CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2510|Reply: 13

Zizi Kirana di anggar akan berhijab pada bulan ramadhan ini?

[Copy link]
Post time 5-4-2021 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 6-4-2021 09:12 AM

“Ada niat nak berhijab, insyaAllah dalam masa terdekat. Doakan saya..”


Nama penyanyi rap Zizi Kirana, 36 semakin hari menjadi sebutan dalam kalangan peminat tambahan lagi apabila dia tampil dengan imej baru yang lebih sopan dan konservatif.

Memetik temubual bersama Gempak, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil itu mengakui sudah tidak memiliki pakaian seksi yang pernah dipakainya suatu ketika dahulu.

Dah tiada pakaian seksi


Bagaimanapun, pelantun lagu ‘Eh’ itu tidak berniat menyedekahkan pakaian-pakaian itu kepada sesiapa kerana bimbang akan menggalakkan orang lain melakukan dosa.

“Sejujurnya saya memang dah tak memiliki baju-baju seksi yang pernah dipakai sebelum ini. Saya tak ada niat nak bagi sesiapa, apa yang penting saya memang dah tak ada baju-baju macam tu.
“Ada juga orang tanya kenapa tak bagi orang lain, buat apa saya bagi orang baju-baju seksi? Nanti saya menggalakkan orang buat dosa pula,” katanya ketika ditemubual Gempak.

Niat nak berhijab dalam masa terdekat


Tambah pemenang Pemenang Persembahan Terbaik AJL-35 itu, dia mula berhasrat untuk berhijrah selepas kehilangan ramai insan tersayang dalam hidupnya.

Oleh itu, dia masih cuba untuk memperbaiki diri secara perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik.

“Kerap juga saya terfikir untuk pakai tudung, dan memang ada niat nak pakai, cuma saya mahu selesaikan dahulu kerja-kerja yang sudah dipersetujui sebelum ini.
“Saya hormati mereka juga, saya tak boleh pentingkan diri sendiri apabila membuat keputusan. Mungkin ada sebab mengapa belum tiba masanya saya pakai hijab, Insya-Allah dalam masa terdekat ini, doakan saya ya,” ujarnya lagi.



Terdahulu, Zizi Kirana membuat keputusan untuk berhenti berpenampilan seksi setelah mendapat teguran daripada ibunya.

Tindakannya itu turut disokong oleh para peminat yang gembira melihat perubahannya lebih-lebih lagi selepas banyak membabitkan diri dalam program berunsur islamik.

Jom doakan perjalanan Zizi agar dipermudahkan! Amin.

Sumber: Gempak (Asyraf Aided)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2021 09:09 AM | Show all posts
comel zizi ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai baju seksi, lepas tu tukar pakai tudung, lepas tu suami. Ulang2 sampai ajm..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia memang sek2 yg pakai tudung di bln ramadhon kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah zizi , semoga u dpt kekalkan istiqomah until jannah yah !
Walau memacam bad news/gosip tentang u , I totap always ado soft spot dkt u. Suare pun not bad , idak laa sumbang mambang !  Go zizi go !
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyah la zizi. Bukan aku niat nk suruh kau kumpul dosa,tp once dh bhijab harap xde yg tsembul / ikut alur badan etc..sbb menda mcm tu mmg mngundang. Org kita ni mmg carik ruang & peluang nk mngata. Molek nk pelan2 tutup aurat acap2 kna tegur ngn setazah acah2 trus terbang blk tudung. Fed up. Harap zizi pelan2 berubah. May Allah ease everything.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2021 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm ramadhan tahun lepas.. ape2 jelah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Zizi ni npk mcm seorg yg ada foundation agama....cuma mungkin di uji dgn perasaan nk buat pakai seksi....disebalik itu dia sebenarnya sedar kepuasan yg dicari tiada....in shaa Allah dia mudah utk kembali kejln yg betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga niat yg baik Allah permudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Whatever..artis sampahking
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tak payah.. end up nnti jadi mcm nonny tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
siap ada anggaran ehh..dh mcm anak bulan pulak..hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Fazura pun dianggarkan berhijab during ramadhan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2021 09:16 AM | Show all posts
Joysparta replied at 12-4-2021 01:50 AM
Fazura pun dianggarkan berhijab during ramadhan....

ya benar nescaya fazura juga akan berhijab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.082250 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list