CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

[ILMU MUDAH]: Apa pendapat anda tentang Vaccine untuk Covid-19?

  [Copy link]
Post time 22-6-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 21-6-2021 06:06 PM
jika org itu ada anaphylactic reaction kepada sesuatu, maka kita tak mau lah dia di-expose kepada  ...

Tepat sekali Doc Ipes2. Sy allergic pada telur yg senankan anaphylactic dan hospitalised once. Sekali tu je. Lps tu mkn telor mmg ok je. Sy tk boleh divaksin la ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 12:02 PM | Show all posts

ROME: Itali antara negara di Eropah yang teruk dilanda pandemik COVID-19 tahun lalu, tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 28 Jun ini, kata Kementerian Kesihatan semalam.

Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza menerusi kenyataan di Facebook, berkata ia dilakukan di kawasan yang sudah dikategorikan sebagai 'putih' di bawah sistem  klasifikasi bagi mengesan penyebaran pandemik itu.
Beliau berkata, ia merangkumi semua wilayah Itali kecuali Lembah Aosta di barat laut, negara itu.

Pengumuman Speranza dibuat atas nasihat panel ilmiah Comitato Tecnico Scientifico (CTS), dan menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka jika hadir perhimpunan sosial yang besar dan berisiko.
Menjelang 28 Jun ini, pakar kesihatan negara itu meramalkan seluruh Itali akan dikategorikan sebagai zon "putih", dengan hanya 21 kematian dan 495 kes baru dicatatkan di seluruh negara semalam.

Negara itu mencatatkan 127,291 kematian dan 4.25 juta kes positif COVID-19 sejak pandemik COVID-19 dikesan pada awal tahun lalu.
Setakat ini, seramai 16 juta daripada 60 juta penduduk Itali atau 30 peratus yang berusia lebih 12 tahun sudah menerima suntikan vaksin COVID-19. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:52 PM | Show all posts
ipes2 replied at 19-5-2021 01:17 AM
not used for covid at the moment
desas desus je dulu2 tu
rupanya tak effective pon

Makin menarik isu ni...

Ivermectin: PPIM buat laporan polis terhadap KKM
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
Jun 23, 2021 @ 11:17am
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis semalam terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) susulan keengganan menggunakan Ivermectin sebagai rawatan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Laporan polis itu dibuat kira-kira jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

PPIM dalam satu kenyataan memaklumkan laporan itu dibuat sebagai inisiatif inklusif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam memperjuangkan hak kepenggunaan yang dilihat seakan tiada kompromi daripada pihak atasan dalam mempertimbangkan kaedah dan rawatan alternatif sebagai usaha mencegah penularan COVID-19.

Katanya, keengganan KKM dalam mempertimbangkan keberkesanan penggunaan Ivermectin adalah satu kesalahan jenayah.

"Walaupun KKM sudah mendapat nasihat dan surat daripada doktor pakar di Malaysia mengenai Ivermectin, namun keengganan KKM seakan menjadi persoalan kepada seluruh rakyat.

"Sudah banyak kajian klinikal membuktikan keberkesanan Ivermectin dalam mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 88 peratus dan kemampuannya mengurangkan kadar kematian sebanyak 83 peratus.

"Selain itu sudah banyak juga percubaan prophylaxis menunjukkan pengurangan yang menggalakkan penyebaran virus ini," katanya.

Kenyataan itu turut menjelaskan ketika ini jumlah kematian akibat COVID-19 semakin bertambah setiap hari dan jika lebih lambat, ia sudah pasti membimbangkan banyak pihak.

"Kita seharusnya bersikap terbuka dan menerima pandangan daripada pihak lain selagi ia terbukti berkesan bagi mencegah penularan COVID-19 ini," katanya.

Justeru, PPIM menggesa kerajaan dan pihak KKM bersedia untuk membuat kajian lanjut dan menerima kaedah rawatan penggunaan Ivermectin dengan membangunkan protokol rawatan yang selamat secara menyeluruh.

Katanya, ia terbukti berkesan di beberapa negara yang kini berjaya mengurangkan jumlah kes COVID-19 serta varian baharu.

