View: 13321|Reply: 76
|
Kita satu, Indonesia ada 10 Siti Nurhaliza - Ulasan Dari Ketua Juri Tetap AJhaeL
[Copy link]
|
|
Edited by ashilalat at 7-3-2021 09:38 AM
Kita satu, Indonesia ada 10 Siti Nurhaliza
SEKARANG, nun jauh di seberang sedang rancak berlangsung program realiti, Indonesian Idol musim ke-11 yang sudah memasuki peringkat Top 6. Hanya tinggal 6 peserta bertanding iaitu Anggi, Jemimah, Mark, Melissa, Azhardi dan Rimar.
Ya, Indonesia masih tekun membenarkan program hiburan berjalan pada saat getir Covid-19, namun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Selain ingin menyentuh tentang kualiti para peserta dalam program terbitan RCTI Production Team dan FremantleMedia Asia itu, satu perihal lain yang tidak boleh dinafikan, Indonesia sentiasa di depan apabila berkait atau berbicara tentang seni. Baik muzik atau filem yang dijayakan mereka.
Dalam pada Malaysia seperti vakum terus daripada sebarang program realiti sedemikian akibat pandemik Covid-19, Indonesia mencari 1,001 jalan untuk memastikan kelestarian bakat-bakat seni mereka terus terpelihara.
Mengakui kehebatan Indonesia dalam melahirkan pemuzik berkualiti, Ketua Jabatan Fakulti Industri Kreatif & Seni Persembahan City University Malaysia, Prof. Madya Mohd. Azhar Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer berkata, banyak perkara yang Indonesia miliki, tidak Malaysia miliki.
Katanya, perkara itu merangkumi aspek populasi penduduk, ganjaran dan motivasi. Malaysia dan Indonesia walaupun negara serumpun, namun banyak perkara yang membezakan dan membataskan kemajuan seni dalam dua negara tersebut.
“Pertama, Indonesia ada lebih 270 juta penduduk, Malaysia pula hanya ada kira-kira 32 juta. Sudah tentu, bakat di Indonesia lebih meluas dan banyak berbanding negara kita. Kalau kita boleh lahirkan seorang Siti Nurhaliza, mereka (Indonesia) mampu melahirkan 10 Siti Nurhaliza.
“Kedua, saya pernah diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai penasihat program nyanyian yang menggabungkan bakat nusantara suatu ketika dahulu iaitu Gang Starz circa 2007-2008. Saya boleh cakap, budaya kerja orang Indonesia berbeza dengan kita.
“Mereka sangat menghargai satu perihal yang dipanggil seni. Senang cerita, kalau berkait dengan seni, mereka akan buat sebaik-baik dan sehalus-halusnya.
“Kalau satu program itu berjaya dapat rating tinggi misalnya, keesokan harinya, semua yang terlibat menjayakannya, akan dapat ganjaran seumpama bonus. Macam malam ini program berjaya, esoknya semua akan dapat bonus,” katanya.
Mengulas lanjut, Azmeer yang komposer tersohor tanah air berpendapat, kebanyakan rakyat Indonesia memiliki motivasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan.
“Indonesia sebuah negara yang besar. Ramai penduduknya hidup dalam kesusahan, namun itu membuatkan mereka bekerja keras dan memiliki motivasi tinggi untuk berjaya dalam apa jua bidang diceburi terutama seni muzik.
“Banyak perkara yang Malaysia perlu belajar dari Indonesia. Bukan mahu terlalu menjunjung, namun realitinya kita memang sedikit terkebelakang bab seni muzik kerana kurangnya kesedaran hal-hal yang perlu diberi perhatian.
“Saya faham, satu dunia sedang dilanda krisis Covid-19. Kalau Indonesia boleh buat Anugerah Musik Indonesia (AMI) dan jalankan program realiti paling popular mereka di tengah-tengah krisis, apa yang kita buat? Tepuk dada, tanyalah selera,” ujarnya dengan getus.
