CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3921|Reply: 1

Apa Yang Best Mancing Malam?

  [Copy link]
Post time 25-3-2021 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Apa Yang Best Mancing Malam?


Setiap pemancing mempunyai waktu kegemaran untuk memancing. Ada yang lebih gemar memancing pada siang hari dan ada yang lebih suka pada waktu malam. Dan tak kurang juga yang siang malam memancing tanpa mengira waktu. Admin pula lebih suka memancing pada waktu malam kerana sebab-sebab berikut:



Waktu Ikan Lebih Aktif

Walaupun tiada bukti-bukti saintifik yang menyokong kenyataan ini, namun masih ramai pemancing berpengalaman yang mengakui ikan lebih aktif mencari makan di waktu malam. Hal ini mungkin terjadi akibat fenomena pasang surut dan fasa-fasa bulan yang menjadikan ikan lebih aktif dan giat mencari makan di waktu malam berbanding siang hari. Ada juga yang berpendapat ikan menjadi lebih aktif kerana suhu air yang mulai sejuk di waktu malam.



Kurang Saingan Pemancing Lain

Hal ini memang harus diakui kerana tidak ramai kaki pancing yang gemar berembun dan menahan kesejukan di malam hari semata-mata untuk memancing. Jadi, saingan anda semakin kurang terutamanya jika memancing di kawasan yang popular di kalangan kaki pancing. Justeru, potensi anda untuk mendapat hasil yang lumayan juga lebih tinggi.


Lebih Mencabar

Bagi yang gemarkan cabaran, memancing di waktu malam mesti menjadi pilihan mereka. Faktor cahaya yang terhad dan faktor-faktor lain akan menjadikan aktiviti memancing di malam hari lebih mencabar. Walaubagaimanapun, sebagai pemancing anda haruslah sentiasa mengutamakan aspek keselamatan walau di mana jua anda berada walaupun anda gemarkan cabaran memancing di malam hari.


Selamat Dari Berpanas

Umum mengetahui memancing di siang hari akan mendedahkan kaki pancing kepada ‘sunburn’ terutama jika tidak menggunakan pelindung muka dan tangan. Dengan memancing di malam hari pula, potensi-potensi untuk ‘sunburn’ akan hilang sama sekali dan anda boleh memancing dengan tenang tanpa merisaukan kulit anda terbakar dek panahan matahari.



Keindahan Panorama Malam

Bukan senang nak melihat sendiri sotong berenang-renang di tepi bot dek limpahan cahaya lampu dan bukan juga senang nak menyaksikan kelip-kelip bila anda memancing di kawasan hutan dan paya bakau. Semua ni dapat dilihat bila anda memancing di waktu malam. Jadi, kesempatan yang ada itu, anda hargailah dengan menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan.

Sumber : https://www.umpan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2021 08:34 PM | Show all posts
Cakap pasal mancing mesti teringat masta selva arunasalam MATJHN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.372255 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list