CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5029|Reply: 46

[Tempatan] Seronoknya satu keluarga kerja sebumbung

  [Copy link]
Post time 5-3-2021 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Seronoknya satu keluarga kerja sebumbung

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... rga-kerja-sebumbung

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 8:00 PM

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


NURUL Airah (duduk kiri) bersama keluarganya.  FOTO Nurul Airah Rosly

Kuala Lumpur: Lazimnya, kehidupan keluarga ahli korporat yang bernaung di bawah syarikat sama hanya dapat dilihat dalam drama tempatan.

Realitinya, ia wujud dalam kehidupan masyarakat sebenar dan kisah sebuah keluarga mendapat perhatian selepas seorang gadis, Nurul Airah Rosly, 23, berkongsi video di akaun TikTok miliknya, semalam.

Menerusi video berkenaan, Nurul Airah iaitu anak keempat dalam keluarga itu menunjukkan ruang pejabat bapa, abang dan kakaknya yang bekerja di syarikat sama.

Lebih menarik perhatian apabila Nurul Airah mendedahkan dirinya bekerja di syarikat sama hingga warganet menyamakan kisahnya dengan keluarga syarikat 'Megah Holdings' yang popular dalam drama disiarkan di televisyen.

Nurul Airah yang menetap di Kuala Terengganu, Terengganu berkata, niatnya memuat naik video berkenaan hanya untuk berkongsi pengalaman selain memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perniagaan barangan kitar semula diusahakan syarikat milik bapanya, Rosly Darahman, 57.

"Saya tidak menyangka kisah keluarga yang bekerja di bawah satu bumbung lebih menarik perhatian warganet.

"Video itu dirakam pagi semalam untuk suka-suka saja dan saya membuat naiknya di TikTok 30 minit kemudian.

"Tak sangka pula video itu menjadi tular dalam tempoh sejam dan lucunya kerana ramai menyamakan syarikat ayah dengan Megah Holdings.

"Persamaan itu mungkin dibuat kerana kisah itu sering dipaparkan drama di televisyen dan jarang dilihat dalam kehidupan sebenar," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi skop kerjanya dalam syarikat, Nurul Airah berkata, buat masa ini, dia ditugaskan menguruskan bahagian pemasaran

Katanya, tiga adik beradik lain iaitu abang dan kakaknya menyandang jawatan sebagai pengurus cawangan, operasi dan sumber manusia.

"Sebenarnya, saya masih menuntut di semester empat peringkat Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dan ketika ini cuti semester, jadi saya isi masa dengan bekerja di syarikat ayah.

"Malah, sudah menjadi rutin saya untuk membantu ayah di syarikat pada cuti semester," katanya.

Nurul Airah berkata, tiada layanan istimewa diterima walaupun bekerja di syarikat bapanya sendiri.

Katanya, dia dan adik beradik lain tidak terkecuali daripada menerima teguran sekiranya melakukan kesilapan.

"Ayah seorang yang tegas dan profesional dalam kerja. Jadi, tiada istilah saya atau adik beradik lain mendapat keistimewaan kerana kami tetap dimarahi ayah, malah lebih teruk berbanding kakitangan lain jika buat kesalahan.

"Namun, saya ambil teguran ayah itu untuk kebaikan bagi membaiki diri," katanya.

Mengenai hala tujunya, Nurul Airah berkata, dia tidak mahu berada di zon selesa kerana merancang untuk mengadakan latihan industri di syarikat lain bagi menimba pengalaman.

Menurutnya, selain keinginan sendiri, ayahnya memberi galakan untuk dia saya menjalani latihan industri di syarikat lain.

Katanya, pengalaman itu bagus kerana sekurang-kurangnya dia mendapat pendedahan dan berpeluang menimba pengalaman bekerja dengan individu bukan ahli keluarga.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex boss aku dr bapak ke mak tiri anak beranak seppu sepapat bau2 bacang kerja sekli..jenis rekemen2 geng2 sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa je. Apa yg dia batak tyg ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 10:51 PM | Show all posts
teringat meme megah holding mustafa kamal

kretip gak bbnu2 ni

tepek sikit sapa yg rajin
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 5-3-2021 10:46 PM
Ex boss aku dr bapak ke mak tiri anak beranak seppu sepapat bau2 bacang kerja sekli..jenis rekemen2  ...

