CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17046|Reply: 165

Hattan Nasihat Penyanyi Supaya Belajar Vokal

  [Copy link]
Post time 16-3-2021 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Hattan Nasihat Penyanyi Supaya Belajar Vokal

[size=1.15]Disebabkan oleh pelbagai isu yang timbul ketika acara muzik tahunan baru-baru ini, Datuk Hattan telah bersuara dan menyeru penerbit Anugerah Juara Lagu (AJL) supaya mengambil serius kredibiliti pertandingan berkenaan yang kini sudah pun menjangkau usia 35 tahun.
[size=1.15]Ini kerana AJL merupakan satu acara yang bukan sahaja ditonton oleh rakyat Malaysia malah jiran tetangga Indonesia juga merupakan peminat setianya.
[size=1.15]
“AJL bukan pentas untuk main-main kerana maruah industri seni kita terletak pada tangan barisan finalis dipilih, meski kita sudah jauh ditinggalkan oleh negara jiran.”

Jelas Hattan lagi, pelapis baru yang dihasilkan daripada rancangan realiti seperti Indonesian Idol dan The Voice di negara jiran itu adalah lebih berkualiti kini.

Malah penyanyi senior itu meminta mana-mana peserta pertandingan berprestij seperti AJL supaya bersikap terbuka dan mengakui kelemahan diri.

“Rakaman studio dan persembahan ‘live’ adalah dua perkara berbeza. Kita ada guru-guru vokal yang hebat seperti Datuk Syafinaz, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi, pergilah belajar.”

Tak salah sekiranya pergi menuntut ilmu dengan guru vokal tempatan dahulu. Bahkan menimba ilmu tentang vokal ini memerlukan masa yang lama.

“Pergi berguru sampai khatam dan selepas itu, baru betul- betul melangkah. Belajar vokal kena sekurang-kurangnya tiga tahun dan bukan tiga bulan.”

Dalam pada itu, Hattan menasihatkan penerbit program dan syarikat rakaman supaya mencari penyanyi berbakat untuk diketengahkan dan bukan hanya mengambil kira pengaruh mereka di media sosial.

Seperti AJL, para penyanyi boleh menganggap ia seperti pergi ‘berperang’, di mana perlu dilengkapi dengan ilmu dan keberanian.

“Kalau perasaan takut datang mengganggu, carilah jalan untuk atasi. Jumpalah orang lama, dapatkan tip. Ini tidak, jumpa orang lama tak bertegur.”

Bahkan Hattan menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara penghasilan single dan album di mana penyanyi perlulah mempelajari teknik dengan sempurna sebelum masuk dalam studio bagi merakamkan album.

Harap ramai penyanyi baru yang terima teguran ini dengan terbuka.


SUMBER : Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
absolutely correction!! ni baru betul. retis lain acah acah backup konon supportive. nyampah!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya ada jugak otai yg bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nabila bukan pakai khidmat vocal teacher ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
A good one Dato Hattan
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
poei belajor memahal bila buek...langsung lupo....
ada lah bondo x kono tu datuk....sebelum belajar  x baca doa kut....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 16-3-2021 09:07 PM
poei belajor memahal bila buek...langsung lupo....
ada lah bondo x kono tu datuk....sebelum belajar ...

lupo baco doa penoghang hati ghaso ea.. kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
elok reply kenyataan dato hattan pada yg backup sgt termasuk artis tu.. berani nk kutuk otai.. silap2 otai lain membahan korang.. chucky apa lagi berani ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 16-3-2021 09:01 PM
Nabila bukan pakai khidmat vocal teacher ke?

ado... tp bak kato tok tan tu.. atleast tigo tahun.. tapi kalau kak nab agk ea kono up 10 tahun baghu buleh konpiden bertanding.. kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 16-3-2021 09:01 PM
Nabila bukan pakai khidmat vocal teacher ke?

"Pergi berguru sampai khatam dan selepas itu, baru betul- betul melangkah. Belajar vokal kena sekurang-kurangnya tiga tahun dan bukan tiga bulan.”
Sudah,siap TokNaz jd vocal coach tapi hasilnya.......silap2 bukan 3tahun 30taun pun blom tentu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti chucky tgh juih mulut baca toktan nye komen. Deeeeeppp
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:18 PM | Show all posts
olaoli replied at 16-3-2021 09:14 PM
Mesti chucky tgh juih mulut baca toktan nye komen. Deeeeeppp

poor chucky
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun iols xminat pun vocal tok hattan ni but i agree 100% apa dia kata.

Tp tu lah tok, bbnu sekrg bkn kejar skills ke excellencies ke, dorg kejar tololwers je tok.

Sedap xsedap belakang kira, janji pames.


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju 100% dgn Hattan!!!!! Pls la penyanyi kt malaysia ni nak jadi penyanyi timba ilmu betul2 baru la rakam lagu, masuk ajl etc. Ni bila perform hauk, netizen kritik pastu mintak simpati. Puih
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:29 PM | Show all posts
biso bonar... biso bonar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:34 PM | Show all posts
ke manakah hati mu kala aku

menanti  kata cinta

mengalir air mata

kala sepi tiba

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kahkah berani ke retis2 fake konon bekap tu nak berbunyi lagikk? nak nyanyi boleh tapi kalau lagu lepas ke ajl producer lagu sila tukar penyanyi yg berbakat utk bawa ke pentas ajl. lepas ni boleh la tapis2 penyanyi yg dibenarkan beraksi kat pentas ajl, even separuh akhir dah kena tukar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 16-3-2021 09:38 PM
kahkah berani ke retis2 fake konon bekap tu nak berbunyi lagikk? nak nyanyi boleh tapi kalau lagu le ...

ya..setakat nk jd penyanyi mcm iman troye terkinja kinja menyanyi dgn auto tune tu takde sapa kisah pn.

cuma bila lagu ko dah masuk ajl ni ko kne perform elok la kan? kalau tak mampu bagi org lain nyanyi tak pun tarik diri..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ada beza, kalau y talented,belajar vokal pn boleh berjaya,mcm wanibarista tu,awal2 terkucil jgk kan time perform live n dah masuk kelas vokal, she's getting better..beza dgn we-know-who tu,dah canang satu msia kata belajar vokal bagai tp tetap terkucil n tetap x best...tu bermaksud mmg dia xde bakat lgsg utk menyanyi..

Better stop and pursue something else y betul2 sesuai dgn dia..gifted tu mcm tokti,otai2 y xperlu kelas vokal tp nyanyi je ada feel..so,utk y we-know-who tu,stop lah nyanyi..mmg bukan career utk kamu pursue...go 4 something else y betul2 boleh bwk nama kamu tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by afidahoney27 at 16-3-2021 10:15 PM

Siapa makan cili dia terasa pedas hoho
Rengsa iolss tengok kt socmed sakan betul duk backup bagai.
At least dia berani bawak lagu konon. Dah memang lagu tu diciptakan utk hengkau. So whatt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.297033 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list