CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1940|Reply: 5

Akim sertai Search?

[Copy link]
Post time 7-4-2021 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Akim sertai Search?



AKIM tak sabar menyanyi bersama Search dan janjikan yang terbaik.


Ini yang akan berlaku Sabtu ini jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka apabila penyanyi kumpulan Akim & The Majistret itu akan bergabung dengan pemain gitar Search, Din dan Kid serta pemain dram, Pae dan Galang (bass) dalam satu persembahan istimewa.

Persembahan diberi nama Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim itu menyaksikan Akim pertama kali bekerjasama dengan kumpulan rock legenda itu.

Akim berkata, dia teruja dan tidak sabar untuk membuat persembahan bersama Search.

"Search memang idola saya dari dulu lagi. Apabila dapat menyanyi dan buat persembahan bersama mereka, ia satu penghargaan buat saya.

"Insya-Allah, saya akan cuba berikan yang terbaik. Kepada semua peminat Search jangan lupa saksikan persembahan kami dan tunjukkan tanda sokongan anda buat kami," katanya.

Walaupun tanpa Amy yang meninggalkan Search, Mac tahun lalu, namun nama dan legasi Search tidak akan mati.

Dalam pada itu, Din berharap peminat akan terus menerima kehadiran dan memberikan sokongan dalam setiap persembahan membabitkan Search selepas ini.

"Muzik adalah kerjaya dan minat saya. Kami mahukan pengakhiran yang baik. Walaupun tanpa Amy, kami akan terus menggerakkan Search. Kami sayangkan kumpulan ini. Ke mana saja saya pergi, orang bertanya mengenai Search.

"Persembahan kami bersama Akim ini bagi mengubat rindu peminat. Ia sangat penting kerana ia permulaan buat Search kembali. Harapan saya peminat boleh terima kami walaupun tanpa Amy.

"Amy tak ada pengganti, cuma kami perlu 'move on' untuk teruskan legasi Search. Ini kerana peminat masih ada dan saya yakin dengan sokongan diberikan selama ini," katanya.

Ditanya mengenai pemilihan Akim, Din berkata, pemilihan dibuat bersama pasukan produksi.

"Kami terlebih dulu berbincang dengan pasukan produksi. Ada beberapa nama yang disenarai pendek. Namun, selepas penilaian, kami sebulat suara memilih Akim. Ini bukan penilaian saya seorang.

"Namun, secara peribadi Akim memang pilihan pertama saya. Dia ada karisma tersendiri selain kredibiliti di mana dia berkemampuan mencipta lagu. Pendek kata Akim ada pakej. Jadi, beri dia peluang untuk buat persembahan bersama kami dan jangan bandingkan dengan Amy," katanya.

Namun, timbul persoalan mengenai ketiadaan pemain bass, Nasir.

Menurut mereka, Nasir masih kekal sebagai anggota Search tetapi tidak dapat menyertai persembahan Sabtu ini kerana terikat

dengan komitmen perniagaan barunya.

Nasir hanya akan terbabit dalam persembahan lain yang akan datang.

Sementara itu, penganjur dari Playmad Sdn Bhd, Abdul Rasyid Rahman berkata, persembahan itu sesuatu yang istimewa biarpun dirancang dalam tempoh yang singkat.

"Ideanya tercetus selepas saya menonton temu bual dan 'jam session' Din dan Kid di radio Internet Bapakku FM bersama penyampainya, Ismahalil Hamzah secara langsung di Facebook, baru-baru ini. Berdasarkan sambutan diberikan, saya yakin Search masih ada aura tersendiri," katanya.

Abdul Rasyid berkata, dia kemudian menghubungi Din dan mengajaknya datang ke Melaka bagi mendengar cadangannya serta meninjau lokasi persembahan.

"Ini adalah persembahan pemanas badan. Pemiliknya, Ajo juga teruja kerana di situ juga adalah tempat pemuzik dan karyawan tempatan mempamer, menjual dan mengekspresi karya mereka" katanya.

Menurut Acid, jawapan persetujuan yang diberikan Akim membuatkan pihaknya teruja dalam menjayakan persembahan itu.

Lokasi persembahan itu boleh memuatkan 100 penonton berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tiket dijual pada harga RM100 dan pembeli tiket berpeluang untuk menghadiri sesi 'meet & greet', Sabtu ini jam 5.30 petang.

Persembahan berdurasi satu jam itu bakal menyaksikan Search X Akim mempersembahkan lagu popular Search.

Selain Melaka, Rockology Malaysian Tour 2021 juga bakal diteruskan di beberapa lokasi lain iaitu Kuala Lumpur pada Jun ini, Perak (Julai), Pulau Pinang (Ogos), Johor Bahru (September) dan lain-lain lokasi yang akan dimaklumkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ala kat melaka ke, boleh dah ye buat showcase, klu kat kl ada nak jgk pergi, tapi mcm tak ngam je akim & search, mesti akan ter compare dgn amy
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 11:38 AM | Show all posts
hijau nye akim...


x dak org lain ke....  x pelah kita tgk gumana kan...

takat ni yg boleh bawak lagu search datok awie lah yg terbaik, semua dia bungkus tepi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 11:52 AM | Show all posts
abis dia join search apa jadi dgn the majis?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 11:54 AM | Show all posts
All the best dak kentang..

ingtkan kluar dr group heols, terkejut meols
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 12:05 PM | Show all posts
suka suara akim..tapi amy dengan search ni memang legend sangat..all the best akim
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.082971 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list