Kredit : Kosmo
P/S - AIM kita apa khabar? Dah campak ke longkang ke? Bising lanun cetak rompak, industri sendiri pon x hargai org yg bekerja dalam industri...AIM patut konsisten setiap tahun mcm AJL dan ABP. Barulah prestij tak tercalar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan nak katalah tapi akaq rasa actualy malaysia lebih banyak versetility dari segi suara. Kalau dgr elok2 indon mmg banyak suara sedap tp sepesen ja semua sama tapi malaysia ada banyak variasi. Kita ada tone suara artis yang jauh berbeza antara satu dgn lain. Dari Tok Pah - Ramlah Ram - Ziana Zain - Ella - Siti - Dayang. Ni semua tone yang sgt berbeza dan set the par dalam seni suara yg ada kat malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih afdah 10 tu ada variasi. Jangan 10 yang sepesen je. Boring! |
|
|
|
|
|
|
|
suatu ketika dulu, malaysia ada 10 siti nurhaliza jugak.. syura, syazliana, intan sarafina, eh malas la nak list penyanyi yg suara sepesen dengan siti |
|
|
|
|
|
|
|
Knpa nk cr suara sepesen siti?
Suara sepesen dayang pon sedap gak
Haaaaa
Tp betui la.. aku paham maksud azmeer tu..
Dia bg cth je ct sbb suara ct antara tersedap..
Wlopon klon ct ramai tp part tarik tggi2, tegang gak urat tengkok |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg aku phm maksud dia....bakat dan peluang yg ada pd siti...ssh nk dpt compare with Indo yg byk populasi rakyatnyer....byk penyanyi kita berbakat besar tp xder peluang dan aura sehebat tokti.....rmai jer yg x suka tokti...tp dlm masa yg sama x boleh nafikan fakta kejayaan yg dia raih....
X perlu lahirkan penyanyi sepesen tokti tp bakat / peluang / rezeki / kejayaan setanding atau lebih hampir sama ngn tokti |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dia maksudkn bakat dan kejayaan sama ngn tokti bkn suara.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Oo Azmeer dh Prof Madya skrg ye? baru tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooooo dh tu memasing nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
penyanyi2 indon suara spesen. bosannnnnn. pastu penyanyi2 dangdut dipuja2... euwwwwwqwqwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Tp xde yg best mcm tokti..
Tp klu pnynyi laki indo best2... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya kalau tengok komen kat youtube..indon ramai puji suara penyanyi kita sedap2..sampai tanya makan apa kat sini suara jadi sedap..tapi kita pulak kata suara diorang lagi sedap..biasala macamtu..jiran..menyampah2..puji2..menyampah balik..bahahah |
|
|
|
|
|
|
|
lovelytouch replied at 7-3-2021 09:27 AM
Bukan nak katalah tapi akaq rasa actualy malaysia lebih banyak versetility dari segi suara. Kalau dg ...
Setuju...mcm BCL, Raisa, Isyana bagi iols seakan2 je suara mereka...kalau andmesh, tompi dan geng2 R&B pon lebih kurang. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pasti kalau Indon, tetap Ganja gemar dengan suara Kris Dayanti & Malaysia, Queen Aishah.
Tiber kan. Kesah pulak korang kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fadz84 at 7-3-2021 12:28 PM
Pinoy pun cmtu kn, suara powerhouse sepesen jek.. Klu masuk pertandingan kat US tu seme nk tunjuk high notes cm Charice yg dh bertukar jd jantan ngn nama Jake Zyrus. |
|
|
|
|
|
|
|
bnyk gak recommendation psl jemimah
akhirnya aku tngk
apa yg best sngt
biasa je
indon2 yg disebut nama tu cuba ko eksport ke luar negara
kat mana je boleh popular?
kalau berjaya pun itu pun sbb kehendak Allah
tak berjaya pun kehendak Allah
kualiti?
prfffffffffffffffffffffffffffffffght |
|
|
|
|
|
|
|
Dari idol tahun lepas aku tertarik dengan Ziva seorang saja. Yg lain tu biasa je takde maknanya 10 siti nurhaliza |
|
|
|
|
|
|
|
chuols bising2 hargai bakat bagai. habis tu kalau ada org seni mcm chuols mcm mana bakat nak berkembang kat malaysia. tengok juara lagu yg chuols juri. soooooo yesterdayyyy. sudah la chuols bagi je la heal menang tahun ni hbis cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu iols dah tanya soalan ini.....kenapa Msian Idol, OIAM semua tue sudah tiada???
Why?Why?Why? |
|
|
|
|
|
|
|
Indonesia ramai Batak2 hebat menyanyi seperti Judika dan terbaru budak Lyodra ka cemana nak eja namanya tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|