CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2265|Reply: 11

[Tempatan] Ditahan selepas pukul, ugut mahu sebar video isteri dibogelkan

  [Copy link]
Post time 5-3-2021 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Ditahan selepas pukul, ugut mahu sebar video isteri dibogelkan

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... o-isteri-dibogelkan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 5:35 PM

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


GAMBAR hiasan

Gombak: Seorang lelaki yang naik angin apabila isterinya meminta cerai bukan saja memukul wanita itu, malah membogelkan mangsa sebelum merakam video dan mengugut mahu menyebarkan video bogel itu.

Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki berusia 31 tahun itu menerima padah apabila dia ditahan polis, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa berusia 36 tahun mengenai kejadian dirinya dipukul suaminya ketika berada di rumah mereka di Bandar Tasik Puteri, Rawang, dekat sini.

Menurutnya, mangsa memaklumkan suaminya turut membogelkannya dan merakam video sebelum mengugut hendak menyebarkan video bogel itu.

"Punca kejadian apabila pengadu minta untuk diceraikan dan perkara ini selalu diulang olehnya sehingga wujud ketegangan dalam keluarga.

"Akibat kejadian itu, mangsa menerima rawatan pesakit luar di Hospital Selayang selepas mengalami luka calar dan lebam pada bahagian muka serta leher," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Arifai berkata, susulan itu, polis menahan suspek dan merampas telefon bimbitnya bagi membantu siasatan berhubung video bogel dirakamnya.

Beliau berkata, suspek direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 06:30 PM | Show all posts
macam2 zaman gajet ni

mari sama2 ngn rajamoney memerangi perkara2 munkar
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 06:35 PM | Show all posts
Nasib sang isteri tak takut untuk buat lapuran polis dari diugut macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hat jantan jenih baran,
Hat pompuan kerja ratib minta cerai..

Punca selalunya pasai duit...
Kalau jantan pendadih tegar pun, kalau berduit, maunya bini nak minta cerai.. tapi ada je yg cerai bukan berpunca daripada duit..

Ada duit, masalah rumahtangga lain pulak ceritanya, tadak duit  selalunya berakhir dgn keganasan/tragedi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya amponnn banyaknya kes keganasan rumahtangga.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 5-3-2021 06:35 PM
Nasib sang isteri tak takut untuk buat lapuran polis dari diugut macam tu

Tak pasal2 gambar bugil dapat kat pulis.nasib badannnn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 5-3-2021 08:29 PM
Tak pasal2 gambar bugil dapat kat pulis.nasib badannnn.

Agak2 pak pulisi tgok habis x vid tu
Sebab kadg2 dlm fon llki ni
Bukan gbr bugil bini je ada

Tak pasal2 sakit mata pak pulisi nk cek 1 1 muka.choi sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aihh makin bertambah2 lak kes kganasan rumahtangga lately. Nasib baik si bini to berani buat laporan polis.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2021 03:41 PM | Show all posts
GigaMom replied at 6-3-2021 04:44 PM
Agak2 pak pulisi tgok habis x vid tu
Sebab kadg2 dlm fon llki ni
Bukan gbr bugil bini je ada

ni lah untungnya keje polis




Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 03:43 PM | Show all posts
Macam, budak2...main bogel2

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 5-3-2021 08:29 PM
Tak pasal2 gambar bugil dapat kat pulis.nasib badannnn.

tercapai hajat lelaki tu . Your wish is granted
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmm macam2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.457896 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list