CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2979|Reply: 15

Cik B terkenang dua abang yang sudah 'pergi'

  [Copy link]
Post time 5-4-2021 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 5-4-2021 05:58 PM

Cik B terkenang dua abang yang sudah 'pergi'


Selebriti Cik B pada Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2021 di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO AZHAR RAMLI


Kuala Lumpur: Menjelang Ramadan, penyanyi dan pelawak, Cik B berkongsi kenangan sedih tragedi dua abangnya, Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Allahyarham Muhammad Edrie Zikrie yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di Ipoh, Perak pada 2013.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, berkata, dia sentiasa mengingati dua abangnya itu lebih-lebih lagi apabila mereka sering memasak makanan untuknya ketika bersahur. "Mereka selalu masakkan juadah untuk sahur dan selalu kejutkan saya. Kalau saya tak sihat, mereka akan suapkan bubur dan sup untuk saya," katanya yang juga anak kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida.

Bercerita mengenai kejadian yang berlaku tiga hari sebelum Aidilfitri itu, Cik B berkata, ketika itu Eddie dan Edrie yang masing-masing berusia 11 dan 10 tahun memakai baju baru yang sepatutnya dipakai pada Aidilfitri.

"Mereka memakai baju raya. Memang nampak sangat teruja. Bukan saja baju, abang Edrie juga memakai jam tangan barunya. Kedua-duanya memang sangat kacak," katanya.

Pada hari kejadian, Cik B yang ketika itu berusia lapan tahun bersama adiknya, Kacak turut berada di rumah yang didiami pekerja ibu mereka itu.

"Ketika itu, saya berada di luar bersama Kacak sebab malu nak masuk ke dalam rumah memandangkan ia adalah rumah bujang untuk pekerja-pekerja mama. Tiba-tiba saya nampak ada abu berterbangan dan mula nampak kepulan asap dari satu sofa yang sedang terbakar.

"Apabila nampak rumah mula terbakar, saya lari ke pengawal keselamatan dan beritahu bahawa ada kebakaran. Jiran pun ada yang datang membantu.

"Saya masih ingat lagi pekerja-pekerja mama mula menggunakan tilam untuk terjun ke bawah dari tingkat atas. Ada antara mereka yang patah kaki akibat terjatuh," katanya.

Menurutnya, pekerja juga cuba menyelamatkan kedua-dua abangnya, namun mereka tidak berani untuk terjun.

"Mereka takut untuk terjun, jadi mereka berlari ke tandas. Di situlah jasad mereka ditemukan dalam keadaan dipeluk seorang pekerja mama yang turut meninggal dunia. Mereka bukan meninggal dunia kerana terbakar, tapi kerana lemas dalam asap tebal," katanya.

Menurutnya, dia yakin sekiranya mereka masih ada, tentunya sambutan Aidilfitri akan lebih meriah setiap tahun.

Terbaru, Cik B kini bergelar duta Skuad Lembaran Baharu Astro bersama barisan selebriti lain antaranya, Elly Mazlein, Alif Satar, Radin Era, Dina Nadzir dan ramai lagi.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah..
Pasal dua ank syurga ni aku ada soft spot untuk vida n cik b
Tak tergamak aku nak kutuk dorg lebih2..
sedgkan dia ada anak syurga tunggu dia kat sana..
Kita ni apa pon tak de
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:51 PM | Show all posts
Al-Fatihah untuk semua mangsa, but....
Aku stil x leh blah ngn family ni.
Sekian terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 10:24 PM | Show all posts
Innalillah.. lepas insiden ni terus mak dia dikenali..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Senangnya jadi penyanyi dan pelawak. Retis terus camtu je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 08:48 AM | Show all posts
Sedihnya baca kenangan ini.. tentunya cik B dan DSV tidak mungkin melupakannya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-4-2021 09:08 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 5-4-2021 10:24 PM
Innalillah.. lepas insiden ni terus mak dia dikenali..

tu la dia di balik dugaan berat REZEKI dia melimpah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 09:16 AM | Show all posts
takziah.. sedih nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2021 09:38 AM | Show all posts
I iz kenot laaa.. always soft spot untuk Cik B ni.. tak sanggup nk kutuk.. dia budak lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah utk mngsa kebakaran ituu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Mesti cik B trauma seumur hidup sebab dia ada masa kejadian
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 04:44 PM | Show all posts
I always ade soft spot dgn cik B. sbb budak lg. & dia tak laaa secantik mcm instafemes yg lain. But still, baik budaknya.

taktau plak ade pekrja yg peluk arwah berdua. igt adik beradik yg saling berpelukan.

N stil igt DSV ade komen, dia ckp tak tgok last keadaan anak nya. dia taknak igt. dia nak igt yg baik2 n indah2 je utk arwah..

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 10:45 PM | Show all posts
Mungkin cara macam tu saja yang boleh buat dia lupa kan kejadian yang berlaku pada anak dia kot... Comel plak gambar cik B kat bawa nie


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa dsv jd sikit tingtong pun sbb kehilangan 2 anak ni. Dia tu luaran mcm happy tp seolah2 buat2 happy. Dalaman dia tu suffer agaknya dgn anak yg meninggal, cerai berai..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah pekerja tu dalam compound rumah vida gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap nama betul cik b ni. Lg satu reporter pun cri la gmbr semegah skit utk cik b ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.408322 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list