CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12733|Reply: 30

Misteri Alam Bunian. Ini Punca Kenapa Lelaki Selalu Dipilih, Bukan Perempuan

  [Copy link]
Post time 11-3-2021 10:56 PM | Show all posts |Read mode
Misteri Alam Bunian. Ini Punca Kenapa Lelaki Selalu Dipilih, Bukan Perempuan




Ramai yang mengharapkan kesudahan berita gembira tentang kehilangan peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau mesra disapa Acap selamat dijumpai segera. Memasuki hari ke 9 pencariannya, sehingga berita ini ditulis, kehilangan Acap banyak dikaitkan dengan alam misteri khususnya alam bunian.

Biar segenap usaha sudah dilakukan mencarinya namun Acap sehingga kini belum ditemui lagi. Operasi pencarian yang dilakukan oleh pihak berkuasa juga sudah dihentikan sepenuhnya 1 tengahari semalam oleh pihak berkuasa. Namun pencarian tetap diteruskan dalam skala kecil oleh polis tempatan dan orang kampung yang turut bersama membantu pencarian Acap.

Misteri kehilangan Acap di Bukit Batu Putih, Gopeng semasa menyertai larian Gopeng Ultra Trail membuatkan ramai yang percaya ia berkaitan dengan alam mistik.

Apa sebenarnya dunia bunian? Kenapa dalam setiap kehilangan di dalam hutan, di saat operasi mencari sudah dilakukan tetapi tidak ditemui dan akhirnya kehilangan sebegini dikaitkan dengan alam bunian. Kenapa misteri sebegini timbul?

REMAJA menemuramah seorang individu yang biasa memasuki alam ghaib. Menurutnya yang enggan nama dikenali, jelasnya bunian terdiri dari bangsa jin yang memang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia biasa kecuali dengan bacaan dan surah-surah tertentu bagi membolehkan individu memasuki perkampungan jin-jin ini.

Nama BUNIAN ini tercipta bersandarkan cakap-cakap orang Melayu lama yang menyebutnya dan jika pergi ke negara-negara lain, istilah bunian ini mungkin tidak pernah didengari mereka (setiap negara berbeza nama panggilan).

Di mana tempat tinggal jin @bunian ini?
Jika manusia memilih lokasi-lokasi dekat dengan kemudahan awam, biasanya bangsa jin ini lebih gemar menetap di dalam hutan yang jauh dari perkampungan manusia.

Lagi jauh ke dalam hutan, adalah lebih sesuai kerana mereka boleh bercucuk tanam, menternak, memburu dan sebagainya. Tentu kita pernah mendengar kisah yang diceritakan di mana pemburu menemui ayam hutan yang banyak di dalam hutan dan bila ayam itu ditembak, ia dibalas dengan nyawa orang yang terdekat seperti anak. Ini kerana kita menceroboh hak bunian-bunian ini dan mengambil tanpa izin mereka.

Ada juga jin-jin ini mendiami kawasan muara sungai dan juga laut. Mereka juga tinggal di gunung ganang selain di dalam laut besar seperti Selat Melaka, Lautan Pasific dan sebagainya.



(Atas) Rumpun buluh berbentuk atap ini dipercayai pintu masuk ke alam ghaib. Satu nasihat, andai bertemu begini dan sekelilingnya juga bersih dari sampah sarap, ini adalah pintu masuk ke alam mereka. Gambar dari fb abang Acap, Danny Lang

Bagaimana bentuk fizikal orang bunian?
Sama ke macam manusia? Memandangkan bunian wujud dekat dengan kediaman manusia, namun bila menyentuh aspek fizikal jin, ia sama sekali berbeza dengan manusia normal. Jin-jin ini biasanya berkepak, tidak sama dengan manusia. Jika alam manusia ada yang tinggi, rendah, gemuk atau kurus namun di alam bunian, golongan jin ini biasanya ketinggian mereka adalah sama, baik lelaki mahu pun perempuannya.



Bayangan tubuh mereka umpama kabus putih, tidak berfizikal seperti manusia.
Namun amat mudah untuk manusia mengenal pasti individu asing yang ditemui di hutan-hutan sama ada mereka itu bunian atau manusia. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membaca surah An-Nas sebanyak tiga kali dalam keadaan ketika hujan panas turun.