Awal bulan ini, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital bawah kementerian itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).

Ia digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Bagaimanapun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID-19.

Penggunaan 'off-label' Ivermectin meraih perhatian global berikutan ada beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik.

Bagaimanapun FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah COVID0-19 ke atas manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, yang mana pesakit perlu dipantau dengan teliti oleh doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/831128/ivermectin-ppim-buat-laporan-polis-terhadap-kkm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 01:52 PM | Show all posts
J&J's COVID-19 vaccine shows promise against Delta variantReuters
Julai 2, 2021 04:13 MYT

Recipients of the J&J vaccine produced strong neutralising antibodies against all variants including the Delta, the U.S.-based company said. REUTERSpic
Johnson & Johnson said late Thursday that its single-shot COVID-19 vaccine showed strong promise against the Delta variant and other emerging strains and also provided durable protection against the infection more broadly.
Data showed that the durability of immune response for recipients of its vaccine lasted at least eight months, the healthcare company said, adding that its vaccine was 85% effective and could also help prevent hospitalization and death.
[color=currentcolor !important]






First identified in India, Delta is becoming the globally dominant variant of the coronavirus, according to the World Health Organization.
"Current data for the eight months studied so far shows that the single-shot Johnson & Johnson COVID-19 vaccine generates a strong neutralizing antibody response that does not wane; rather, we observe an improvement over time," Mathai Mammen, head of research & development at J&J's drugs business, said in the statement.
[color=currentcolor !important]






Recipients of the vaccine produced strong neutralizing antibodies against all variants including the Delta, the U.S.-based company said.
The Delta variant contributed to a surge in COVID-19 cases in India that resulted in the highest daily death tally in the world, and also prompted the UK to delay its reopening by one month in June.
J&J has submitted data as a preprint to the website bioRxiv ahead of peer review.
Other vaccine makers including Pfizer-BioNTech, Moderna Inc, and AstraZeneca Plc have previously said that their COVID-19 vaccines are effective against the fast-spreading Delta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 10:42 AM | Show all posts
haram! semuaa haram!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 12:41 PM | Show all posts

Sembang dgn staf...dia kata ada virus dalam antivirus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2021 09:31 AM | Show all posts
Kalaulah boleh ikut pendapat derang ni...huhu...

England bebas sekatan Covid-19 pada 19 Julai?

    Oleh Media Mulia
    5 Julai 2021, 5:08 pm

LONDON: Semua sekatan Covid-19 di England akan dilonggarkan bermula 19 Julai ini dan perkara itu dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam satu sidang akhbar.

Johnson dijangka mengumumkan mengenai perubahan terhadap peratusan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan kerja dari rumah.

Beliau dikatakan sedar akan situasi semasa dan menegaskan pandemik Covid-19 tidak akan akan lenyap dalam masa terdekat.

Namun, Johnson yakin dengan kejayaan program vaksinasi di negara ini dan menerusinya, rakyat England akan ‘bebas’.

Kadar jangkitan diramalkan terus bertambah apabila sekatan mula dilaonggarkan, namun barisan menteri yakin jumlah kematian dapat dikurangkan menerusi suntikan vaksin Covid-19.

Terdahulu, ‘hari kebebasan’ yang dijadualkan pada bulan lalu terpaksa dilupakan selepas kerajaan Britain melanjutkan sekatan Covid-19 sehingga 19 Julai ini.

Scotland, Wales dan Ireland Utara akan menguruskan peraturan Covid-19 sendiri dan kerajaan Scotland mencadangkan supaya beberapa sekatan seperti pemakaian pelitup muka dilonggarkan.

Dalam pada itu, pengerusi Persatuan Perubatan Britain, Dr. Chaand Nagpaul menegaskan adalah ‘tidak masuk akal’ untuk menghentikan pemakaian pelitup muka di kawasan ramai kerana kes jangkitan akibat varian Delta terus meningkat.

