CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56995|Reply: 141

Kisah Seram - Resort Kini Tertinggal

  [Copy link]
Post time 5-4-2021 02:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Rockafella at 14-2-2022 04:48 PM






Salam admin. Nak berkongsi cerita dan juga lokasi yang boleh anda team sekalian lawati.
Lokasi: Marang Resort and Safari TRG. (Boleh google, ada gambar saya masa kecil. Pernah ada movie Spining Gasing buat kat situ)
Cerita: Kisah benar. Boleh tanya orang Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu.

Saya dan keluarga adalah salah seorang yang membuka dan meneroka kawasan untuk dijadikan Resort. Di kampung Pulau Kerengga. Kawasan ini cukup luas, dari tepi jalan hingga ke pantai. Pada ketika itu, ayah saya seorang kontraktor dan juga staf untuk resort tersebut. Kami sekeluarga menetap di situ selama 14 tahun dari ia dibuka hinggaiah ditutup akibat gangguan mistik.

Nak dijadikan cerita, kawasan itu asalnya memang hutan + hutan paya + sungai + pantai. Ketika membangunkan resort tersebut, ada bermacam kisah misteri di resort  itu. Ada satu pokok ketapang ini, tak boleh ditebang. Ada je hal, mesin rosaklah, gergaji patahlah. Yang paling peliknya, pokok ini tinggi dan dahan berbentuk salib. Sehinggala pihak kontraktor mencari seorang pakar mistik.

Wak hassan (bukan name sebenar) dipanggil datang dan tinggal bersama kami di tempat kediaman staf dalam resort tersebut. Dia ditugaskan untuk memagar resort itu sebelum dibuka sepenuhnya kepada pelancong. Dia cakap, kawasan pokok ketapang itu dulu ada seorang paderi, anak kapal terdampar dan mati di situ. Pokok itu entah macam mana telah meresap zat-zat badan paderi yang mereput kat situ. Akhirnya Wak tu suruh cabut dari bawah dengan akar-akar sekali. Barulah boleh bersihkan kawasan situ.


Wak ni pagar resort itu dengan menanam 'benda' di keempat-empat penjuru kawasan resort (tak silap saya lebih kurang 1 kilometer persegi). Dalam banyak-banyak benda yang dia tanam, saya ingat ada seketul besi padu dan seketul emas (macam batu).Wak hassan juga adalah guru mengaji saya ketika kecik. Tahun demi tahun berlalu, sehingga lawak tersebut pulang ke negara asalnya.

Dalam tahun 2000, segalanya berubah. Wak telah meninggal dunia dan pagar yang dibuatnya itu telah terbatal. Kami yang boleh dikira sebagai penduduk asal kerap mendapat gangguan. Bermula dengan pontianak hingga ke hantu air kami diganggu.

Ada satu malam, saya dan ayah pergi ke sungai untuk menangkap udang galah dan ketam nipah. Kami guna kanu untuk pergi ke bahagian tengah sungai dan memasang perangkap ketam. Baru je saya turunkan perangkap, terasa talinya direntap kuat hingga terlepas dari tangan. kami buat tak tahu je dan terus ke perangkap yang telah kami pasang semalam.

Masa saya nak naikkan perangkap ketam itu, ayah suluh ke dalam air takut ular terperangkap sama. Tiba-tiba ada sesuatu yang naik sekali, saya dan ayah nampak ada muka dengan mata merah dan kepala botak naik sekali semasa saya tarik perangkkap ke atas. Apa lagi, kami terus je lepaskan perangkap itu dan mendayung ke tepi sungai balik. tapi kanu kami itu tak bergerak langsung seperti dipegang dari belakang.


Bayangkan masa tu, saya toleh ke belakang dan nampak benda itu besar sangat macam pokok kelapa yang tertinggi di dunia berdiri dalam keadaan rukuk dan pegang kanu kiteorang, Ayah terus melaungkan azan sekuat hati dan ayah cakap sesungguhnya rezeki sungai untuk semua hambaNya. baru la terlepas kanu tu dan kami berjaya balik.

