CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1050|Reply: 0

Velazquez Selamatkan Maruah JDT

[Copy link]
Post time 22-3-2021 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 22-3-2021 10:57 AM


Penyerang Perak, Guilherme De Paula (kanan) meraikan jaringan gol pertama pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM


Harian Metro

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
sukanteam@nstp.com.my

Ipoh: Sepakan penalti Leandro Velazquez pada masa kecederaan menjadi penyelamat Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit mengikat Perak 2-2 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan JDT kekal di kedudukan teratas liga dengan 11 mata, selepas pasukan tangga kedua, Terengganu FC tewas 2-1 di tangan Sabah.

Anak buah Chong Yee Fatt yang tidak diberi harapan besar untuk mengatasi JDT susulan prestasi kurang baik dalam dua perlawanan sebelum ini berada di depan pada minit ke-33 selepas De Paula tenang menyudahkan hantaran Izzuddin Roslan.

Tindakan pengendali JDT, Benjamin Mora membawa masuk Mohamadou Sumareh pada awal babak kedua juga tampak gagal membuahkan hasil untuk Harimau Selatan mendapatkan gol penyamaan.

Walaupun melakukan asakan demi asakan ke kubu Perak, namun JDT tetap gagal menewaskan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya sejak awal permainan.

Ketika JDT sedang rancak mengasak, sebaliknya De Paula mengukuhkan kedudukan Perak apabila meledak gol kedua selepas menyudahkan umpanan yang dilakukan Sergio Arguero pada minit ke-58.

Usaha Mora mengeluarkan Sumareh dan memasukkan Akhyar Rashid pada minit ke-69 membuahkan hasil apabila bekas pemain Kedah itu akhirnya berjaya menewaskan Hafizul Hakim, lima minit kemudian.

Ketika JDT di ambang kekalahan, Leandro Velazquez muncul penyelamat apabila meledak gol penyamaan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.415250 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list