjual menu nasi dagang serta nasi berlauk pada masa akan datang. Sasqia mahu tambah menu baru itu kerana dia teruja dengan kehadiran pelanggan yang tidak putus-putus sehingga sekarang untuk menikmati masakan asal negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Kini, Sasqia juga dibantu oleh beberapa orang pekerja bagi memastikan rasa masakan kekal tidak berubah. Dia juga sedang memikirkan untuk mewujudkan central kitchen atau dapur berpusat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Sumber
nstagram Sasqia Dahuri