Setiu: "Saya berasa seperti mimpi apabila sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang menerima diri saya seadanya," kata Mohammad Sobri Aripin, orang kurang upaya yang lumpuh paras pinggang ke bawah.
Kisah Mohammad Sobri, 37, mendapat perhatian selepas adik bongsunya, Muhammad Aidil Aripin, 27, berkongsi video di TikTok berkaitan kisahnya yang bertemu jodoh dengan ahli fisioterapi, Nurul Ameerah Razali, 29.
Mohammad Sobri dan Nurul Ameerah sah menjadi suami isteri selepas diijabkabulkan di Pejabat Agama Daerah Setiu, Terengganu, 21 Mac lalu.
Perkongsian video itu mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya kagum dengan Nurul Ameerah kerana sanggup menerima kekurangan Mohammad Sobri yang lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal pada 24 November 2006.
Menurut Mohammad Sobri, dia berkenalan dengan isterinya selepas mula menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Setiu, Terengganu pada Ogos tahun lalu.
Katanya, pada awalnya hubungannya dengan isteri sekadar pesakit dan ahli fisioterapi serta tidak lebih daripada itu.
Sobri berkongsi video di TikTok berkaitan kisahnya yang bertemu jodoh dengan ahli fisioterapi, Nurul Ameerah Razali, 29.
"Namun isteri rupanya menyimpan niat berkenalan dengan saya tetapi meminta bantuan rakannya untuk menyampaikan hasrat itu.
"Saya sangkakan rakannya sekadar bergurau sehingga menerima kiriman WhatsApp pertama daripada isteri pada 25 Januari lalu.
"Bertitik-tolak daripada situ, kami mula berkenalan dan akhirnya timbul keserasian hingga sepakat mendirikan rumah tangga," katanya ketika dihubungi, semalam.
Mohammad Sobri berkata, perkahwinannya dan isteri tidak mendapat halangan sebaliknya direstui kedua-dua belah keluarga.
"Sebelum berkahwin, isteri sudah meminta izin dan restu daripada ibunya.
"Alhamdulillah, ibunya tidak menghalang cuma keluarga saya sahaja yang menyangka saya bergurau ketika meluahkan hasrat untuk berkahwin.
"Jujurnya, saya bersyukur kerana dapat mengakhiri zaman bujang dan terharu apabila isteri mengakui ikhlas berkahwin dengan saya," katanya.
Post time 6-4-2021 11:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Punat_button replied at 6-4-2021 10:12 PM
bukan tak boleh ka perawat ada hubungan dengan pesakit, boleh tarik lesen?
Kannn. Exactly my thoughts. Boleh ke mengurat2 mcm tu and sheols pulak yg started 1st move.
Lagi satu, boleh ek physiotherapist wanita, pesakitnya lelaki? Cemana pegang2 tu semua?
Post time 7-4-2021 02:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kadang yg perfect couple pun boleh bercerai berai bila x boleh terima kekurangan masing2. ini terang2 boleh terima kekurangan pasangannya moga berbahagia hingga ke akhir hayat.