“Kita tahu pelitup muka berkesan untuk mengurangkan jangkitan dan saya tidak faham kenapa kita tidak perlu pakai lagi pelitup muka ketika kes terus meningkat?,” katanya. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 06:12 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2021 04:27 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 16 Julai 2021 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali Ke-361 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JULY 16, 2021
Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-361 telah bersidang pada hari ini, 16 Julai 2021.
Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan  pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua (2) produk vaksin COVID-19 iaitu:

  • COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated
    • Pemegang pendaftaran: Duopharma (M) Sdn. Bhd.
    • Pengilang: Beijing Institute of Biological Products Co. Ltd. (BIBP), China
    • COVILO merupakan vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm, yang juga dikenali sebagai vaksin COVID-19 Sinopharm
  • Janssen COVID-19 Vaccine Suspension for Injection
    • Pemegang pendaftaran: Johnson & Johnson Sdn. Bhd.
    • Pengilang: Janssen Pharmaceutica N.V., Belgium
Kelulusan pendaftaran bersyarat  ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.
KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.  Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
16 Julai 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 11:07 PM | Show all posts
lilac85 replied at 22-6-2021 08:28 PM
Tepat sekali Doc Ipes2. Sy allergic pada telur yg senankan anaphylactic dan hospitalised once. Sek ...

hmmm sgt risky utk divaccinate sekali lagi
selalunya, jika react sekalinya, maka akan resah docs dan nurses utk expose kan awak sekali lagi pada benda yang awak allergic dulu tu

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 11:26 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 19-7-2021 11:34 AM
ipes2 replied at 18-7-2021 10:07 PM
hmmm sgt risky utk divaccinate sekali lagi
selalunya, jika react sekalinya, maka akan resah docs  ...


Lelong lelong ini macam pun ada...better call them first ...

Fwd-


*Bismillah*
*Bermula 1 Ogos 2021*.
Kepada semua penduduk *Selangor/KL* yang masih tidak memperolehi Vaksin.


Anda boleh _*Walk In*_ sahaja, kemana2 PPV seperti senarai dibawah untuk menerima vaksin & berumur 18 tahun keatas.


1. *MIECC Mines* - Sinovac
2. *PWTC* - AZ
3. *Sunway Pyramid CC* - Pfizer
4. *Uitm Seksyen 7* - Sinovac
5. *Uitm Puncak Alam* - Sinovac
6. *Movenpick* - Sinovac
7. *Dewan Serbaguna Salak Tinggi* - Pfizer
8. *UKM* - AZ
9. *UM* - AZ
10. *ICC Shah Alam* - Sinovac
11. *Tzu Shi CingHhall Kepong* - Sinovac
12. *SACC Setia Alam* - Sinovac
13. *USIM* - Sinovac
14. *Stadium Bukit Jalil* - Sinovac
15. *Stadium Axiata* - Pfizer
16. *MiTEC KL* - Sinovac/Pfizer
17. *KLCC* - Sinovac
18. *An-Nur*- Pfizer
19. *MSU S/Alam* - Pfizer
20. *USIM* - Sinovac
21. *UTAR Sg Long* - Sinovac
22. *HUKM Drive Thru* - Pfizer
23. *Putrajaya* - Sinovac/Pfizer
24. *An-Nur Bangi* - Pfizer
25. *KPJ Klang* - Sinovac
26. *Dewan Org Ramai Kg Ampang Indah* - Pfizer
27. *IDCC Shah Alam* - AZ
28. *KPJ Ampang* - Sinovac
29. *Bangi Aveneu* - Sinovac
30. *Dewan Org Ramai Kajang Mewah* - Sinovac/Pfizer (closed)
31. *Mewah Club* - Sinovac
32. *Hospital putrajaya* - Pfizer
33. *Hospital Serdang*- Sinovac/Pfizer
34. *Hospital Specialist Sg Long*- Sinovac
35. *KPJ Selangor* - Sinovac
36. *360 Club Setia Ecohill* - Sinovac
37. *Dewan Sivik MBPJ* - Pfizer
38. *Bangi Golf Resort* - Sinovac
39. *ParkCity Medical Center* - Sinovac
40. *Dewan Besar Tanjung MBSA Section 19* - Pfizer (Bar Association)
41. *Axiata Arena Bukit Jalil* - Sinovac/Pfizer
42. *IJN* - Sinovac
43. *Sunway Medical Center* - Sinovac
44. *Pusat Perubatan Universiti Malaya* - Sinovac/Pfizer
45. *ADTEC Kamunting* - Sinovac
46. *Tropicana Gardens Mall* - Sinovac (under Selvax program)
47. *HTJ Seremban (Hospital Seremban)* - Pfizer
48. *UCSI Hospital (Port Dickson)* - Sinovac
49. *UCSI Taman Connaught (Le Quadri Hotel)* - Sinovac
50. *Pantai Hospital Cheras* - Sinovac
51. *Hospital Putrajaya* - Sinovac/Pfizer
52. *Dewan Seri Seroja Putrajaya* - Sinovac/Pfizer
53. *Dewan Orang Ramai Sikamat (Seremban)* - Sinovac/Pfizer
54. *Dewan Serbaguna Salak Tinggi* - Sinovac/Pfizer
55. *Klinik Kesihatan Seremban* - Pfizer
56. *PPV KLIA* - Sinovac