Esoknya ayah menasihatkan semua staff supaya jaga adap kat sungai tu dan jangan kencing dalam sungai tu. Selepas kejadian itu, kami tak kena  gangguan lagi kalau turun ke sungai. Namun tahun demi tahun, pelancong berkurangan kerana takot, sehingga resort itu masuk dalam Majalah Reader Digest haunted Resort. Banyak aduan dari pelancong, ada yang tak dapat tidur sebab rasa macam gempa bumi, adanya nampak kak pon bertenggek kat katil dan macam-macam lagi. Dalam banyak-bilik bilik resort, ada satu bilik ini yang penuh kisah misteri sehingga staff pun takot nak lalu situ. (Admin kalau pergi-D32).

Saya selalu ke situ sebab ada pokok ruu yang tinggi rendang dan buaian. saya dan kawan-kawan selalu jadikan port untuk lepak dan mandi laut. ada member saya ini tak percaya dengan cerita-cerita seram kat resort ni, dia cakap besarlah nak takut apa siang-siang bukan ada hantu pun. Dia duk main buaian kat pokok tu, sambil nyanyi-nyanyi lagu ponti.. Saya dan rakan lain sebuk mandi laut.

Time nak balik tu tengok member yang main buaian itu dah tak ada. Kami semua igat die dah balik dulu kot. So kami pun balik. Tup-tup malam dalam pukul 10, parent dia call saya tanya anak dia ada kat rumah saya ke. Ahh sudah... Tak balik lagi rupanye.. Terus ayah dengan beberapa staff yang lain termasuk saya ke tempat tapi. Sampai je Kami tak nampak pun die. Puas cari dalam semak, dalam paya, bawah bilik resort berdekatan. Tak jumpa. Tetiba staff sorang ni tunjuk kat buaian tadi nampak buai gerak-gerak dengan sendiri.

Ada staff lagi seorang ni pandai sket benda-benda mistik ini. Berbekalkan garam kasar yang diaa bawa, dia baling kat arah buai tu. Tetiba buai tu berhenti, pastu bunyi macam dahan-darah pokok tu bergesel-gesel. kami tgk atas, berderau darah tgk ada benda berjubah hitam duk bertenggek tengok kitorang, pastu terbang hilang. Bila tengok balik bawah, member dah ada kat buai tu dengan keadaan terpinga-pingg tanya asal dah gelap. Rupanye dia macam tak sedar yang dia disorok, sebab dia nampak ke saya dan member lain tengah mandi manda. Hebohlah selepas kejadian itu di dalam resort

END OF PART ONE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2021 02:37 AM | Show all posts

(PART-2)
(Semua carekter bukan name sebenar-sekadar nak bg paham cerita.)
Terima kasih kerana membaca kisah sebelumnya. Kisah itu adalah salah satu cerita yang benar-benar terjadi ketika itu.


Hujung tahun 2001, resort ini officially Bankrup akibat tiada sambutan langsung. Tapi keluarga saya, dan 4 keluarga staff yang lain termasuk keluarga Saudara saya masih tinggal disitu untuk menjaga barang2 resort sebelum semuanya diambil oleh pihak bank. Kami terpaksa membiarkan beberapa pegawai polis dan pengawal keselamatan dari wakil bank untuk bersama-sama menjaga barang2 resort.

Bukan apa, banyak barang yang masih  ada dalam bilik2 resort dan bot-bot mewah serta kenderaan-kenderaan yang lain. Di pintu gerbang resort ini, ada guard house, berdekatan dengan horse's stable. disini lah rumah sementara pengawal keselamatan itu berkampung. Pegawai polis tak lah tinggal disitu, cuma sesekali dtg untuk memeriksa dan buat rondaan.

