CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9335|Reply: 95

Syair untuk si pari2 acik2 porem yang comel

  [Copy link]
Post time 30-3-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by makadek at 30-3-2021 04:01 PM

Masih panas dengan kisah perantin yang terpaling suci dan penuh berkah lindungan jabal rahmah

Nah sebuah syair dari seseorang terasa dirinya molia ,dgn mendapat 2.2k share di pesbuk .

Setelah bersyair chuolls nilailah sendiri
Chuol mata lalat ke mata lebah

Iolss berkerak hitam di porem

Nahhh iolss "perdengarkan syair terpaling tulus mulus di musim covid ni,,

Pernikahan Far-Riz.
Lebah dan Lalat di 'Jabal Rahmah'.

Lebah.
Allahhurabbi. Damainya majlis 'nikah' Far-Riz. Serba putih dan serba indah. Singgahsana pernikahan yang bertemakan Jabal Rahmah amat memukau pandangan. Bunga-bunga segar yang memenuhi segenap ruang. Semuanya amat unik dan tersendiri. Lain dari yang lain. Tahniah Neelofa dan PU Riz.

Lalat.
Membazir!!!.Beli bunga sampai empat tan! Lupa ke membazir itu amalan syaitan?? Nama sahaja bakal bini PU, tetapi majlis penuh dengan pembaziran. Beli bunga banyak-banyak tu boleh makan ke? Kata bijak. Kalau bijak lebih baik duit beli bunga itu pergi bagi orang miskin makan. Dasar otak di lutut!

Lebah.
Harum bau bunga-bunga segar ni. Selepas habis majlis berebut-rebut pengusaha bunga kering, bunga rampai, pengusaha pewangi, sabun, produk mandian dan sebagainya nak borong bunga-bunga tersebut. Alhamdulillah mereka dapat stok bunga-bunga segar pada harga yang murah.

Bagi peniaga bunga pula, pasti majlis nikah Far-Riz memberi rezeki yang berlipat kali ganda kepada mereka. Begitu juga bagi perniagaan si wedding planner. Dapatlah juga mereka menumpang rezeki setelah sekian lama bisnes yang ada agak suram. Mesti banyak pekerja part time yang dapat job tolong cucuk bunga di pelamin. Semuanya asbab dari pernikahan ini. Alhamdulillah.

Lalat.
Eleh, kalau setakat kerja part time cucuk bunga empat tan tu, berapa sangat upahnya? Guna duit tu bagi orang makan lagi baiklah!

Lebah.
Alhamdulillah makanpun ada. Menu majlis nikah Far-Riz memang luar biasa. Nampak sungguh tuan rumah memang nak raikan tetamu. Sup tulang ada, pelbagai jenis seafood sebagai pembuka selera, ayam madu, nasi beriani, udang galah bakarpun ada. Rangkaian pencuci mulutpun banyak. Mesti tetamu yang hadir gembira.

Lalat.
Dalam majlis kahwin, apa yang kita cari berkat. Bukannya berlebih-lebih. Nak tunjuk mewah. Nak tunjuk hebat! Itu semua amalan syaitan!

Lebah.
Ramai tokoh agama yang hadir ataupun mendoakan pasangan mempelai dari jauh. Majlis nikah Far-Riz pula dikhabarkan dipenuhi dengan selawat dan puji-pujian kepada Pencipta dan baginda rasul sahaja. Kita yang melihatnyapun terasa tenang amat. Tambah-tambah majlis yang serba putih itu menjadikan damai sungguh hati melihatnya.

Lalat.
Berkat ke doa itu jika tetamupun ramai yang tidak menutup aurat? Putih konon. Kain kafanpun putih jugaklah!

Lebah.
Seronoknya bermenantukan lelaki beragama seperti PU Riz. Saat cincin disarung hanya telapak tangannya yang diletakkan di atas kepala sang isteri. Memang itu cara yang diajar dan bukannya dicium di sana sini bagai. Memang syahdu momen tersebut.

Pakaian kedua mempelai pula nampaknya cantik dalam kawalan. Ketika Riz berada dalam kalangan tetamu, busananya tidak ubah seperti tetamu yang lain sahaja. Si isteri pula tetap cantik walaupun berniqab. Pilihan fabrik yang amat bersesuaian menyerlahkan aura luar biasa. Ada kelas tersendiri yang tidak mampu untuk ditandingi apatah lagi untuk ditiru!

Lalat.
Eleh. Semua tu tabarruj. Berlebih-lebih dan nak menunjuk sahaja. Macam dia sahaja yang paling hebat.

Lebah.
Syahdu betul ketika melihat Lofa memeluk lama ayah tirinya. Wajah si ayah juga ternyata amat pilu untuk melepaskan anak gadis di bawah jagaannya 'pergi'. Ikatan dan rasa tanggungjawab sebegini yang patut bapa tiri lain contohi.