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 10:33 AM | Show all posts
PUTRAJAYA: Inisiatif suntikan vaksin COVID-19 tanpa janji temu (walk-in) yang diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, Jumaat lalu adalah khusus untuk golongan tercicir dan belum mendapat janji temu masing-masing selepas 17 Julai.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata, inisiatif itu bukan untuk orang ramai yang diberikan janji temu masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin dan golongan tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan.

"Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang sudah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat. Individu yang belum mendaftar, tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian, juga digalakkan untuk mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin," kata CITF dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp menyatakan bermula 1 Ogos ini, semua penduduk Selangor dan Kuala Lumpur yang berusia 18 tahun ke atas dan belum mendapat suntikan vaksin, boleh pergi ke mana-mana PPV tanpa perlu mempunyai janji temu untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Mesej 'berantai' itu turut menyenaraikan 50 PPV serta jenis vaksin disediakan di pusat terbabit.

Jumaat lalu, pada sidang media khas CITF secara maya, Khairy dilaporkan berkata, mereka yang maklumat diri tidak ada dalam sistem Jabatan Perangkaan, tetapi menetap di Selangor dan Kuala Lumpur, boleh mendapatkan imunisasi tanpa janji temu di semua PPV di negeri itu.

Ia termasuk mereka yang ketinggalan mendapatkan vaksin melalui PICK termasuk individu yang tidak memiliki dokumen pengenalan dan perjalanan.

Khairy dilaporkan berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan selepas operasi peningkatan kapasiti bagi meningkatkan pemberian vaksin kepada mereka yang mendaftar sebelum ini, dijangka bermula pada 1 Ogos nanti.

Sementara itu, CITF berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan 'walk-in' pada Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak, manakala PPV sedia ada tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif itu.

Berikutan itu, CITF meminta mereka yang sudah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV diberikan.

"Ini mengambil kira kemunculan varian baharu yang lebih ganas, kes COVID-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin," katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 10:42 AM | Show all posts
saya nak tanya... soalan naive  dari patik pacal yg hina

sinovac itu kan adalah virus covid yg dah dilemahkan dan disuntik pada kita kan..

so kalau lepas di vaksin, lepas beberapa hari... org ni buat swab test,
adakah result akan jadi positif??? sbb dlm badan nya ada virus covid yg dah dilemahkan tu??

mohon penjelasan

thanks

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 11:12 AM | Show all posts
seribulan replied at 22-6-2021 05:55 PM
4,000 wanita UK alami perubahan kitaran haid selepas vaksin
    Oleh Media Mulia[/bac ...



kawan BG dapat sinovac, terus period keluar awal 5 hari. period dia jenis teratur every month... beza sehari 2 je




Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
biggirlduncry replied at 21-7-2021 10:12 AM
kawan BG dapat sinovac, terus period keluar awal 5 hari. period dia jenis teratur every month. ...