Satu ketika, kami pelik. kerana hampir 3bulan disitu, pengawal keselamatan sering bertukar-tukar. Pada mulanya kami ingat mereka ada syiff atau kawasan lain untuk dijaga, so igt tukar2 kawasan la. Rupa-rupanya mereka ni tak sanggup jaga resort ni, sebab tu selalu orang baru je jadi guard.

satu hari, guard yang baru ni datang kerumah kami, saja nak berkenalan dengan penghuni resort yang masih ada. Dalam sembang-sembang, sempat kami bertanya apa yang berlaku sampai korang asik tukar org baru je.die cakap dia ni yang entah keberapa org yang ditukarkan. Lalu beliau menceritakan apa yang terjadi.

Satu malam, sedang team-team guard ni buat rotation untuk ronda kawasan resort yang seluas 1km persegi, mereka bahagi kepada 3 team (yang disarankan oleh ayah saya) sebab resort ni ada 3 bahagian utama,(ada jambatan 1, jambatan 2,dan jambatan 3) satu team ada dua orang. Team yang kene ronda kawasan 1(amir dan joe) beruntung sbab x terlalu jauh. manakala team jambatan 2(din dan zul) dan 3(samm dan jeff) jauh. team jambatan 3 akan ronda sampai jambatan 2,dan bergabung lalu ke jambatan 1.


Nak dijadikan cerita, takkala team jambatan 3(samm dan jeff) ni smpai ke kawasan ronda mereka(dekat dengan pokok ruu dalam cerita first), jeff ternampak ada org yang lepak dekat beranda salah satu bilik resort. mereka terus berlari kesitu,takot org cuba pecah masuk bilik untuk curi barang. sampai saja mmg pencuri pun, lalu mereka kejar pencuri tu, samm ni roger team 2,
salah seorang dari team 2,din ni lari ketempat team 3, tinggal la zul ni sorang2 kat kawasan ronda jambatan no2. Ayah dah pesan dulu, jgn tinggal sorang, mesti kene genap jgn ganjil(kene 2 orang atau 4, x beleh 3 orang atau 5 orang). selang beberapa minit, samm,jeff dan din sampai ke tempat zul kene tinggal tadi.


zul tanya la dapat ke tangkap?, mereka ckp tak dapat, laju sgt lari. kebetulan  walkietalkie zul abis bateri. lalu mereka berempat ni terus ke jambatan 1, dimana amir dan joe berada. sampai je situ, joe ni pelik, kenapa zul datang sorang je. bile zul dah dekat,joe tetiba lintang pukang lari dari jambatan 1 kearah pantai. amir yang pelik tgk joe lari buat tak tahu je, joe ni roger amir pakai talkie suruh lari kat die, amir tye nape, belum sempat joe jawab, amir ni pun lari kearah joe, habis tercabut2 kasut.


Sampai kat pantai, joe dengan amir ni jumpe si samm,jeff dengan din , terus depa duk rapat2 pastu tunjuk kat arah zul.Yang pasal pencuri td terus dilupakan. Din terus roger zul supaya jangan pandang belakang n terus je lari, tapi, walkie zul xde bateri. Rupa-rupanya mereka semua tu nampak zul jalan dengan hantu. joe cakap mase nampak zul makin dekat kat jambatan no1 tu, ada lembaga kat belakang zul ni tetiba makin memanjang tinggi mcm galah, lepas tu, yang satu lagi tu memaut kat kaki zul sambil lidah terjelir. tu joe lari dulu tuh.. Dalam tengah roger2 zul tu, depa jerit ckp hantu!!


zul ni bila makin dekat dengan mereka, baru perasan ada samm,jeff dan din kat amir dengan joe, agaknya terus tersedar bahawa dia sebenarnye sorang2,terus die tgk belakang dan terus jatuh pengsan. short the story, depa angkat zul dan terus je tinggal kan resort tu.esoknya depa semua resign, sebab x berani nak guard resort tu, lagipun kaki si zul tu jadi bengkak dan sakit-sakit. So ganti la dengan team guard yang baru ni.


tapi tak lama, team guard yang baru ni pun cabut sebab ada satu ketika tu, sedang mereka duk lepak kat guard house tu tgk cctv, depa dengar dengusan kuda, mula-mula depa pikir kami ni lupe bagi makan kat kuda-kuda tu kot, sebab tu kuda-kuda memekak. depa call la rumah saya,tanya pasal kuda. ayah dengan tenangnye jawab jangan tegur,sebab dah lama dah stable kuda tu kosong, kuda dah bg org kampung p.kerengga. tak lama lepas tu, bunyi lagi dengusan kuda tu, guard yang sorang ni tegur main2 ckp nanti die bagi makan.


