CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6249|Reply: 63

[Tempatan] MH370: Genap 7 tahun tragedi berlalu tanpa jawapan.Apa perasaan korang masa tu?

  [Copy link]
Post time 8-3-2021 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ipoh: Acapkali apabila tiba 8 Mac, ada sekelumit perasaan ingin tahu tercetus dalam kalangan waris penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysia Airlines MH370, apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat itu tujuh tahun lalu, mengiringi doa dan harapan agar keajaiban akan muncul satu hari nanti.

Ada juga yang sudah tidak mahu mengingatinya dan hanya berserah kepada Tuhan serta pihak berkuasa dalam merungkai misteri paling pelik dalam sejarah penerbangan dunia itu.

Maira Elizabeth Nari, anak perempuan ketua pramugara pesawat itu, Andrew Nari berkata, tiada apa yang boleh dilakukan dan kehidupan perlu diteruskan walaupun tahun demi tahun sejak kehilangan pesawat itu silih berganti, tanpa sebarang jawapan bagi merungkai misteri kehilangannya.

"Sudah bertahun berlalu, cepat sungguh tujuh tahun. Perasaanya sama seperti keadaan tujuh tahun lalu semasa saya berusia 17 tahun, tapi tiada apa yang boleh kita lakukan, hanya teruskan sahaja kehidupan, kami baik-baik sahaja, setiap tahun sama," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, adik ipar kepada Ketua Pramugari MH370, Goh Sock Lay yang enggan dikenali, ketika ditemui dirumahnya di Kampung Tawas di sini baru-baru ini berkata, peristiwa yang berlaku itu tidak mahu diingati mereka lagi.

"Kami sudah tidak mahu ingat lagi peristiwa (tragedi MH370), hal sudah lama kami sekeluarga sudah lupa. Apa mahu cerita lagi, ini sedih punya hal tak nak ingat lagi," katanya.

Beliau berkata, suami Goh Sock Lay kini bekerja di sebuah kilang sarung tangan di Seremban dan sudah agak lama tidak pulang ke kampung halaman, hanya berhubung dengan mereka sekeluarga menerusi panggilan telefon untuk bertanya khabar.

Lelaki berkenaan berkata, mereka sekeluarga menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada kerajaan Malaysia dan mereka tidak mempunyai hak untuk mencampuri misi pencarian penerbangan MH370.

Sementara itu, wakil keluarga kepada salah seorang penumpang MH370, Tan Ah Meng di Kampung Kanthan, Chemor di sini, turut mengakui sudah melupakan peristiwa itu.

"Kami sekeluarga sudah lupa kejadian itu, tidak ada apa mahu cakap," katanya menambah, kedua ibu bapa Tan Ah Meng sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Sementara itu, seorang pakar penerbangan Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, tiada petunjuk baru mengenai kehilangan pesawat itu timbul setakat ini, dan keadaan ini kemungkinan menggusarkan ramai pihak.

Namun juruterbang ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu berkata, ada beberapa kes rujukan, yang menyaksikan bangkai kapal terbang dijumpai selepas hilang beberapa tahun dan tidak salahnya jika ada pihak yang ingin meneruskan usaha mencari pesawat Boeing 777 itu.

"Contohnya ialah bangkai kapal terbang Piper dijumpai di Michigan Amerika Syarikat selepas 21 tahun manakala bangkai kapal terbang Learjat yang dijumpai di New Hampshire Amerika Syarikat selepas 3 tahun.

"Di dalam kes kes itu, usaha pencarian dilakukan secara besar-besaran dan terperinci, namun kesan kemalangan udara itu tidak dijumpai sehingga selepas beberapa tahun kemudian. Ini menunjukkan harapan masih jikalau ada pihak masih berhasrat untuk meneruskan usaha pencarian," katanya.

Esok genap tujuh tahun pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dan keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu masih menanti pengakhiran episod tragis terbabit.

Kementerian Pengangkutan sebelum ini dilaporkan masih belum memutuskan sama ada akan melancarkan semula pencarian MH370 atau tidak, kerana setakat ini tiada sebarang bukti baharu mengenainya ditemui untuk mengerakkan semula pencarian.

