CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7969|Reply: 84

[Tempatan] Abam Sajat terima ugutan bunuh

  [Copy link]
Post time 3-3-2021 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Sajat terima ugutan bunuh

https://www.kosmo.com.my/2021/03/03/sajat-terima-ugutan-bunuh/

Oleh MOHD. HAIKAL ISA
3 Mac 2021, 8:06 pm


Sajat

PETALING JAYA – Nama Sajat terus sohor kini di media sosial dan terbaharu, ramai dalam kalangan netizen meninggalkan komen berbaur ugutan untuk membunuhnya kerana keterlanjuran bicara usahawan kontroversi mahu keluar agama Islam.

Di Instagram, ramai netizen yang meninggalkan komen yang ingin ‘menamatkan riwayat’ Sajat atau nama lengkapnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

“Halal dah darah dia, aku nak rejam dia sekarang dan siapa nak bunuh dia sekarang, let’s go.”



Itu antara komen tidak bertanggungjawab yang ditinggalkan segelintir rakyat Malaysia atau netizen di media sosial yang berang apabila Sajat baru-baru ini mengeluarkan hasrat untuk keluar agama Islam kerana tidak ‘sekepala’ dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pun begitu, ramai juga mempertahankan Sajat di media sosial yang tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah orang yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman kepada sesama manusia.



“Gila betul orang bangga komen nak bunuh Sajat. Tidak siuman kalau anda rela untuk membunuh seseorang kerana agama.

“Pergi baca balik kitab, sebab tiada langsung hukuman bunuh disebabkan apostasi (keingkaran terhadap agama),” tulis seorang netizen.



Terdahulu, serbuan dilakukan ke kediaman Sajat, 36, oleh pihak JAIS. bagaimanapun, usahawan tersebut gagal ditemui oleh pihak berkuasa sehingga sekarang.

Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan Sajat seolah-olah memerli JAIS apabila memberitahu masih tiada orang mengetuk pintu rumah untuk menangkapnya.

Perbuatan itu dilakukan selepas JAIS memaklumkan sedang memburunya selepas waran tangkap kepadanya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa lalu.

Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah di hadapan Mohammad Khalid atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat. – K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah hape2.. Bab mcm laju plak nk hukum Cuba tny solat cukup x..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:41 PM | Show all posts
Overnyaaa... Sajad dah boleh mohon suaka kat Sweden

anyhoo tingat bideo ahso lesbo Msia yg dok kat NY, buka restoran di sana... bgtahu dah bertahun tak balik Penang sbb ummah LGBTQ tanah air tak kira bangsa atau agama, selalunya ditangkap dan dihukum mati. Gitu sekali nak terus dpt suaka
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:49 PM | Show all posts
alahai overnya sampai nak bunuh2 orang...
padahal agama sendiri pun tak sempurna lagi...
diri sendiri pun bakal terbakar dalam api neraka jugak..
bezanya sajat mungkin selama2nya kalau murtad dan ko tu sementara ya itu kira lama jugak nak ambil masa nak habis seksaan2 neraka tu habis untuk cuci dosa2 dekat dunia tu...

over nauuu ko dik... aku pun tak seover tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang je lebih.
Suh sembelih ayam lembu berani ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg la dia buat salah, tp kalau dia buat report ats ugutan korang tu, korang plak yg polis cari nnt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Leave her alone la. Dia bukannya kacau orang. Melacur pun tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la malayuu low class otak .mat rempit.   Acah2 jadi hero..maka benarlah non dn islamphobia claim ...muslim ni teroris ..  Choi tk sokong aku..
Harap diorg ni kena report ..memalukan org islam lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 11:14 PM | Show all posts
teringat ada sorang penyokong umno kata dia nk bunuh arwah nik aziz

apa citer abg tu skarang ye?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang beria bagi limelight kat ponen xckup kasih sayang ni da knape??dia tgah mereng la tu takde jejans nk cikcur dia smpai air masuk ats otak..da kata dedua pakwe melayu dia da plih pompuan dia ni rasa terkesan la pdhal da byak duit dia labur ka jejans2 tu tapi deyollss tetap plih cikpuk ori
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok dkt tiktok katanya da jmpe,haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mh17 replied at 3-3-2021 11:33 PM
Tengok dkt tiktok katanya da jmpe,haha

Jumpa dkt mana?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:39 PM | Show all posts
pihak jabatan agama islam tolong lah cepat2 selesaikan isu ni. This is so ridiculous. Sultan tolong lah masuk campur. Kenapa diaorang lambat bertindak? Masalah sajat ni dari sebelum dia dan kawan2 pondan dia pergi umrah lagi. Kecewa sangat bila semua yang konon nye ahli agamawan bijak pandai ni biarkan saja peristiwa dia menipu utk buat umrah. Syarikat travel tu pun bebas saja. Tolong ambik tindakan segera.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:44 PM | Show all posts
So siapa sekarang yang memalukan Islam?

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 3-3-2021 10:56 PM
Leave her alone la. Dia bukannya kacau orang. Melacur pun tidak.

Betul.

Dia nak ber tik tok ka, ber kok kok lantak dia lah dalam dunia dia, tak kan ada effect sampai macam ni kalau takde yang melayan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 3-3-2021 11:39 PM
pihak jabatan agama islam tolong lah cepat2 selesaikan isu ni. This is so ridiculous. Sultan tolong  ...

Ko nak Sultan buat apa?

PBB tak nak panggil sekali?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ek eleh yang ugut2 nak bunuh tu akak syak dalam phone penuh porn.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sajat ni pun satu. Lain kali jangan celaka sangat memondan terang2an cabar sensitiviti masyarakat. Kau tu dah la Melayu, lahir sebagai orang Islam, tinggal pula di Semenanjung Malaysia. Dah bertahun2 ngkau mencapub, diberi teguran pun ko buat bodo. Lehat la sekarang dah ke laut jadinya isu ngkau. Pondan2 lain takda pon diberi limelight seropa ngkau karna apa? Deols reti behave.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni dah cukup sekular bagi akak. TAPIII jika ngkau Muslim jangan bodoh mencapub tayang ko murtad ka makan babi ka pi umrah sebagai pondan ka, di socmed. Itu sahaja. Ngkau dok dendiam, rakyats will leave you alone as well.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:25 AM | Show all posts
Halal dah darah dia, aku nak rejam dia sekarang dan siapa nak bunuh dia sekarang, let’s go.
agama mana ko ikut nie oiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.319170 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list