Guard yang lain dah cuak2 dah lepastu. Makin lama makin dekat bunyi tu sampai rasa dekat dengan dinding guardhouse tu. Ape lagi guard ni terus semua tilik cctv, check-check xde pape pun. tetibe je bunyi tu senyap dan bertukar pulak bunyi org ketuk2 dinding, cakar2 dinding. Pucat terus mamat yang  tegur ckp nak bg makan tuh, last2 semua guard tu lari g rumah kami sebab takot. tinggal yang tegur tadi sebab badan die tetibe kaku tak boleh gerak, ayah dgn guard yang lari tadi pergi balik kat guardhouse tu, mamat tu jadi mcm dah tak betul dah, siap terkencing-kencing.


ayah pun call staff yang pandai mistik2 tu datang tolong ubatkan, baru la mamat tu tenang balik dan pengsan. Bila die sedar je dari pengsan dterus jerit ckp jgn bawa aku pergi sana, jangan bawa aku pergi!! aku tak ada apa-apa yang bg ko makan!!! Staff yang pandai mistik tu ckp, kat mukim ni ada sang ratu yang jaga. yang dulu kat atas pokok ruu tu. die ckp lagi tu semua sepatutnya urusan wak yang pagar resort ni dulu. sekarang Sang ratu bebas bersama kuncu-kuncunya. Selang seminggu dah tak de guard baru dihantar kesitu.

last2 kami staff je yang guard resort ni. Mungkin sebab dah lali, jadi tak de la takot sgt. Bermulala rotation untuk ronda resort ni kepada tangan kami, lebih kurang 2 tahun kami jaga, sampai 2003, dah pindah keluar sebab air dan elektrik dah officially cut off.


END PART 2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Best citer ni saya kasi 10 bintang. Tapi sayang, forum Cari section hantu ni da tak ramai mcm dedulu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Best baca pengalaman orang.mintak jauh la da rase sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:02 AM | Show all posts
Ada eh resort ni.. X pernah dgr..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 09:25 AM | Show all posts
kipidap TT terbaik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2021 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa dok ganu selalu lalu jalan Marang tu nampak signboard resort ni tapi tak pernah nak explore sbb husband tak bagi. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 10:20 AM | Show all posts
ingat lg jiran 1 taman buat majlis kawen kt resort ni.. x lama lps tu kena tutup dh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2021 01:46 PM | Show all posts
Sambungan Marang Resort & Safari (PART-3)

(Semua carekter bukan name sebenar-sekadar nak bg paham cerita.)
Terima kasih kerana membaca kisah sebelumnya. Kisah itu adalah salah satu cerita yang benar-benar terjadi ketika itu.

Kisah-kisah yang akan saya tulis ini adalah Pengalaman Peribadi saya sekeluarga serta staff/jiran terdekat selepas kami semua yang ambil alih untuk guard resort ini. sebab dah tak ada guard yang lain dihantar oleh pihak bank. Sedikit sejarah. sepatutnya tempoh yang bank bagi sebelum semua barang disita dan diambil selepas resort ini bankrup adalah selama 6 Bulan. akan tetapi ia berlanjutan sehingga hampir 2 tahun lamanya sebab terdapat beberapa pembeli yang cuba nak setle bank issue tapi tak berjaya. sebab itu la kami berkampung disitu hampir 2 tahun sebelum kami terpaksa berpindah keluar selepas officially cut off.