Sumber Kementerian Pengangkutan memberitahu Bernama, kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan tragedi itu dalam masa terdekat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 01:23 AM | Show all posts
masa tarikh kejadian, iols tengah upah orang tukar bumbung balkoni. Tu je yang ingat
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerja CIA amerika
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
teringin jugek nk tau. sebelum mati.
sebab hilang di zaman teknologi mcm ni. bukan nya zaman perang dunia dulu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Perasaan waktu tu, berharap mh370 mendarat kt mana2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sekejap je dah 7 tahun..i ingat lagi, lepas kes ni n mh17, kat forum ni ada sorang forumer tu(gaya mcm perempuan,apatah nickname nyer,lupa dah)..sibukkkk dok bagi teori konspirasi..siap cakap hujung tahun, flight ke London plak akan jadi sesuatu..dah lah mmg hujung tahun tersebut iols nak ke London naik MAS..meluat btol tgk dia dok mention psl teori konspirasi dia tu..sibbaik iols jenis x caya bende2 gini..kalu sejenis taksub mcm dia, mau i tukar airlines @ x kuar gi memana agaknya..mana gi tah forumer tersebut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2021 07:55 AM | Show all posts
Unsolved mystery smpai ke hrini.. masani hubungan malaysia dgn china terjejas gkla..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
btw,bini2 @ suami2 baru pasangan mangsa yg terlibat, mesti dah tarik nafas lega skrg..dah bertahun, mmg confirm meninggal lah kan..dulu masa kes ni lepas setahun pun ada gak tetiba kerajaan buat PC kan...mesti berdebar pasangan baru memikirkan tetiba mangsa2 rupanya selamat ditemui..i dok membayangkan la..sebab ada suami mangsa yg lepas 5-6 bulan kejadian, dah kahwin lain..tapi i tak salahkan lah yg kahwin lain tu, sbb anak2 ramai, dia pun mesti xleh nak handle sensorang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejap je dah 7 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekal misteri. Teringin nak tau apa yg sebenar2nya jadi kat kapal tu. Bukan kecik2 benda boleh ghaib mcm tu aje..Sedih bila kenangkan mangsa2 & waris.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 8-3-2021 07:52 AM
sekejap je dah 7 tahun..i ingat lagi, lepas kes ni n mh17, kat forum ni ada sorang forumer tu(gaya m ...

masa tu ada fb yg buat teori konspirasi tu.. Sharifah Sofea something. meols gigih jugak mencari info sbb bbrp bln lps mh17 tu meols ke uk juaaaa. mmg nervous giller bila naik flight tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 10:51 AM | Show all posts
masa tu iolss final year kat Sabah. bulan 6 tu iolss balik semenanjung. macam2 yg iolss pikir.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread mh370 pling laju n bertingkat2 time tu..mcm2 teori,speculation n pertanyaan dari forummers..byk jgk dijelaskan oleh bro kelana36
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 11:10 AM | Show all posts
miracle_forever replied at 8-3-2021 02:47 AM
masa tu ada fb yg buat teori konspirasi tu.. Sharifah Sofea something. meols gigih jugak mencari i ...

dulu layan juga Sharifah Sofea
kesian kat SS dulu fb page sheols selalu 'dihilangkan'
gigih sheols buat baru
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu ada jgk nampak isteri arwah pramugara rain tu cuba fight benda ni, lepas tu senyap je, dorang marah sebab MAS tak explain betul2
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat pulak series manifest.. flight hilang dari radar, 5 years after elok je mndrt.. dgn semua penumpang tak berubah umur pon.. 5 years.. for them 5 hours.. huhu.. best gak series tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya eloklah wartawan semua tidak lagi ganggu orang terdekat dgn mangsa2 utk interview setiap kali tiba ulangtahun kejadian menyayat hati mh370 & mh17
It was extremely hard for them esp the elderly to move on then bila finally dah boleh terima hakikat, datang pulak manusia2 yg tiada empathy paksa mereka utk ingat balik
Kalau nak jugak tulis, ambil saja catatan mengenang kejadian menimpa org tersayang yg dikongsi di socmed waris terdekat, dengan keizinan mereka ofcoz
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 03:08 PM | Show all posts
Misteri abad ke 20 yg tidak nampak hujung pangkalnya. Anyways, kat bawah tu tulis menteri pengangkutan nak umumkan sesuatu dlm masa terdekat, betul ke tu atau berita lama??
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang iol berteori sendiri semata. Gomen mmg tau , tapi tak boleh bagitau under any circumtances.

Ada uols terpk yang sama?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari yg sama naik flight ke labuan sbb keje kat sana.. masa tu rasa surreal, n husnuzon sgt yg xde pape.. skali smpi skrg x jumpe.. n selepas drp tu la series of unfortunate event in aviation keeps continuing.. al fatihah utk semua mangsa.. sedih sgt, bila kesygan tak berkubur.. tapi insyaAllah doa tu sampai.. kena yakin dengan tuhan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.408208 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list