Bakal nyanyi di AJL35, Nabila Razali terima sokongan rakan2 selebriti
Rasanya ramai sudah mendengar lagu Peluang Kedua daripada Nabila Razali bersama rakan duet, MK K-Clique diruangan Youtube Nabila Razali Entertainment apabila sehingga kini sudah mencapai hampir 30 juta tontonan.
Biarpun begitu, pasti semua juga mengetahui lagu kegemaran ramai ini juga tercalon dalam Anugerah Juara Lagu yang ke-35 (AJL 35) yang akan dipersembahkan di pentas tidak lama lagi.
Difahamkan, Anugerah Juara Lagu (AJL 35) kali ini bakal diadakan pada 14 Mac ini dan menampilkan 11 lagu yang berjaya bertanding.
Walau bagaimanapun, Nabila Razali diruangan Instagram peribadinya juga ada memuat naik mengenai hal itu dengan berkongsikan sekeping foto lengkap tentang AJL 35 yang sedang mengira hari.
Perkongsian foto yang dimuat naik Nabila Razali ini juga disertakan dengan penyanyi ini meminta agar semua mendoakan dirinya yang tidak lama lagi bakal mempersembahkan lagu Peluang Kedua di AJL 35.
“Counting days, wish me luck…”
Perkongsian terbabit dihujani dengan kata-kata positif peminat Nabila Razali yang mendoakan kejayaannya di pentas AJL 35 nanti.
Dalam pada itu, beberapa rakan pelakon dan penyanyi juga meninggalkan ucapan selamat buatnya yang mana, Hun Haqeem, Khai Bahar mengucapkan good luck di ruangan komen.
lagu peluang kedua tu part tinggi dia bukan susah sgt pun kene berlenggok ke qasidah ke apa... lagi lagu balada diri tegak jah... boleh jah kalau sheols dah prepare