Ingat tak saya pernah sebut pasal Sang Ratu dan kuncu-kuncu nya? satu hari saya bersembang dengan ayah tentang perkara ini. lalu ayah menceritakan sesuatu yang saya sendiri tak dapat terima. Ceritanya bergini.. Sebelum pihak atasan mendapat kelulusan untuk membina resort ini, Pihak atasan turut membeli tanah kawasan tepi jalan yang pada ketika itu adalah sebuah resort kecil (tak igt name die). bilik-bilik resort lama ini la yang diberi kepada staff dan dijadikan kawasan pendudukan staff termasuklah rumah saya.. Beberapa Bulan sebelum Resort ini dibuka, Pada ketika Wak  Hassan "memagar" resort ini, Wak buat satu perjanjian dengan Sang Ratu ini, kerana sang ratu ini claim kawasan resort ini juga dalam lingkungan kawasannya(lebih kurang la).. Lalu Perjanjiannya adalah tidak mengganggu sesiapa sahaja yang menetap di dalam resort ini.

Ayah cerita lagi, katanya Wak serahkan sebuah "BUKU BESAR" yang akan tercatit nama setiap penghuni tetap resort.(Saya x dapat terima dan paham makna sebenarnya). Lalu resort ini "Terpagar" juga akhirnya. ayah ckp, sebelum Wak  tu ada, dah ramai dah yang diupah untuk pagarkan kawasan resort tapi semua tak berjaya. Wak tu la yang dapat buat, walaupun tak bertahan lama seperti yang diharapkan. Kisah wak dan buku tu hanya staff yang awal-awal je yang tahu. Sebab tu kadang-kadang kalau orang baru datang kene kacau kami tidak.dulu masa kecik, waktu mengaji al-quran dengan wak, time nak balik rumah wak slalu cakap kalau kene kacau, cakap "Nama aku ada dalam buku besar". dulu tak paham, lepas ayah saya cerita baru paham.

(tapi saya tak dapat terima- Ape pendapat  korang yang membaca?).





Berbalik pada asal. Ini ada satu cerita, yang pengunjung selalu buat aduan. Rase macam kelakar je sebab pengunjung bagi nick name "hantu record". tapi bila dah kene kat diri sendiri mmg tak kelakar langsung.. Satu hari saudara saya datang melawat kami. (resort mmg dah lame tutup mase ni) Malam tu,saya dan abang saya ni lepak dengan sepupu yang datang tu, lepak dalam bilik je, bukan kat luar.


Macam macam cerita kami sembang sampai tak sedar dah pukul 2 pagi lebih,masa tengah gelak-gelak sakan tu tetiba kami terdengar ada suara lain duk gelak-gelak  gak. mula-mula kami buat tak tahu je,seram tu mmg seram dengar suare org lain gelak skali ,tapi kami sembang lagi. kali ini kami tak dengar org gelak, tapi kami dengar bende bergolek atas atap rumah. macam orng main baling bola takraw atas atap, berguling jatuh lepas tu baling balik. Kiteorang dah mula jadi was-was nak bising-bising. tapi semua buat berani je buat tak tahu.

kami terus tutup lampu berbaris atas katil nak tdo, tapi kami masih bersembang-sembang tapi dengan nada lebih pelahan. Sepupu saya Along baring sebelah kiri saya, Abg saya baring kanan saya.kira saya tengah-tengah.kami masing-masing mamai,Along ni dah tertido. Tetiba Abang saya cakap "Eh along, bukan ke ko dah bagitau aku tadi cite ni."

Saya pun pelik la, cakap kat abg saya yang along dah lame tertido. Rupa-rupanya die dengar suara along sembang-sembang . Terus saya rapat dengan along, abg saya jgn cerita la, tetibe je dah kelubung sebelah along, bila die lari pun x tahu, laju betol..


Along terjage bangun ckp tolong pelahankan suare,die nak tido, Padahal kami dah lama senyap dalam selimut.Tiba-tiba je saya dengar org bisik dekat telinga saya ckap "Kau Taknak tido ??" Lepas saya kene bisik, abg saya pulak kene bisik. pastu along skali. Kami terus tiga2 masuk satu  selimut kelubung. Masa tu lah kami dengar semua perbualan kami balik kat luar rumah, sebijik macam replay recorder balik ,Cuma beze nye bila time gelak, bunyi mengilai die mcm duk sebelah telinga je.Sah ngilai kak pon!!.

