CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68092|Reply: 442

[Tempatan] Tembak isteri sedang tidur kerana cemburu

  [Copy link]
Post time 5-3-2021 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 5-3-2021 04:45 PM

Tembak isteri sedang tidur kerana cemburu

Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my

Johor Bahru: Misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui secara tragis dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai, di Bandar Penawar, pagi semalam.

Lebih memilukan, suaminya yang berusia 43 tahun, menjadi suspek utama yang dipercayai menembak isterinya yang berusia 38 tahun, ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu, selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Katanya, kes ini bermula apabila jiran mangsa membuat laporan berkaitan kehilangan ibu dua anak berkenaan, Isnin lalu.

Katanya, ia membawa kepada penahanan suami wanita berkenaan serta seorang lagi lelaki yang berusia 32 tahun yang juga rakan baiknya, keesokan harinya bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal ke atas suami wanita itu, suspek mendakwa isterinya keluar rumah kira-kira 2 pagi, Isnin lalu dan tidak pulang ke sejak itu.
"Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham dengan isterinya itu sebelum mangsa keluar rumah.

"Bagaimanapun, suami mangsa yang juga seorang pemandu jengkaut akhirnya mengaku membunuh isterinya ketika wanita berkenaan sedang tidur dengan menggunakan senapang angin.

"Mayat wanita malang berkenaan dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar sebelum ia dibawa ke sebuah ladang serai di Bandar Penawar, lebih 30 kilometer dari kediaman mereka dan ditanam di situ," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, suspek kemudian menunjukkan lokasi isterinya ditanam, semalam kira-kira jam 10.30 pagi.

Katanya, mayat mangsa yang diisi di dalam tong air itu ditemui tertanam sedalam kira-kira dua meter di ladang serai berkenaan.

"Kita percaya suspek membawa tong air biru itu di dalam pacuan empat roda miliknya ke ladang berkenaan sebelum menggunakan jengkaut bagi menggali lubang bagi menanam tong berkenaan.

"Hasil siasatan lanjut di rumah suspek menemukan selaras senapang angin, selaras senapang patah, 54 butir peluru penabur 12 bore, sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dan jengkaut.

"Siasatan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan mendatangkan kecederaan dan pemilikan senjata api," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Berperikebinatangan sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 05:08 PM | Show all posts
Kejam suaminya
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 05:11 PM | Show all posts
ummah bukit ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 05:11 PM | Show all posts
timbus dia pulak dlm tu
xyah buang masa dakwa2 sumbat jel lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-3-2021 05:11 PM
ummah bukit ke tu

Rasanyaaa mulayuuuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2021 05:23 PM | Show all posts
Kejamnya perbuatan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jiran dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jirannya. Syabas. Aku doakan agar jiran aku pun prihatin cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 05:47 PM | Show all posts

meleis.. kat fb tersembar gambar.. cantik arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya....antara kes keganasan rumahtangga @ keluarga ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 05:55 PM | Show all posts
tred 1 lagi baru buat laporan bini hilang pegi JB
yg ni kat JB tembak bini mcm tembak cicak
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 05:55 PM | Show all posts

lagi kejam betina rampas suami jusa C. betulkan bibik friska?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
anak arwah kecil lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 5-3-2021 05:15 PM
Rasanyaaa mulayuuuuu

Ada borang minta fasakh, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 5-3-2021 06:37 PM
KIM.K replied at 5-3-2021 05:11 PM
ummah bukit ke tu


Melayu islam, kalau tengok gambar kat fb tak sangka dia akan mati kena bunuh gitu je.
Wajah lembut penuh keibuan sakit lak ati tengok gambar dorang satu famili tu.
Anak2 kecik lagi

Fb mangsa :Hasliza Alias
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 06:24 PM | Show all posts
jahat tul laki dia nih kalah syaitannn...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 5-3-2021 06:22 PM
Melayu islam, kalau tengok gambar kat fb tak sangka dia akan mati kena bunuh gitu je.
Wajah lembu ...

Kat fb mana nk tgk? Kesian arwah nk lari dr lelaki tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-3-2021 05:11 PM
ummah bukit ke tu

Melayu lah sis....ada surat tuntutan fasakh ken
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 5-3-2021 06:22 PM
Melayu islam, kalau tengok gambar kat fb tak sangka dia akan mati kena bunuh gitu je.
Wajah lembu ...

share kan gambar tu sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.360922 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list