“Selepas selesai baca, rapatkan kepala ke celah kelangkang dan jika individu yang berjalan itu kakinya seolah tidak cecah ke tanah, itulah golongan jin ini jika kita menjumpainya sekitar tengahari,”katanya lagi.

Kenapa lelaki biasa hilang dalam hutan, bukan perempuan?
Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (kes kehilangan Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini, perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.

“Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.

Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.




Ciri lelaki bagaimana biasanya jadi pilihan?

Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.

“Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.

“Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.

Bagaimana nak kenal pasti pintu masuk ke alam bunian?
Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!. Biasanya apabila masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian.

Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok tersebut. Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.

Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang baru pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan kerana golongan jin ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam berkata-kata!

Namun misteri kehilangan Acap ini turut menarik perhatian apabila Akmal Amai yang mengikuti pencarian ini memuatkan naik perkongsian pengalaman dan turut sama membantu.

Apa yang jelas, beliau menulis malam tadi dia dan rakan-rakan mendengar suara Acap. Bagaimana dia boleh mendengar, hanya Allah yang tahu.




Masa yang sama, dirinya menjelaskan Bukit Batu Putih ini memang dilarang naik oleh nenek moyang dahulu. Pastinya mereka lebih tahu misteri di kawasan ini. Baca perkongsiannya untuk sama-sama kita hulurkan doa agar Acap ditemui selamat.

Hari ke 8 pencarian Acab
Walaupun operasi SAR telah dihentikan. Namun terima kasih kepada Bomba, orang kampung, sukarelawan, ustaz-ustaz dan rakan-rakan yang masih belum berputus asa meneruskan usaha.

Terharu bila tengok orang kampung, pakcik makcik tua-tua bersilih ganti gigih memanjat trail. Masing-masing ada kebolehan tersendiri. Memang trail tak berapa sukar, tapi kami bukan hanya cari di trail.

Agak sukar bila carian melibatkan kawasan luar trail yang ada gaung, lereng bukit, lubang-lubang, batu-batu besar, semak samun yang kita takkan berani masuk dalam keadaan normal.


Paling kalah kalau siang di kawasan berbatu sangat-sangat panas. Itu kami, macam mana dengan Acab yang tak de bekalan air? Pelbagai perkara misteri yang kami alami sepanjang pencarian siang dan malam. Abam Bomba “mark” peta, semua kawasan dah pangkah. Abam polis geleng kepala. Ini bukan kes hilang biasa.

Sebak bila ada pakcik minta kami bersabar sebab dia bagi tau orang kampung situ terutama Kg Sungai itek, kg pintu padang dan kg jahang takkan berputus asa. Ada org tua yang sejak kecil tak pernah panjat pun bukit tu sebab dilarang oleh moyang mereka. Tapi mereka tergerak hati nak naik dan tolong.

Kenapa mereka bersusah payah membantu walau mereka tak kenal Acab?
Sebab Allah yakinkan hati mereka untuk teruskan usaha.

Terima kasih juga kepada semua yang berusaha dari jauh dari pelbagai cara. (Penuh misscall dan whatsapp di telefon saya, maaf kalau ada yang saya tak reply).

Kepada mereka-mereka yang tidak percaya makhluk halus, jin dan bunian dan mempersendakan usaha kami, dipersilakan datang dan bantu. Kepada ahli keluarga Acab, teruskan berdoa dan jangan putus asa. Allah datangkan setiap ujian beserta hikmah.

ps: sapa-sapa yang kata kami seronok-seronok hiking panjat bukit batu putih, anda memang… (netizen tolong jawabkan). Bukan masyur yang kami cari. Tujuan post ni pun untuk dapatkan sebanyak mungkin doa dari kaum manusia. Dan untuk lihatkan usaha yang dibuat. Kalau bukan saya yang tolong dedahkan, siapa lagi?

#Terusberdoa
#Acabsakit
#Acabnakbalik

Saya dan rakan-rakan dapat dengar suara Acab malam tadi. Jangan tanya macam mana dengar. Itu kuasa Allah. Gambar tak boleh tepek semua, kang macam-macam teori lagi yang keluar.