Berselang seli dengan dinding bilik diketuk-ketuk dan dicakar-cakar. Kami ni dah macam-macam baca surah maraton berpassing baton, tapi tak hilang-hilang juga ganguan tu. sampai la hampir subuh baru la hilang.

Sejak tu kami tak sembang kuat-kuat dah atau sembang sampai pagi macam tu. Dah kene penangan "Hantu record"..  

Patutlah ada sorang staff ni ckp masa die tgh duk memancing dengan kawan die, depa sembang-sembang. Lepas tu depa berpecah carik port masing-masing. Tapi membe ni dengar kat belakang die dengan nada sayu sembang apa yang depa sembang tadi.. Bile paling je blakang tak ada orng, pusing depan balik tgk kak pon dalam sampan die..


Dah kene sendiri baru tahu..
Sambung lain kali...Tetibe rase seram lak duk sorang-sorang tulis kenangan yang pernah menghantui diriku ini.kalau korang bace bab bisik tuh seriau x????. salam..

END PART 3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 02:59 PM | Show all posts
wow.. dulu aku kalo gi ganu, kdg2 dok sini.. masa akhir2 90an dulu..ambik yg riverview.. bilik atas air.. siap bawak kucing dr rumah, sbb maid balik indo cuti.. driver buggy tu redha je tgk kucing tu.. haha.. tak sangka dah abandoned sampai almost takde bangunan2 dia.. ingat closed je.. cantik gila dulu.. esp bila dh start malam, lepas kat balcony atas air.. nasib baik takde gangguan apa2 time aku dok situ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 04:37 PM | Show all posts
Terbaik TT,teruskan ngan cite pengalaman2 tk kira dr diri sendiri atau staff2 lama resort nie....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita....
Ada gambar tak masa duduk resort tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 09:00 PM | Show all posts
seingat aku ni tempat yg dekat area penjara marang tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 10:06 PM | Show all posts
Sayang ya resort ni
Cantik dan tenang je tempatnya tapi tulah, tak sangka angker.


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah pulak tau ada resort ni.. dulu selalu jugak pegi area pantai timur
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
fritzer replied at 5-4-2021 02:37 AM
(PART-2)
(Semua carekter bukan name sebenar-sekadar nak bg paham cerita.)
Terima kasih kerana me ...

Citer Spinning gasing shooting dkt sini ? Movie tu kluar taun 2000. So pelakon2 xda yg kena sampok ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hay Resort Sabak Bernam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2021 12:49 AM | Show all posts
Edited by fritzer at 6-4-2021 01:19 AM

Sememangnya resort ini sugguh cantik dan menarik. Dengan keindahan alam semulajadi sekeliling yang tak dirosakan sewaktu pembangunan nya. Sejuk, nyaman dan menyeronokan.

kalau nak tau, dalam resort ni pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Tracking, rever cruss, naik hovecraft, naik speedboat, luxury boat cater to pulau kapas, candat sotong, kayaking, kanuing, layang2,horse riding, kids indianajones park, camping, observation towers,  dan bermacam2 lagi aktiviti.

bab makan lagi jgn ckp, nak makan kat mana habaq ja, tepi pandai, atas sungai, tepi pools. Semua boleh. Org terengganu ckp : bereh blake boh.

Bila malam menjelma, setiap pelusuk resort, jalan2, jambatan-jambatan akan disinari cahaya pelita minyak tanah, tak pakai letrik, pakai pelita je, cantik suasana.

seminggu mmg tak cukup nak layan semua.  Tu tak termasuk lagi animal sighting , semua ada, dari dalam rimba, smpai dalam laut. Memang sangat menakjubkan.

Sayang sekali, semua keindahan itu diselubungi 1001 misteri yang tidak dapat di terima dek akal. Selepas kejatuhan nya, bgtau la hantu pe yg xde kat situ, semua ade, mcm2 jenis hantu ade. Yang ikut, yang jenguk, yang lompat, yg terbang, yang terapung, yang berenang, semua ada.

