CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 744|Reply: 0

[Dunia] Dron, peluru berpandu serang pelabuhan timur Arab Saudi

[Copy link]
Post time 8-3-2021 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Dron, peluru berpandu serang pelabuhan timur Arab SaudiMac 7, 2021 @ 11:20pm

Kemudahan Aramco di Arab Saudi. - Foto AFP



RIYADH: Sebuah dron menyerang pelabuhan minyak Arab Saudi dan peluru berpandu balistik menyasarkan kemudahan tenaga Aramco di timur negara itu semalam, kata Kementerian Tenaga.

"Satu kawasan tangki minyak di Pelabuhan Ras Tanura di Wilayah Timur, antara pelabuhan minyak terbesar di dunia, diserang pagi ini oleh dron dari laut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan dikeluarkan agensi media tempatan Arab Saudi.

Kemudian semalam katanya, peluru berpandu balistik jatuh berhampiran kawasan perumahan Saudi Aramco di bandar Dhahran, lokasi tempat tinggal ribuan pekerja syarikat itu dan keluarga mereka.

Dalam satu lagi kenyataan, Kementerian Pertahanan memberitahu dron yang menyerang dari laut dimusnahkan dan dijatuhkan sebelum mencapai sasarannya sementara peluru berpandu balistik yang menyasarkan kemudahan Aramco di Dhahran juga musnah.


Difahamkan serpihan peluru berpandu itu jatuh berhampiran kawasan infrastruktur awam.
Kementerian Pertahanan menjelaskan serangan itu menyasarkan sumber penting ekonomi dunia, bekalan minyak dan keselamatan tenaga global.

Tiada laporan dan makluman berkaitan korban atau kerosakan serta siapa yang bertanggungjawab di sebalik serangan itu.
Bagaimanapun pemberontak Huthi Yaman mendakwa di Twitter mereka menembak dron dan peluru berpandu ke arah Ras Tanura dan sasaran ketenteraan di kawasan Dammam, berdekatan Dhahran.

Terdahulu semalam, gabungan tentera pimpinan Arab Saudi melakukan serangan udara di ibu kota Yaman, Sanaa yang dikuasai Huthi selepas memintas sejumlah dron dan peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak disokong Iran, lapor SPA.

Perkembangan itu menandakan peningkatan baharu konflik enam tahun antara pemerintah Yaman dan pemberontak Huthi, biarpun gesaan pentadbiran Amerika Syarikat yang baharu mahu menamatkan permusuhan. - AFP







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.359695 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list