CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8791|Reply: 71

[Tempatan] Welcome pkp 3.0” – Ibu Bapa ‘Berkampung’ Hantar & Ambil Anak Dari Sekolah

  [Copy link]
Post time 3-3-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pada 1 Mac lepas, murid pra-sekolah, tahun 1 dan tahun 2 sudah mula kembali ke sekolah menjalani pembelajaran seperti sedia kala. Beberapa hari lagi, pada 8 Mac akan datang, sesi persekolahan akan dibuka untuk murid sekolah rendah tahun 3 hingga 6 pula.

Namun, pada hari pertama sesi persekolahan itu yang dijalankan mengikut SOP ditetapkan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen. Melalui media sosial, telah tular beberapa foto menunjukkan keadaan di mana ramai ibu bapa berhimpit beramai-ramai di depan kawasan sebuah sekolah yang tidak didedahkan lokasinya

Berdasarkan gambar yang tular di Twitter itu, ramai netizen geram melihat ibu bapa yang tidak menjaga SOP sedangkan anak-anak mereka diajar di sekolah untuk mematuhi peraturan tersebut.

Seharian cikgu cikgu meratib ajar pasal penjarakan sosial apa semua pastu depan pintu pagar balik jadi kelam kabut dgn parents nk cari anak, dengan anak nak carik mak. Janganlah PKP 3.0.”

Hantar anak sekolah. Anak-anak ikut SOP. Mak pak ikut dan.”

Ramai pengguna Twitter memberikan respon masing-masing dan meluahkan rasa kurang senang dan serta kecewa dengan apa yang mereka lihat. Malah, ada beberapa netizen berkongsikan situasi yang sama berlaku di sekolah-sekolah lain.

Kata netizen, ada sesetengah ibu bapa yang datang ‘sekampung’ hanya semata-mata untuk menghantar anak ke sekolah tanpa memikirkan risiko jangkitan Covid-19.

Para ibu bapa dikatakan sudah tidak menghiraukan tentang SOP penjarakan fizikal meskipun memakai pelitup muka. Ada yang boleh dilihat berselisih dan berlaga badan dalam keadaan sempit di depan pagar sekolah.

Melalui thread Twitter itu juga, ada cikgu yang berkata situasi tersebut tidak seharusnya berlaku kerana murid dibenarkan keluar secara berperingkat dalam tempoh selang tiga hingga lima minit. Kata guru yang memuat naik gambar di Twitter itu,

Kitorang cikgu-cikgu memang keluarkan murid berperingkat selang 3-5 minit tapi sebab ramai sangat and ada parents yang tak datang awal so budak yang keluar awal pon jadi stuck sekali dengan yang kemudian.”

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 12:19 AM | Show all posts
pkp 3.0?

mat semburit menteri kunyitnomi mewakili gay2 dan pondan2 pedo senyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
RIP normah baharudin
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak ayah nya mengada....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 06:59 AM | Show all posts
Yang suruh sistem panggil nama, drive thru tu, kalau sekolah murid bawah 300 boleh le laksanakan.
Tu sbb kami perlukan sistem penggiliran.
Ni baru darjah 1 dan 2.
Satgi kalau semua dah start next week lg ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Masyarakat ramai yg x cerdik dalam menangani covid untuk jaga SOP...
Kena ada undang2 baru nk ikut kalau diri sendiri x reti nk buat untuk konsep "kita jaga kita"....mmg betul2 mcm orang x pernah pi sekolah...

Kat mana2 pun sama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah murid ribu2 satu Malaysia boleh bukak, parlimen 200 org tua xboleh bukak sbb takut mereka kojol? Kahkahkah kerajaan atap!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah setahun lebih dah pandemik.. tak reti 2 lgi nak norma baru.. da tua pon bodohh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 07:43 AM | Show all posts
Cikgu amik blajaq tinggi2 pastu tiap tahun gaji naik takkan takleh come out dgn cara yg lebih effektif utk pastikan proses pendaftaran pelajar berjalan dgn lancar ikut SoP...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 4-3-2021 06:59 AM
Yang suruh sistem panggil nama, drive thru tu, kalau sekolah murid bawah 300 boleh le laksanakan.
T ...

Ye..i sokong...sejak dulu kita suruh buat penggiliran, walaupun mode penggiliran ada dalam kpm, tp jpn/ppd yang taknak. Sama dgn 20 murid satu kelas sesuai dgn penjarakan murid. Tp sekarang dlm kelas padat sepadat2nya. Pelik kan? Tp itu realitinya. Sistem hauk!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:49 AM | Show all posts
rip new normal
gila betul parents pun tak agak2 nak gelabah gitu sekali


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah 1 sekolah diatas tu malas nak sebut nama,, memang macam tak prepare langsung,, cikgu terjerit2.. sebut nama kelas tak pakai pembesar suara. Cikgu kelas pula kelas dah nak mula, baru nak minta bantuan ibu bapa repair kelas takde elektrik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga adik2 membesar menjadi manusia berguna untuk masyarakat dan tak menjadi bingai macam ibubapa adik2 semua.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa diorang berhimpit2 ni tak terfikir ke pasal penjarakan sosial? Otak tertinggal kat rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:58 AM | Show all posts
netijin belum lagi menyalak kluster sekolah
mgkin sebb muka mureka sendri..muahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya tgk crowd segitu

Semoga Allah lindungi kanak2 yg tak berdosa ni semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 08:33 AM | Show all posts
MakareyumSuciey replied at 4-3-2021 07:44 AM
Ye..i sokong...sejak dulu kita suruh buat penggiliran, walaupun mode penggiliran ada dalam kpm, tp ...

chuols..dah setahun bawah pemerintahan abah takkan la tak faham lagi...jangkitan mengingkat=darurat disambung=kekal berkuasa...bukak sekolah ni salah satu strategi je
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 08:33 AM | Show all posts
PKP lepas tu PKPB.. lepas tu PKPP.. lepas tu PKP balik.. begitu lah berulang-ulang sampai abang jamil mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 08:34 AM | Show all posts
apa pun aku doakan semuanya selamat sbb aku sebagai backliners sbb tak perlu pakai ppe pun dah letih..setahun dah camni..balik rumah letih..kekadang anak2 jadi mangsa kemarahan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat la penggiliran
Budak darjah 1 keluar pkl 12
Budak darjah 2 12.30
Darjah 3 pkl 1
Jadi xde la semua keluar serentak. Atleast ada la gap menunggu parent. Ayoiiiii.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.155098 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list