Ada satu ketika, kami semua penduduk di dalam resort membuat aktiviti menangkap ayam. Mmg banyak ayam kat situ berkeliaran, dari yg dibela smpai yg liar serta ayam hutan. Selepas magrib kami mulakan aktiviti tangkap ayam, selalunya selepas tu kita bagi-bagikan , adakalanya kita terus sahaja buat makan2 bersama-sama. Mmg terasa sgt suasana kekampungan tu.

Malam tu, kami lepas magrib bersiap dengan lampu suluh, nak cari ayam. Selalunya banyak ayam-ayam ni tdur atas pokok, mmg banyak pokok2 setinggi rumah dikawasan resort ni. Tapi tidaklah kami operasi satu resort, cukup dikawasan pendudukan pekerja sahaja.

Ceritanya, seorang staff ni, suluh di sebalik pokok2 yang ada, mmg nampak seekor ayam hutan, hitam dan besar, dia pun roger-roger kami untuk kepung dulu disekeliling pokok, takut2 ayamnya itu lari, jadi lepas kami dah bersedia, dia ni masuk dari bawah pokok dan cuba tangkap dari arah bawah, di kaki. Org ckp ayam ni malam2 rabun je, bukan nampak sgt, nak-nak kalau ade yang suluh dimatanya.So di jadikan cerita, sewaktu dia ni hampir nak pgg kaki ayam tu, ayam tu tersedar dan terus cuba melarikan diri. Terus kecoh satu pokok tu ayam-ayam lain pun bertempiaran. Yang kami-kami ni apa lagi, dengan sauk cuba kejar ayam-ayam untuk disauk. Ada pakai bakul, ada pakai bubu, mcm-mcm la. Tapi tak dapat ayam hutan tu, mmg hilang terus di kegelapan malam.

apa yang peliknya si dia yang duk bawah pokok td, tak keluar-keluar, puas kami suluh, dia still ada bawah pokok tu. Kami igt masih ada la ayam disitu yang dia cuba tangkap. Tak lama lepas tu kami dengar si dia ni jerit dari bawah pokok tu,halus je suaranya,”Tolong aku oii.. tolong.. aku xleh lepas ni...”. Kawan dia yang berdekatan masa tu terus tunduk masuk bawah pokok gak, saya suluh mereka dari tepi pokok. Si dia ckp sluh kat tangan dia, tangan dia kene pegang!!!. Terus semua diam , saya Cuma mampu menyuluh disebalik dahan-dahan, sekali tertangkapla satu kelibat. Saya suluh atas sikit, terus terjatuh lampu suluhnya. Sebab terkejut.Apa yang kami nampak adalah ada sesuatu, tangan dia hanya ada 3 jari, tengah genggam pergelangan tangan si dia tu. Kaki dia kat atas, mirip seperti kelawar yang tgh tergantung. Dan yang paling seram sekali sebab lidah dia panjang seakan-akan tengah jilat tangan si dia tu sambil dipegangnya, pensan teruslepas dia nampak apa yang kami suluh tu.

kawan yang td masuk nak tolong si dia ni terus laung azan sekerat2. Lepas tu terus hilang. Tak tahu la apa yang kami nampak tu, nak kata binatang mcm tak logic,yang nampak Cuma tngn dan lidah, xnampak mata, atau lain-lain.

Terus stop operasi cari ayam dapa malam tu, and si dia yang pengsan td tu dibawa ke rumah. Sampai di rumahnya baru la dia sedar balik, tapi diam sahaja orgnya seperti masih terpinga-pinga. Kalau tgk pada tangannya tu ada luka, tapi luka seperti tersept di celah dahan ja, tak seperti apa yang kami nampak masa menyuluh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 01:03 PM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 5-4-2021 07:03 AM
Best citer ni saya kasi 10 bintang. Tapi sayang, forum Cari section hantu ni da tak ramai mcm dedulu ...

eh aku masih da tau..setia dengan MPS, setiap kali masuk mesti jenguk kot2 ada cerita baru..he he..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 01:50 PM | Show all posts
wah terbaik cite ni.. boleh sambung lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.080072 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list