View: 2905|Reply: 24
|
[Tempatan]
KKM : kes pertama melibatkan Varian Nigeria dikesan, melibatkan 2 warga asing.
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 5-3-2021 02:14 PM
KKM : kes pertama melibatkan Varian Nigeria dikesan
https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... ama-varian-nigeria/
Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
5 Mac 2021, 12:20 pm
Petikan kenyataan Noor Hisham di Facebook rasminya hari ini.
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengesan dua kes pertama individu yang dijangkiti mutasi Covid-19 Varian Nigeria SARS-CoV-2, yang juga dikenali sebagai B1.525 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes itu membabitkan dua warganegara asing yang telah tiba dari Dubai, Emiriyiah Arab Bersatu dan didapati positif Covid-19 melalui ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
Beliau berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya turut melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambil kira sejarah perjalanan mereka.
“Analisis lebih lanjut menunjukkan adanya semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian tersebut.
“Ini termasuk mutasi ‘spike protein’ E484K, Q677H, F888L dan rangkaian ‘protein deletions’ serupa yang dilihat dalam varian UK B.1.1.7.
“Mutasi ‘spike protein’ E484K juga mendapat perhatian kerana ianya dilaporkan dapat menghindari sistem imun,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook rasminya hari ini.
Jelasnya, varian Nigeria pertama kali dikesan di United Kingdom dan Nigeria pada Disember tahun lalu.
“Sebanyak 360 urutan varian ini boleh dijumpai di GISAID, dengan laporan tertinggi dari Denmark (n = 121) , diikuti oleh UK (n = 73) dan Nigeria (n = 56),” ujarnya.
Tambahnya, Varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas sistem imun. -K! ONLINE
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sapa la yg main ngn nigeria smpai dpt varian nigeria ni?
apasal tajuk n gambau pasal varian nigeria
artikel pasal parti keramat umno? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku confuse. Ni varian Nigeria ke varian UMNO?
Niweiii..apa lancau macam mana varian Nigeria masuk negara? Org Nigeria mana yg dibenarkan masuk tu? Kata border tutup
Nigeria kelompok kayangan aka menteri dan para timbalan dan suku sakat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Link citer pasal varian nigeria...content pasal politik..hapooooo... |
|
|
|
|
|
|
|
Berita apa ni woi?!
Varian nigeria tiba2 keluar isu politik
|
|
|
|
|
|
|
|
TT nak ahli politik kena varian nigeria ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 5-3-2021 10:21 AM
Nak, ....... iols dah betulkan |
|
|
|
|
|
|
|
Ok sila bukak border bila nak raya nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
adeh aku tergelak dah
tajuk lain isi lain |
|
|
|
|
|
|
|
OMG....TQ...iols betulkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
dah lama forumer lama xkena pukul dengan peYno |
|
|
|
|
|
|
|
apo ni? pemimpin kita asal dr nigeria ka |
|
|
|
|
|
|
|
Babis mana yg bagi niger ni masuk, atas kapasiti apa? Kalau bkn official mmg nk kena sapa yg bg lps |
|
|
|
|
|
|
|
Varian nigeria tapi kes datang dari Dubai persoalannya macam mana dua orang ni boleh terlepas sampai sini. Tak ada screening dari tempat sebelum berlepas ke macam mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Mutasi Varian Nigeria mungkin ‘kebal’ vaksin
https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... ngkin-kebal-vaksin/
Oleh NOR IDAYU BOSRO
5 Mac 2021, 7:39 pm
Noor Hisham.
PUTRAJAYA – Mutasi virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19 termasuk yang terbaharu, Varian Nigeria atau B.1.525 berkemungkinan ‘kebal’ terhadap vaksin sedia ada.
Kebimbangan itu dilahirkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang menyifatkan mutasi B.1.525 itu antara varian-varian Covid-19 yang perlu terus dipantau Kementerian Kesihatan berikutan ia dilaporkan dapat menghindari sistem imunisasi tubuh.
“Mutasi ‘spike protein’ E484K pada varian tersebut mendapat perhatian kerana ia dilaporkan dapat menghindari sistem imun.
“Varian Nigeria ini juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imun,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Beliau berkata, menurut laporan portal antarabangsa Forbes.com, perubahan E484K itu memberikan ketahanan kira-kira tiga kali ganda kepada beberapa vaksin Covid-19 dan ketahanan 10 kali ganda pada kebanyakan antibodi pemulihan.
Menurutnya, dengan setiap mutasi baharu yang muncul, Kementerian Kesihatan (KKM) memperoleh pandangan lebih mendalam mengenai kepelbagaian cara virus Sars-CoV-2 menyesuaikan diri dengan manusia sebagai perumah.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengesan dua kes pertama individu yang dijangkiti Varian Nigeria di negara ini.
Kes-kes itu daripada dua warganegara asing yang telah tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan didapati positif Covid-19 melalui ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). -K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Varian dah upgrade macam2,lagi nak citer pasal vaksin yang macam2 brand.sila la geng2 provaks cucuk dulu.
I nak tunggu tahun depan,tu pun kalau masih idup. |
|
|
|
|
|
|
|
Hah..sudah..nigerian pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Nigerian scam |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 5-3-2021 11:30 PM
Varian dah upgrade macam2,lagi nak citer pasal vaksin yang macam2 brand.sila la geng2 provaks cucuk ...
Antivak dapat vaksin Paling up todate punya.
Provak dapat yang version lama
Gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Ala.... yg pro choice ni duk diam-diam dlm kelompok 20% terakhir tu dah laa.
Freeloader. |
|
|
|
|
|
|
| |
|