Lalat.
Bapa tiri nak hargai sangat. Bapa kandung mana? Takkan hari nikahpun tak reti nak hargai bapa kandung!

Lebah.
Suka sungguh tengok wajah Riz. Tenang, lembut dan penyayang. Semoga Riz dapat menjaga Lofa dengan sebaiknya dan mampu membimbing Lofa ke jalan yang diredhai sekaligus menjadi keluarga selebriti contoh di negara kita.

Lalat.
Emm.... Tengok sajalah berapa lama boleh bertahan. Rasanya tak sampai dua tahun kot. Keluarga Lofa tu keluarga harimau menangis! Get ready jerlah sebelum dicakar. Kakak dia kahwin 3 kali. Dia entahlah berapa kali!

Lebah.
Cenderahati yang diberikan kepada tetamu juga amat luar biasa. Ada produk Lancome dan Swarovski. Mesti harganya mencecah ribuan ringgit seorang. Mungkin syarikat-syarikat tersebut yang sponsor agaknya. Semoga majlis pernikahan mereka beroleh barokah yang dicari walau masih kurang di sana sini.

Lalat.
Nak menunjuklah tu. SOP pun tak reti jaga. Ada hati nak raikan tetamu.

Lebah.
SOP?  Betullah kata kau lalat. Depa duduk rapat-rapat. Itu aku setuju. Nanti pihak berkuasa checklah tu.

Tapi kan lalat......
Bukankah kau pun kalau pergi majlis masih duduk rapat-rapat ke? Masih salam-salam cium pipi? Redah pasar malam, kedai mamak dan sana sini macam tak ada SOP. Lagi satu bukan kau ke yang tipu polis untuk rentas negeri hari tu semata-mata nak jumpa buah hati?

Kita doakan semoga pasangan mempelai berbahagia hingga ke syurga. Kita tumpang gembira. Lalat atau lebah, itu pilihan kita.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2021 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lupa kew dolu sapa lagik dolu jadik lalat?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Penuh inspirasi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 30-3-2021 04:15 PM
Penuh inspirasi

Kurek ke tuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang sgt...nmpk ada tulis lebah n lalat je...lukis pls
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Trobek satu ketika dolu.



Benakians epot, masihkah kau ingat?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-3-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 30-3-2021 04:17 PM
Panjang sgt...nmpk ada tulis lebah n lalat je...lukis pls

Nasib iolss kupi pes jer ...  Tp byk masa minah ni naip syabaz beta
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Koh koh.. ade part aku jd lalat.. ade part sku jd lebah.. tp byk jd lebah.. kira aku baiklaa.. koh koh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
x abis lagi ke...jangka hayat lalat ke lebah ke lebih kurang 28 hari.
...so boleh leh expect sampai raya le gamaknye berlarutan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-3-2021 04:19 PM
Trobek satu ketika dolu.



Ni benak ngata kt mekjurah ye haha..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 04:22 PM | Show all posts
pobondonih     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 30-3-2021 04:20 PM
Koh koh.. ade part aku jd lalat.. ade part sku jd lebah.. tp byk jd lebah.. kira aku baiklaa.. koh k ...

Aku tk baca sgt malas...
Tp ku amat berpuas hati kalau depa kena kompaun itu saja.
Sapa suh tk ikut sop
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
"Seronoknya bermenantukan lelaki beragama seperti PU Riz. Saat cincin disarung hanya telapak tangannya yang diletakkan di atas kepala sang isteri. Memang itu cara yang diajar dan bukannya dicium di sana sini bagai. Memang syahdu momen tersebut."


ye benar. hanya tapak tangan riz je letak atas kepala sang isteri. pehtu sang isteri duk siyom si riz mcm tak hengat duniya
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 30-3-2021 04:21 PM
Ni benak ngata kt mekjurah ye haha..


Yeap. If uols nak korek, search je thread Fazura Fattah menikoh dulu2. Cash sangat hurkeh like sikit pun takda tinggal segala hapa benakians mengata kak long kawasan dolu, now balik ke idolat deme. Benakians dementia je purak2 lupa gimana jahnom jari deols dulu terutama lady sherot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
FitzTzif replied at 30-3-2021 04:23 PM
"Seronoknya bermenantukan lelaki beragama seperti PU Riz. Saat cincin disarung hanya telapak tangann ...

Tok kadi pn tersipu malu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
KBW2 replied at 30-3-2021 04:22 PM
pobondonih

Hadiah dr peminat lopak utk acik2 lebah dn lalat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
BUGHITTT lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgojesss replied at 30-3-2021 04:27 PM
BUGHITTT lah

Hahahahah adui berdekah..ko lalat ke lebah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus syair nie cos dah tahu sikit2 menu for that day! lobster bakar eh???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 30-3-2021 04:29 PM
Bagus syair nie cos dah tahu sikit2 menu for that day! lobster bakar eh???

Apa menu diorg ... Cer tepek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.093055 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list