CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1324|Reply: 6

[Tempatan] Cubaan seluduh dadah RM5.2 bilion gagal. Gilerrrr banyak dadah

[Copy link]
Post time 23-3-2021 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan seluduh dadah RM5.2 bilion gagal

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... rm5-2-bilion-gagal/

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR
23 Mac 2021, 2:22 pm


Sebanyak 94.8 juta biji pil captagon disyaki mengandungi dadah jenis AMP yang disorokkan dalam roda castor.

SEREMBAN – Sebanyak 94.8 juta biji pil captagon disyaki mengandungi dadah jenis amphetamine (AMP) yang disorokkan dalam roda castor berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 15 Mac lalu di Pelabuhan Klang, Selangor.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir, bertindak atas maklumat perisikan daripada Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, sepasukan anggota JKDM cawangan Natkotik telah berjaya menyita tiga buah kontena berukuran 40 kaki.

Katanya, hasil pembongkaran yang turut mendapat kerjasama dengan Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menjumpai sebanyak 16 tan pil berkenaan yang dianggarkan bernilai RM5.2 bilion.

“Siasatan awal mendapati kontena-kontena tersebut tiba dari sebuah negara di timur tengah dan dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur.

“Kejayaan ini merupakan rampasan dadah terbesar yang pernah direkodkan oleh JKDM setakat ini,” katanya ketika sidang akhbar di Bahagian Penguatkuasaan Cawangan Narkotik JKDM di Nilai di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Risikan dan Operasi) PDRM, Deputi Komisioner Zainudin Ahmad.

Tambahnya, pihak penghantar mengikrar barang berkenaan sebagai roda castor dan menggunakan bungkusan kotak yang sama.

“Isi dalam castor itu ialah pil dan saya difahamkan setiap satu castor ini dimuatkan sebanyak 1,000 pil bernilai RM54,000.

“Maklumat yang kami terima kontena-kontena berkenaan transit di negara ini sebelum dihantar ke negara lain,” tambahnya,” ujarnya. -K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 02:49 PM | Show all posts
Boleh majukan sesebuah negara dengan nilai duit tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
IGP kan kata ada kartel dadah dalam pdrm.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak keldai dadah yang kena tahan mesti ada transit atau bertolak dari malaysia. Malaysia ni jadi pusat transit besar dadah ke? Macam mana boleh lepas kalau dalam penguatkuasa tu takde tali barut juga.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 04:15 PM | Show all posts
biar betik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah nk berhusnuzon bab dadah ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2021 08:54 AM | Show all posts
kompom tepuk dahi funder!!!

byk tuh... tapi jgn ade kes kastam pi seludup keluar jual barang rampasan eh!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.593338 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list