Kalau co sdn bhd..tak kisah nak bawak tok nenek kerja sebumbung.masalah yang orang bising,opis gomen,tapi segenap departmen ada anak beranak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 5-3-2021 11:17 PM
Kalau co sdn bhd..tak kisah nak bawak tok nenek kerja sebumbung.masalah yang orang bising,opis gom ...

iya la kan
kalo keje dgn kampeni sendiri sdn bhd holdings bagai ke, tak kisah la nak angkut sapa pun keje skali situ
ni kalo stok2 sesekali angkut seluruh family keje kat opis gomen, GLC, agensi gomen,badan berkanun mmg harus kene kecam berjemaah smpi netizen pastikan depa semua kene sack dr situ
jgn main2 sama netizen zmn skang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Warna cat dinding rumah dia sama dgn rumah aku..

Tu je nk kabor
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
drp sini kot.....'terinpirasinya'.....citer kol 7 tuuu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ada satu kedai makan kat area umah aku dari aku mula kawen kkk tu berniaga.. bawa anak kecik2 sampai skrg biz.. semua anak2 dia tolong.. ada yg dah kawen dan dia pun dah bercucu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Papa nak anak2 papa mewarisi bisnes megah holding papa yang bernilai 1 trillion ringgit
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:01 AM | Show all posts
Biasa je ramai je macam mereka ni beza tak disiarkan dalam tic tok media social etc
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 5-3-2021 11:32 PM
iya la kan
kalo keje dgn kampeni sendiri sdn bhd holdings bagai ke, tak kisah la nak angkut sapa  ...

Memang ramai Melayu angkut kerja spesis diorg dalam FAMA, MPOB etc
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Company bapak sendiri apa nk heran... Heran klu kat gomen sektor... Sah2 kroni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
nowhite replied at 6-3-2021 12:38 AM
Papa nak anak2 papa mewarisi bisnes megah holding papa yang bernilai 1 trillion ringgit

Papa nak anak papa tolong Popa uruskan bisnes popa selepas tamat belajar dari University of Monash nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Da kawin beranak pinak nanti baru wujudnyer konflik iri hati tak puas hati free rider.........sekarang deyols masih solo dan takder pengaruh ipar duai lagi kan.......

Selalunyer yang free rider iteww yang paling riuh kondem iri hati
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:24 AM | Show all posts
Belibis replied at 5-3-2021 11:17 PM
Kalau co sdn bhd..tak kisah nak bawak tok nenek kerja sebumbung.masalah yang orang bising,opis gom ...

kalau company bapak sendiri tiada masalah nak angkut 1 family dorang. Sama kes macam ofis mate aku ni. Ada ke patut dia nak angkut segala tok nenek dia nak kerja dgn company yg kitaorg keje ni. Dia bawa adik ipor dia, , biras dia , adik dia & kwn2 dia.. last sekali dia nak bawa masuk laki dia. Tp Alhamdulilah laki dia gagal interv. Lega sgt.  Geram plk aku. Pelik aku camana ada manusia bleh nak bkerja 1 bumbung dgn sedara mara & suami. Aku ni laki aku nak cari keja kat opis aku pun, aku  x bagi. Suh cari temp lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2021 10:26 AM | Show all posts
apa nk pelik
selalu je aku tgk company contoh, nadia&anak-anak sdn bhd
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
notM replied at 6-3-2021 10:14 AM
Papa nak anak papa tolong Popa uruskan bisnes popa selepas tamat belajar dari University of Monash ...

Hebat anak papa study oversea
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:54 AM | Show all posts
Susah keje satu family


bleh menimbulkan toksik
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kadang tu boring juga kalau kerja 1 company yg sama dgn family. Dalam circle yg sama jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.062076 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list