CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 895|Reply: 0

Negeri Sembilan Kekal Rekod Tanpa Kalah

[Copy link]
Post time 22-3-2021 10:49 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Negeri Sembilan, Alain Thierry Akono (kiri) diasak pemain Projek FAM-MSN dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - FOTO AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN


Berita Harian

Mohd Amin Jalil
bhsukan@bh.com.my

SEREMBAN: Negeri Sembilan terpaksa bermandi peluh sebelum mencatat kemenangan 2-0 ke atas skuad Projek FAM-MSN pada saingan Liga Perdana, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Jaringan pemain tengah, R Barthkumar dan Alain Thierry Akono menjadi penyelamat tuan rumah yang tampil selaku pendahulu carta Liga Perdana ketika ini.

Biarpun dari awal permainan, Negeri Sembilan melakukan serangan bertubi-tubi ke kawasan kubu pasukan FAM-MSN, untuk mendapatkan gol, namun jaringan pertama hanya hadir pada minit ke-72, menerusi sumbangan pemain tengah, R Barathkumar.

Gol itu terhasil apabila pemain berkenaan menerima bola dari bahagian tepi dan dia yang tidak di kawal dengan mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol pelawat, Mohamad Nabil Asyraf Ramli.

Alain Akono kemudian mengukuhkan kedudukan skuad kendalian K Devan apabila meledak gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-85 ketika situasi kelam kabut dalam kotak penalti pasukan FAM-MSN.

Dua gol berkenaan kekal sehingga tamat permainan sekali gus meletakkan Negeri Sembilan terus mendominasi carta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065394 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list