View: 13127|Reply: 78
|
[Jenayah]
Ayob khan – Duit banyak-banyak nak rasuah malaikat dalam kubur?”
[Copy link]
|
|
BERAPA lama kita nak hidup? Duit banyak-banyak nak buat apa?”
Kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan berhubung prinsipnya dalam menjalankan tugas sebagai seorang pegawai polis.
Menurutnya, sebagai seorang Islam beliau sangat berpegang kepada kata-kata “berapa lama nak hidup” dalam menegakkan integriti dan bebas rasuah.
“Kita akan mati. Hari ini ka esok ka atau sebentar lagi. Duit banyak-banyak nak ke mana?
“Takkan duit banyak-banyak nak lapik kepala masa jadi jenazah? Lepas tu nak rasuah malikat? Ada ka?
“Jam mahal banyak-banyak orang bagi sampai 10, nak buat apa? Nak pakai semua, kiri dua kanan dua? Tak juga?,” katanya berterus terang.
Justeru kata Ayob Khan, sewaktu masih memikul amanah inilah beliau perlu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
“Lima tahun sahaja lagi saya pun, lepas itu pencenlah. Lepas tu kita baru nak cakap buat itu buat ini?.
“Pegang amanah sebab kita sebagai orang Islam kalau tak pegang amanah maka tiada nilailah kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual berhubung menegakkan integriti bersama Astro Awani malam ini.
Tambah Ayob Khan, beliau juga tidak mahu dipersoalkan apabila selepas bersara kelak sebagai tidak melakukan yang sepatutnya ketika dalam pasukan.
“Waktu kamu jadi Ketua Polis kamu tak buat apa pun, waktu jadi pengarah kamu tak buat apa pun. Contohnyalah,” jelasnya.
Sementara itu, kata Ayob Khan, soal integriti yang dipegangnya dengan tegas bukan kerana beliau lama berkhidmat dalam Cawangan Khas (SB).
Katanya, yang penting adalah berpegang dengan prinsip ditegaskan dalam Islam selain bekerja secara ikhlas.
“Dekat mana kita pun ada, kalau kita pegang prinsip insya-Allah. Kita SB ka, kita Jabatan Siasatan Jenayah ka, kita KP ka, kita Pengarah ka, kalau pegang prinsip bekerja ikhlas, insya-Allah,” ujarnya.
Ayob Khan Mydin Pitchay ketika menerima kunjungan hormat Ebit Lew bulan lalu.
Ayob Khan kini menjadi sebutan ramai kerana ketegasannya dalam aspek integriti dalam pasukan polis.
Malah, beberapa kes berkait integriti pegawai dan anggota polis Johor telah diambil tindakan di bawah teraju beliau.
Paling menarik perhatian apabila polis Johor berjaya menumpaskan jenayah komersial melibatkan “Geng Nicky” yang diketuai seorang ahli perniagaan berpengaruh bergelar Datuk Seri |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mohon terasa ahli2 politik sekalian terutama nya Kutty |
|
|
|
|
|
|
|
betul sekali.... mohon terasa semua ahli politik woooiiii...
rasuah tak habis2 la korang nih....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan rasuah dik... tapi HADIAH... rezeki katanya...
pepatah malayu juga mengatakan "Rezeki jangan ditolak...." |
|
|
|
|
|
|
|
salahnya dulu gomen x enforce sangat isu integriti...
kalau kena tangkap tukar buat desk work...
patut buang je...
tu pasal semua dah lemak berkrim ...
only lately nampak strict.... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yg berprinsip seperti ini orang yang bagus untuk jawatan yang sering terdedah dengan godaan. Harapannya dia akan dapat bertahan walaupun besar cubaan yg datang... kalau dia runtuh orang bawahan susah untuk bertahan... |
|
|
|
|
|
|
|
jaminan lepas pencen kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mau terbakar rambut Kak Mah tersentap kena sound dgn Ayub... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau semua polis berpikiran cam dia ni,aman Malaysia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kak mah kesahh...bag bijan bertimbun kat rumah nak isi apa ntah |
|
|
|
|
|
|
|
Aikkk sama plak slogan yg aku selalu sembang dgn anak2 pasal org kaya hasil rasuah, keberkatan rezeki & yg seangkatan dgnnya |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni patut jadi ketua polis negara |
|
|
|
|
|
|
|
Aku doakan Datuk Ayub jadi KPN. |
|
|
|
|
|
|
|
Sis tambah...
Duit 2 juta bukan boleh buat lapik jenazah kita
Makan rasuah tapi p Haji tiap2 tahun
Integrity campuq tak leh kesian
Moga dipermudahkan urusan tuan Ayob |
|
|
|
|
|
|
|
mohon tuka KPN skrg dgn DAK. sajad pn kemain payah nk tangkap. hujong2 merayu soh balik. jadah btl |
|
|
|
|
|
|
|
Pttla dia xbyk involved dgn rasuah dan blh bsuara.. Dr branch SB rupenye kaka layan iv dia smlm.. Comel jgk cara dia jwb soklan. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon terasa n insaflah sesapa yg dok main rasuah sini sana.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|