CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 972|Reply: 5

[Tempatan] 6 beranak berteduh di rumah usang

[Copy link]
Post time 4-3-2021 02:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-3-2021 10:35 AM

6 beranak berteduh di rumah usang

Ramli Ibrahim - Mac 3, 2021 @ 2:19ambhnews@bh.com.my


Mohamad Lir bersama empat anaknya yang tinggal di rumah usang di RTK KESEDAR. - NSTP/ Ramli Ibrahim




GUA MUSANG: Enam beranak yang berteduh di rumah usang di rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Paloh 1, di sini, menjadikan kegiatan menjual telur itik sebagai pendapatan utama bagi menyara keluarga.

Mohamad Lir Abdul Rahman, 51, berkata dia dan isterinya yang juga generasi kedua KESEDAR itu berusaha membesarkan empat anak termasuk seorang anak perempuan orang kurang upaya (OKU) dengan menternak 15 ekor itik selepas tidak dapat bekerja akibat cedera ditimpa dahan pokok dokong tiga tahun lalu.

Katanya, pendapatan yang terhad menyebabkan rumah usang didiaminya sekeluarga tidak mampu dibaiki dan menunggu masa menyembah bumi kerana lantai dan dinding semakin reput.

"Kami merayu ada pihak dapat membantu mendapatkan rumah baharu yang lebih selesa kerana dapur rumah sudah runtuh dua hari lalu hingga terpaksa memasak dan makan di ruang tidur yang sempit.


"Selain itu, bumbung rumah juga bocor dan tidak dibaiki sehingga kini," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.
Mohamad Lir berkata, dia hanya boleh melakukan kerja kampung dan menjual telur itik dengan pendapatan RM10 sehari bagi membeli keperluan makanan.

"Pendapatan hasil menjual telur itik terpaksa dijimatkan hingga menyebabkan ada kalanya terpaksa makan nasi sekali sehari saja," katanya.
Isterinya, Lilis Suriani Hussin, 41, pula berkata, beliau yang mempunyai penyakit buasir tahap empat tidak mampu bekerja dan menjaga anak keduanya, Siti Nur Hawa, 12, yang OKU dan terlantar akibat sakit saraf.

"Walaupun, anak OKU kami mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, tetapi itu untuk perbelanjaan dia saja," katanya.









Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu baca kisah macam ni di kelantan dan kerapkali juga di gua musang. Tak rasa berdosakah ku li mp umno. Apa saja lah fungsi
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 10:08 AM | Show all posts
cerita biasa dari negeri nun..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 10:14 AM | Show all posts
Munshi replied at 4-3-2021 04:14 AM
Selalu baca kisah macam ni di kelantan dan kerapkali juga di gua musang. Tak rasa berdosakah ku li m ...

Kuasa mahu...tapi jarang ambik tahu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 04:39 PM | Show all posts
buat masjid besar bapak konon ala2 mekkah dekat gua musang,tp rakyat biar melarat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 04:40 PM | Show all posts
kalaulah wakil2 rakyat dan ketua2 kampung semua jujur, memang kurang masalah kemiskinan di Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057860 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list