CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3124|Reply: 1

LG akan tutup perniagaan telefon bimbit

[Copy link]
Post time 6-4-2021 09:20 AM | Show all posts |Read mode
LG akan tutup perniagaan telefon bimbit


Bahagian telefon bimbit LG mencatat kerugian bertahun-tahun sebelum ditutup. - Terry Scmitt/UPI


SEOUL-Syarikat elektronik Korea Selatan, LG mengumumkan akan  menutup perniagaan telefon bimbit miliknya selepas mencatat kerugian selama bertahun-tahun, lapor United Press International (UPI).

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan selepas semua pengarah urusan bersetuju untuk menghentikan pengeluaran dan penjualan telefon bimbit.

“Keputusan strategik LG untuk menarik diri daripada  sektor telefon bimbit yang cukup sengit adalah bagi membolehkan syarikat fokus kepada sektor pertumbuhan lain termasuk komponen kenderaan elektrik, rumah pintar, robotik dan kecerdasan buatan (AI),” tulis kenyataan itu.

LG berkata, pihaknya akan terus menjual stok telefon bimbit yang masih ada serta memberikan servis berbentuk sokongan dan kemas kini untuk satu tempoh bergantung kepada kawasan.

LG yang mula memasuki industri telefon bimbit lebih dua dekad lalu adalah pembuat telefon bimbit ketiga paling popular di dunia sehingga 2008, setahun sebelum pasaran bertukar sepenuhnya selepas kemunculan iPhone, lapor akhbar tempatan, Korea Herald.

Penjualan telefon bimbit LG bagaimanapun mengalami penurunan pada 2015 yang juga merupakan tahun terakhir ia mencatat keuntungan, lapor agensi berita Yonhap News.

Syarikat itu menjangka  penutupan perniagaan telefon bimbitnya akan selesai sebelum 31 Julai depan. -Agensi


Sumber : https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 10:45 AM | Show all posts
bgs lah tutup.
pengalaman aku guna LG G5, pergh hauk.
menyesal aku beli model tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.051008 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list