Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
441
View
0
Reply

Peminat K-Drama Ini Dia 5 Series Terbaru Yang Korang Wajib Tonton Di iQiyi!

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-4-2021 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Peminat K-Drama Ini Dia 5 Series Terbaru Yang Korang Wajib Tonton Di iQiyi!



Siapa lagi ada masalah susah nak move on dari sesetengah drama setiap kali korang dah habis menonton cerita tersebut? Korang mesti macam lost sekejap cerita apa pula nak tengok lepas tu kan?

Jangan risau! Biar kami tolong listkan antara drama bersiri terbaru di iQiyi yang wajib korang tengok! Kebanyakkan daripada siri ini adalah ekslusif dan hanya ditayangkan melalui platform iQiyi  je tau! Mudahlah kerja korang sebab sekarang semua drama ni blh diakses melalui satu platform sahaja.


1. Oh! Master C Lee Min Ki & NANA


Genre: Romantik komedi

Berita baik untuk semua peminat Nana yang dah lama menantikan kemunculannya dalam drama terbaru! Pada bulan Mac ini Nana ada drama romantik komedi terbaru yang mengandingkan dia dengan hero kacak Lee Min Ki!

Oh! Master mengetengahkan kisah Han Bi-soo dan Oh Joo-in yang masing-masing mempunyai karakter dan peribadi berlawanan. Tapi apa jadi bila dua orang yang tak sefahaman terpaksa tinggal sekali? Mesti kecoh dan macam-macam hal jadi! Kalau nak tahu kena tengok Oh! Master okay!

Episod terbaru Oh! Master boleh ditonton pada setiap Rabu dan Khamis di iQiyi



2. Scripting Your Destiny C Ki Do Hoon & Jeon So Nee


Genre: Fantasi, drama dan cinta

Penulis hebat drama popular termasuk The Heirs, Mr. Sunshine dan Guardian: The Lonely and Great God tampil dengan sebuah lagi drama yang bakal jadi hits dalam kalangan pencinta K-drama!

Scripting Your Destiny mengisahkan Ho-yoon yang ditugaskan menulis takdir hidup manusia di dunia. Tapi halnya jadi rumit bila Ho-yoon harus menulis kisah cinta untuk Che-kyung salah seorang penghuni di bangunan milik Ho-yoon.

Oleh kerana Ho-yoon kurang pengalaman dalam hal bercinta ni, dia ambil langkah mudah dengan meniru skrip drama yang pernah dihasilkan Che-kyung ketika dia menuntut di sekolah dulu.

Haa dekat sinilah Che-kyung dah mula rasa macam ada yang pelik kenapa hidup dia seakan-akan sama dengan skrip yang pernah dia tulis? Dan bila dia tahu Ho-yoon pernah baca skrip tu dia pun mula ragu-ragu dengan identiti Ho-yoon yang sebenar.



3. So I Married an Anti-Fan C Choi Sooyoung dan Choi Tae Joon


Genre: Drama, Cinta dan komedi

So I Married an Anti-Fan merupakan adaptasi dari komik popular dengan judul yang sama. Malah, ia juga pernah dijadikan sebuah filem pada tahun 2016 dibintangi Chanyeol (EXO), Mabel Yuan dan Seohyun (Girls Generation)

Istimewanya untuk siri drama kali ini, korang akan dapat tengok Choi Tae Joon dan Choi Sooyoung dari Girls Generation bergandingan!

Choi Tae Joon memegang watak sebagai Hoo Joon merupakan superstar terkenal sementara Lee Geun (Choi Sooyoung) adalah anti-fan nombor satu yang paling bencikan Hoo Joon.

Tapi bila dua orang yang saling membenci ini terpaksa tinggal bersama mereka jadi lebih mengenali hati budi masing-masing yang mana mungkin membuatkan mereka saling jatuh cinta? Jeng jeng jeng..

4. Dramaworld (Season 2) C Henry Lau, Ha Ji Won, Liv Hewson dan Sean Richard


Genre: Seram, romantis dan komedi

Hadir dengan musim kedua, Dramaworld ternyata berjaya mencuri hati ramai peminat K-drama! Siri yang mengabungkan bintang ternama Hollywood dan Korea Selatan ini menceritakan tentang seorang penuntut di American College, Claire Duncan yang fanatik akan drama korea.

Apa yang menarik bila Claire tersedar bahawa dia sebenarnya sedang berada drama kegemarannya di samping barisan pelakon utama drama tersebut! Kalau korang pun mesti teruja habis kan? Selama ini dapat tengok je tapi sekarang korang ada keupayaan untuk ubah jalan cerita tu! Fuhhh!

