CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 1

[Dunia] Sri Lanka rancang tanah perkuburan mangsa COVID-19 Islam di pulau terpencil

[Copy link]
Post time 4-3-2021 04:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-3-2021 12:10 PM

Sri Lanka rancang tanah perkuburan mangsa COVID-19 Islam di pulau terpencil

Mac 3, 2021 @ 1:32pm

Penduduk setempat berdiri di sebelah liang kubur bagi mengebumikan mangsa COVID-19 selepas kerajaan Sri Lanka bersetuju membenarkan pengebumian jenazah umat Islam di pulau terpencil, Iranaitivu di utara. - Foto AFP



COLOMBO: Rancangan Sri Lanka untuk mengebumikan jenazah mangsa COVID-19 beragama Islam di sebuah pulau terpencil dibidas pelbagai pihak.

Penduduk setempat beragama Kristian yang juga masyarakat minoriti di negara itu membantah cadangan terbabit, malah tidak dipersetujui umat Islam sendiri.

Sejak April lalu, Sri Lanka mewajibkan semua mayat pesakit COVID-19 dibakar walaupun pakar mengatakan ia tidak akan menyebarkan virus.
Bagaimanapun, dasar itu ditarik balik minggu lalu selepas lawatan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, yang menggesa Colombo menghormati hak pengebumian masyarakat Islam.


Semalam, pegawai kerajaan mencadangkan jenazah umat Islam yang meninggal akibat COVID-19 akan dikebumikan di pulau terpencil di Iranaitivu, 8.6 kilometer dari semenanjung negara itu.


Rancangan itu mendapat tentangan daripada penduduk setempat termasuk pemimpin Islam, malah puluhan rakyat Tamil yang diketuai paderi Kristian melakukan demonstrasi di Kilinochchi, berhampiran Iranaitivu.
Mereka memegang sepanduk mengatakan pulau satu kilometer persegi itu tidak sepatutnya digunakan sebagai 'tanah perkuburan' pandemik itu.

Parti Islam, Sri Lanka Muslim Congress (SLMC) pula berkata, keluarga mereka mahu mengebumikan ahli keluarga di tanah perkuburan sendiri, berhampiran dengan penempatan masing-masing.

Minoriti Islam yang dianggarkan 10 peratus daripada 21 juta penduduk Sri Lanka, mencabar dasar itu, malah mendakwa pengebumian seperti itu dilarang mengikut syariat Islam.

"Cadangan untuk mengebumikan di pulau terpencil itu tidak boleh diterima," kata pemimpin parti itu, Rauff Hakeem, kepada AFP.
Buat masa sekarang, dasar mengenai pengebumian jenazah umat Islam mangsa COVID-19 di pulau itu masih pada peringkat cadangan. - AFP







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 08:15 AM | Show all posts
apahal ular atas kubur?
tak selari betul berita dgn gambar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059675 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list