CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 997|Reply: 0

Pahang Mimpi Ngeri lagi Di Stadium MBPJ

[Copy link]
Post time 22-3-2021 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Pemain PJ City, Kugan Dhevarajan (dua dari kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan pasukan ketika perlawanan Liga Super 2021 antara PJ City menentang Sri Pahang di Stadium MBPJ. - FOTO ASYRAF HAMZAH


Berita Harian

Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Sri Pahang FC sekali lagi mengalami mimpi ngeri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila tewas 0-1 di tangan PJ City FC, sebentar tadi.

Ia kekalahan kedua yang dialami skuad Tok Gajah di Stadium MBPJ musim ini selepas turut kecundang 3-1 di tangan Selangor FC pada aksi sulung Liga Super di gelanggang sama, awal bulan ini.

Lebih perit, kekalahan berdepan PJ City yang 100 peratus dibarisi pemain tempatan menyaksikan Sri Pahang kembali ke zon penyingkiran apabila jatuh ke tangga ke-11 selepas hanya mengumpul empat mata dalam lima perlawanan.

Pemain muda, D Kugan boleh dianggap wira PJ City apabila jaringannya pada minit ke-33 memberikan tiga mata berharga buat skuad P Maniam dan membolehkan mereka naik ke tangga kelima liga.

Pahang yang berusaha keras mencari gol penyamaan gagal memecah kebuntuan hingga wisel penamat walaupun melakukan beberapa percubaan terutama menerusi sepakan percuma Lee Tuck pada minit ke-55 yang sekadar menggegar palang gol.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.527724 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list