View: 2569|Reply: 32
|
[Tempatan]
COVID-19. Berita 8 Mac. Kes baru 1,529. Selangor lagi dan lagi +726
[Copy link]
|
|
Noor Hisham Abdullah
@DGHisham
8 Mac 2021 Jumlah kes COVID-19 1,529 kes
Kes mengikut negeri:
Selangor :726
Sabah :71
Johor : 120
WP KL :71
Negeri Sembilan : 89
Pulau Pinang : 76
Perak : 49
Sarawak : 252
Kedah : 9
Melaka : 4
Kelantan : 28
Pahang : 3
Terengganu : 13
WP Labuan : 0
WP Putrajaya : 1
Perlis :17 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah, cpt ari ni dpt update.
TQ TT. |
|
|
|
|
|
|
|
KKMalaysia
@KKMPutrajaya
Tiga hari berturut-turut, kes baharu harian #COVID19 di bawah angka 2,000. |
|
|
|
|
|
|
|
entah kenapa hari ni tetiba DG ngan KKM update awal
|
|
|
|
|
|
|
|
TQVM TT for the update... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 2-3 hari berturut Perlis 2 angka kes baru...sblm ni berhari2 takde kes baru...ada pun 1 angka je |
|
|
|
|
|
|
|
Pada hari ini, jumlah kes aktif telah kurang daripada 20,000 kes, iaitu 19,778 kes. Jumlah kes baharu iaitu 1,529 kes pula merupakan jumlah kes baharu paling rendah yang dicatatkan untuk tahun 2021. Diharapkan tren jumlah kes menurun ini akan berterusan.
Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 726 kes (47.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 645 kes (88.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 252 kes (16.5 peratus) dan Johor sebanyak 120 kes (7.8 peratus).
Sebanyak34 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depot tahanan imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Persiaran Wawasan (17 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Tembok Taiping (5 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua (2) kes di Sabah, Pulau Pinang, dan Johor, serta masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak. Sebanyak tujuh (7) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 8 Mac 2021:
Jumlah kluster : 1,203 kluster;
Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 736 kluster (termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Jalan Perindustrian, Kluster Selasih Perindu, Kluster Keladi Saga, Kluster Sri Sengkang, Kluster Jalan Permata, Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Tinanom, Kluster Jalan Waja, dan Kluster Persiaran Hulu);
Jumlah kluster aktif : 467 kluster;
Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 62 kluster; dan
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (51 kes), Kluster Industri Subang (36 kes), dan Kluster Kebun Baru (22 kes). |
|
|
|
|
|
|
|
pkp berkesan
sapa kata pkp tk berkesan
dia cybermacai ph |
|
|
|
|
|
|
|
KKMalaysia
@KKMPutrajaya
4 kluster baharu dilaporkan melibatkan 3 kluster tempat kerja dan 1 kluster komuniti
|
|
|
|
|
|
|
|
KKMalaysia
@KKMPutrajaya
8 kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia; 1,177.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Paling rendah utk tahun ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasar raya apa kt loke yew? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana boleh tengok latest punya testing rate?
Positive rate sekarang berapa? |
|
|
|
|
|
|
|
KKM Portal MyHealth
@MyHEALTHKKM
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 08 Mac 2021.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|