Musim kedua Dramaworld menampilkan Henry Lau, bekas ahli kumpulan Super Junior-M dan Ha ji Won dari drama popular Secret Garden.  Dramaworld ditayangkan secara eksklusif di iQiyi International pada 2 April, 10.30 malam



5. Dark Hole C Kim Ok Vin dan Lee Joon Hyuk


Genre: Aksi, triller dan misteri

Seluruh kota gempar apabila sesetengah manusia yang terhidu asap misteri bertukar menjadi mutan dan menimbulkan huru-hara. Sebagai anggota polis, Lee Hwa-Sun (Kim Ok Vin) bertanggungjawab untuk merungkai misteri di sebalik kejadian tersebut.

Tapi ianya menjadi lebih sukar buat Lee Hwa-Sun apabila dia menerima satu panggilan telefon daripada seorang pemanggil yang mengaku telah membunuh suaminya. Mampukah Lee Hwa-Sun mengendalikan kedua-dua kes sekaligus? Dan mungkinkah penularan asap misteri yang terjadi bersangkut paut dengan kematian suaminya?

C-Drama pun ada guys!

Bukan K-drama je ada tau, lineup C-drama terbaru di iQiyi juga tak kurang hebatnya! Dengan pelbagai jenis genre drama yang diketengahkan seperti ketenteraan, Dinasti Song, cinta dan komedi korang mesti tak bosan punyalah.

Di bawah kami kongsikan antara C-drama yang kami sendiri  yang kami tak sabar nak tengok!

1. Love Scenery C Lin Yin dan Xu Lu


Genre: Romantis

Liang Chen dan Lu Jing saling tak mengenali dan mempunyai bidang kerjaya yang berlainan. Seorang cintakan muzik manakala seorang lagi meminati bidang komputer dan analisis. Namun, takdir mempunyai rancangannya yang tersendiri dan mempertemukan dua insan berlainan latar belakang ini.

Love Scenery memang romantik habis guys. Kalau korang gemarkan drama yang bergenre cinta dan romantis memang inilah dia C-drama yang paling sesuai untuk korang!



2. No Boundary C Guan Hong, Zhang Yishang dan Gu Zicheng


Genre: Kostume kuno, romantis dan misteri

Duanmu Cui adalah seorang dewa yang secara sukarela mahu ke dunia untuk menangani hal jenayah. Lalu dia bertemu pegawai Zhan Yan dan bersama menyelesaikan kes jenayah di dunia. Tapi lama-kelamaan timbul bibit cinta diantara mereka.

Namun, satu kejadian menimpa Duanmu Cui  sehingga dia hilang ingatan dan bertukar identiti. Haa mampukah the power of true love menyatukan dia dan Zhan Yan semula? Macam biasa tak ada spoiler untuk korang. Kena tengok sendiri!

3. My Dear Guardian C Johnny Huang & Li Qin


Genre: Romantis dan tentera

Rindu Descendants of the Sun? Inilah drama yang bakal membuatkan rindu korang terubat dengan jalan cerita yang seakan sama di mana pakar bedah Xia Chu dipertemukan dengan pegawai tentera Liang Muze.

Korang wajib tengok drama ini sebab penuh dengan aksi dan jalan cerita yang sweet teruk! Kami yakin My Dear Guardian adalah salah satu C-drama yang paling dinanti-nanti kan untuk tahun 2021.

4. The Lions Secret- Zhu Yawen, Yang Zishan dan He Junxiang


Genre: Romantis

Mu WanQing dan Liu Qing dikahwinkan tanpa mengenali satu sama lain. Bermula tanpa sebarang perasaan mereka perlahan-lahan saling menyayangi dan menyokong kerjaya masing-masing. Liu Qing tak pernah gagal dalam membantu Mu WanQing untuk menangani segala masalah yang dia hadapi tak kira di tempat kerja ataupun urusan peribadi.

Tapi lama-kelamaan rumah tangga mereka mula diuji dengan pelbagai cabaran dan demi memenuhi hajat orang tua mereka berdua memulakan perjalanan ke Thailand. Nak tahu apa yang terjadi sepanjang perjalanan mereka? Jangan lupa untuk tengok The Lions Secret

5. Palace of Devotion C Liu Tao dan Vic Zhou



Genre: Romantis

Berlatar belakangkan era Dinasti Song, Palace of Devotion menceritakan tentang perebutan kuasa politik diantara ahli politik terkemuka, saudara-mara dan juga negara jiran. Tidak ketinggalan kisah cinta antara Liu E dan Zhao Heng (Maharaja Zhao Heng) yang penuh pergolakan. Ikuti Episod baru Palace of Devotion pada setiap Selasa hingga Jumaat, 8 malam.






Sumber : Oh Bulan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list