Lari hormon ye...tag doc @ipes2...good info on kesan vx...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 02:44 PM | Show all posts
biggirlduncry replied at 21-7-2021 10:42 AM
saya nak tanya... soalan naive  dari patik pacal yg hina

sinovac itu kan adalah virus co ...

errr....


hmm I ada baca apa Dr Ikram Rauhi tulis, vaksin ni ialah satu kaedah yang memudahkan badan kita melawan virus virus yang masuk kedalam badan kita sebab tu badan kita akan memberikan reaksi, kadang demam, lenguh dan mcm mcm , apa bila vaksin yang dimasukkan kedalam badan kita akan bertindak ia akan menggalakkan badan kita bertindak balas - sp kata lain vaksin ni sebenarnya peranan dia adalah cut it short term, maknanya selain badan kita sendiri melawan virus virus ni, vaksin yg dimasukkan akan membantu percepatkan proses melawan virus tu. So sebab tu jika kita dah divaksin kita masih boleh je dijangkiti tetapi kesan covid tu tidaklah seteruk spt yang belum. However semua ni pun bergantung pada antibodi badan kita dan tahap kesihatan diri kita sendiri. So  jika masukkan sinovac and jadi +ve i think jika betul pemahaman saya, kurang betul.

So harap x risau pasal jenis vaksin ni, pfizer ke sinovac ke Astra Zeneca ke konsepnya tetap sama melawan virus covid yg masuk kedalam badan kita untuk reduce kan kesannya ..

harap sy membantu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
biggirlduncry replied at 21-7-2021 09:42 AM
saya nak tanya... soalan naive  dari patik pacal yg hina

sinovac itu kan adalah virus co ...

Tag @ipes2  
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 02:51 PM | Show all posts
ipes2 replied at 21-6-2021 05:06 PM
jika org itu ada anaphylactic reaction kepada sesuatu, maka kita tak mau lah dia di-expose kepada  ...

Kecoh bermula di Banting...akhirnya...

suzalina@bh.com.my
July 20, 2021 @ 12:29pm

Penerima suntikan 'picagari kosong' akan disuntik semula - Dr Adham
Suntikan vaksin
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menjelaskan, mana-mana individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin 'picagari kosong' akan menerima suntikan dos baharu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pihaknya akan memanggil individu berkenaan untuk menerima suntikan semula.

"Dipanggil suntik semula," katanya secara ringkas ketika ditanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa kejadian suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menjadi tular di laman media sosial kerana didakwa membabitkan picagari kosong.

Antara kes dilaporkan termasuk kejadian pada Sabtu lalu di PPV pandu lalu Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah, di mana PPV itu dikhaskan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga mereka sahaja.

Vaksinasi di PPV itu dilaksanakan oleh petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem itu.

Terdapat dua lagi dakwaan mengenai suntikan picagari kosong iaitu PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), yang didakwa berlaku pada Sabtu lalu, menyebabkan orang awam terbabit sudah membuat laporan polis.

Di PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC), dakwaan mengenai suntikan palsu ini dibuat pada Ahad dan laporan polis dibuat penyedia perkhidmatan kesihatan (HCO) terbabit.

Sebelum ini, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dilaporkan memandang berat dakwaan berkenaan termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM bagi menjalankan siasatan terhadap kejadian itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:58 AM | Show all posts



tak tak..saya bukan risau atau anti vax, atau memilih vaccine.
cuma nak fahamkan je sbb sinovac kan guna teknologi lama di mana virus yg dah dilemahkan tu di masukkan dlm badan kita

saya cuma nak tahu, sekiranya org yg dah dpt vaksin sinovac ni, katakan la dia buat swab test beberapa hari lepas tu
adakah result nya akan jadi positive? bukan sebab dia dijangkiti tapi sbb virus yg dilemahkan tu dah ada dlm badan dia..

soalan ni lebih kepada untuk pemahaman saya sendiri je...


Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
biggirlduncry replied at 22-7-2021 09:58 AM
tak tak..saya bukan risau atau anti vax, atau memilih vaccine.
cuma nak fahamkan je sbb sinov ...

ohhh okay okay.. sepatutnye x tp ada kes diorg buat swab dan positive mungkin positive tu boleh jadi residual dia atau pun recent infection, so possibilities tetap ada.

haaa nanti @ipes2 explain further

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.132417 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list