Sumber : http://semuanyajdt.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2021 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
xde komen lg ni hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya anak bini xde closure..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki bunian tak cukup hensem ke? Tentu lelaki bunian tak puas hati bila puteri mereka pilih inter spesies. Takde yang memberontak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 12:14 AM | Show all posts
tengku jalal spesis bunian yang pernah beli pasport dan travel ke jepun naik awan nano
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengantuk aku baca..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2021 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Jin cantik&hensem ke?bukan ke rupa dorg buruk je. Y rupa cantik dan hensem tu sekadar jelmaan sahaja..sbb kwn ai boleh tgk..even adik kwn ai y lain pn hijab dibukak dr kecik lg . mcm2 haa dia tgk..rupa asal dorg buruk..

Sbg manusia,ai rasa invalid jah kata perempuan bunian lg cantik drpd prmpuan manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau. Boleh la lepas ni ckp kau ingat kau cantik? Jin pun lg cantik dr kau tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2021 02:25 AM | Show all posts
tapi tokbomoh yang minat sangat pompuan yg diminati bunian ni
katanya mystic power meningkat macam 2 batalion bergabung

pening kena ngorat tokmoh acah baik. claim boleh ubati penyakit kita..tapi penyakit sendiri tak settle
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 09:56 AM | Show all posts
rogayahtop replied at 12-3-2021 01:40 AM
Baru tau. Boleh la lepas ni ckp kau ingat kau cantik? Jin pun lg cantik dr kau tau.

aku baca ko tulis ni dengan nada Michael Ang
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 12-3-2021 12:04 AM
Lelaki bunian tak cukup hensem ke? Tentu lelaki bunian tak puas hati bila puteri mereka pilih inter  ...

lelaki bunian hodoh......

manusia lelaki yg paling buruk sama dgn lelaki bunian yg paling hensem....sbb tu pompuan bunian suka lelaki manusia.....

pompuan bunian pulak sgt cantik.....pompuan manusia yg paling cantik sama dgn pompuan bunian yg paling hodoh.....

perghhh.....setakat Rihana Petra tu, (aku suka tgok muka dia), kat alam bunian pompuan hodoh je....m
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 02:49 PM | Show all posts
omputih ada x kena pikat ngn bunian ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 08:33 AM | Show all posts



i fell u sister
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
greantea replied at 15-3-2021 08:33 AM
i fell u sister

Hahaha

Benda sama nak sedapkan kata lelaki saja boleh nmpak.

Sebenarnya lelaki mudah digoda.. Ckp terus terang kan senang.. hahha.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 02:20 PM | Show all posts
teringat bonian berperang ala lord of the ring
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa mereka pilih lelaki sebab nk buat eksperimen biologi. Kalau perempuan, terhad untuk proses pembiakan. Kalau lelaki, lebih luas.
Aku rasa la.
Agak tak logik lelaki yg dipilih tu jenis yg baik hati sampaikan sanggup tinggalkan anak bini Yg ditinggal tu pulak munkin ada yg anak 4. Bini pulak tak keja. Sapa nk bayar kereta dengan rumah. Tak logik kalau yg dipilih tu baik hati. Ni lebih pada kena kidnap.
Lawa macam mana pon perempuan bunian tu tak kan ada lelaki yg baik baik akan sanggup pilih berbanding dgn tanggungjawab pada anak.
Betu la kot org putih yg cakap ada Alien yg culik manusia untuk eksperimen sains.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2021 06:20 PM | Show all posts
bunian pun main forum taw... tgu dia masuk reply korang
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 07:33 PM | Show all posts
Maaf..pompuan bunian/manusia memang boleh pregnant ehh kalau bersama dengan lelaki manusia/bunian??
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-3-2021 09:53 AM
Hahaha

Benda sama nak sedapkan kata lelaki saja boleh nmpak.

Hahaha agree!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
malaygirl replied at 15-3-2021 10:23 PM
Hahaha agree!

yg ditemuramah lelaki harus la dia back up lelaki.

walhal bunian adalah jin dan buruk wajah depa sebenarnya. memandangkan jin adalah pakar menyamar...harus la yg betina menyamar jadi cantik walhal...hahahahahaha...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.066274 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list