CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1448|Reply: 12

[Tempatan] Potong giliran dapatkan vaksin Covid-19: Denda tak lebih RM50,000, penjara 6 bul

[Copy link]
Post time 3-3-2021 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Potong giliran: Denda RM50,000, penjara 6 bulan

https://www.utusan.com.my/berita ... 00-penjara-6-bulan/

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
3 Mac 2021, 8:37 pm


DR. ADHAM BABA

PUTRAJAYA: Individu yang memotong giliran bagi mendapatkan vaksin lebih awal dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berdepan penalti denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, penguatkuasaan akan dibuat mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa 11 Mac ini.

Beliau berkata, pihaknya boleh menggunakan Seksyen 31 yang memberi punca kuasa untuk pengenaan penalti mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan dalam akta berkenaan.

“Peraturan bawah subseksyen baharu ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan dalam Akta 342 menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

“Kita ada Seksyen 21A yang dipanggil peruntukan baharu, (memberi) kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan, membolehkannya mengeluarkan apa-apa cara, cara yang hendak dibuat.

“Sebagai contoh, seseorang dijadualkan mengambil pelalian tetapi mereka tidak datang (tanpa alasan munasabah) atau kita sudah beri nama untuk mendapat suntikan pada tarikh tertentu tetapi dia tiba-tiba potong giliran,” katanya di sini, semalam.

Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 turut menyertakan 10 peruntukan termasuk lima peruntukan baharu dan lima peruntukan sedia ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Bagaimanapun, Adham berkata, setakat ini Kementerian Kesihatan belum menerima laporan rasmi membabitkan mana-mana individu memotong giliran untuk mendapatkan vaksin.

Sementara itu, Adham memberitahu, Sijil Vaksinasi Pintar atau ‘Smart Vaccination Certificate’  akan diperkenalkan sebagai pengenalan khas untuk mereka yang sudah disuntik vaksin Covid-19 dalam masa sebulan lagi.

Berhubung permintaan hospital swasta untuk mendapatkan bekalan vaksin sendiri, beliau berkata, buat masa ini, perolehan hanya dibuat kerajaan yang diagihkan secara percuma kepada rakyat.

Beliau menjelaskan, peranan hospital swasta akan dilibatkan pada fasa kedua Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan iaitu membantu kerajaan menyediakan fasiliti dan petugas untuk vaksinasi.

Sementara itu, Adham memberitahu, Sijil Vaksinasi Pintar atau ‘Smart Vaccination Certificate’  akan diperkenalkan sebagai pengenalan khas untuk mereka yang sudah disuntik vaksin Covid-19 dalam masa sebulan lagi.-UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri kesihatan pakai mask mcm org bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak bodoh..dia seorang doktor yang mempunyai penawar untuk covid 19 iaitu minum air suam..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye yeee lah tu nk dendaa..ai nak doa semoga y potong barisan ni kena kobid y variant lg teruk sehingga buat mereka mati dgn cpt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:37 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Yang aku herang... Camne boleh potong barisang kalau nak dapatkan baksing pong kena daftar dulu kat MySejahtera...? Denda belakang kira... Tangkap yang makang rasuah tu lar...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
AceHand replied at 3-3-2021 05:37 PM
[AceHand SPECTaceLAR]

Yang aku herang... Camne boleh potong barisang kalau nak dapatkan baksing p ...

Aku pun herang jugak.
Pastu, penjawat awam yang benarkan org tu potong, tak kena denda?

Boleh ke org potong barisan kalau tukang lulus/tukang bagi vaksin tak benarkan?

Tak terhubung  sel2 otak ku, atau sel2 otak pak munteri?

Ni macam peraturan kat norway pasal melanggan pelacur. Pelanggan kena tindakan, tapi pelacur aman2 je..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2021 09:54 AM | Show all posts
AceHand replied at 4-3-2021 01:37 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Yang aku herang... Camne boleh potong barisang kalau nak dapatkan baksing p ...

Ketua jabatan kot..

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 10:21 AM | Show all posts
tapi macam biasa.. sop denda hanya terpakai kepada marhaen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dah kroni pak menteri x kan la dia org denda.. Aku lebih rs saje je dia ckp nk denda.. Tp nan hado..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 11:32 AM | Show all posts
ini semua fitnah dajjal

berlumba mereka memasukkan coklat cip dalam badan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 11:32 AM | Show all posts
Masalahnya sekarang ni yg nak ptong queue acah2 frontliner ni byk vip/ politician jah, marhaen mana berani nak buat benda cmni. Yakin ke vip/politician ni akan didenda sebegitu? Kes anuar musa, takiri pon xnmpak bayang2 denda. Pffttt....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:33 PM | Show all posts
kalau betul telus, publish la list of penerima vaksin yang berdaftar, n jadual divaksin.
senarai sendiri simpan, padahal beli guna public fund kot. we need to know who are on the list, and ramai2 daftar ni bila giliran. cakap atas angin boleh la, nak saman etc. senarai tu bkn org dalam tak blh nak pinda
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:53 AM | Show all posts
ina_na replied at 4-3-2021 11:17 AM
Kalo dah kroni pak menteri x kan la dia org denda.. Aku lebih rs saje je dia ckp nk denda.. Tp nan h ...

Itu hanya cukup syarat untuk sedapkan hati rakyat marhaen seperti adik2 semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.140230 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list