CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1188|Reply: 1

Tuchel tagih mentaliti kemenangan pemain

[Copy link]
Post time 17-3-2021 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Tuchel tagih mentaliti kemenangan pemain


OLIVIER Giroud meledak gol tunggal perlawanan pada aksi pertama untuk memberikan kemenangan kepada Chelsea ketika di Wanda Metropolitano. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel percaya jentera serangannya mampu me-lakukan sesuatu pada aksi timbal balik pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Atle-tico Madrid di Stamford Bridge awal pagi esok.
Meskipun sekadar seri tanpa- jaringan menentang Leeds United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu, namun beliau mengakui tidak bimbang dengan keadaan itu.
Katanya, The Blues mampu untuk merobek pintu gol Atle-tico pada perlawanan itu sekiranya beliau terus memberi kepercayaan kepada barisan serangan sedia ada.
“Saya fikir tidak perlu untuk beri tekanan kepada penyerang. Saya percaya gol itu akan datang sekiranya mereka ada mentaliti yang betul dalam setiap perlawanan.
“Apa yang penting, pemain-pemain saya perlu bijak membuat keputusan serta menggunakan teknik yang betul ketika melakukan percubaan. Kami boleh jaringkan gol pada perlawanan itu nanti,” kata Tuchel.
Sementara itu, pemain pertahanan Chelsea, Andreas Christensen menggesa rakan sepasukan supaya lebih banyak menguasai bola bagi menghalang Atletico menggunakan taktik serangan balas pantas.
“Kami perlu banyak memegang bola pada perlawanan itu nanti. Semua pemain perlu bekerja keras untuk menekan Atletico ke kawasan mereka sendiri,” ujarnya. – AGENSi

Sumber :  Kosmo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 08:07 PM | Show all posts
chelsea da tak top dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.062806 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list