Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
7771
View
63
Reply

Ghomar Menjobo Diri.. - Dato Hattan

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-4-2021 01:17 PM | Show all posts |Read mode

Ghomar Menjobo Diri..! Dato Hatta Luah Kecewa Isu Selebriti Rentas Negeri

Menurut Dato Hatta, beliau menyatakan sebelum ini ramai yang menyalahkan pihak polis kerana memberi kebenaran namun punca sebenar ia berlaku adalah sikap sesetengah individu yang menyatakan dirinya instafamous dan selebriti.


Baru-baru ini tular isu instafamous dan beberapa selebriti dilihat rentas negeri atas urusan kerja namun seakan pergi bersiar-siar di sana. Ekoran itu, banyak pihak pertikaikan urusan sebenar mereka di sana kerana alasan dan perbuatan yang dilakukan sepanjang rentas negeri seperti tidak berkaitan.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri balik ke kampung bagi menyambut awal Ramadan bermula minggu depan.

Satu perkongsian gambar yang menyatakan disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang mengambil ringan isu rentas negeri, pihak polis mengetatkan peraturan rentas negeri dan meminta sesiapa yang mahu merentas negeri harus menyenaraikan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang berada di negeri tersebut.





Dato Hattan, seorang selebriti tempatan yang dihormati telah menyuarakan pendapatnya juga tentang isu ini di mana beliau luahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan ke atas kelebihan yang diberikan kerajaan.

Menurut Dato Hatta, beliau menyatakan sebelum ini ramai yang menyalahkan pihak polis kerana memberi kebenaran namun punca sebenar ia berlaku adalah sikap sesetengah individu yang menyatakan dirinya instafamous dan selebriti.

Tambah Dato Hatta, jika diberikan kebenaran untuk rentas negeri haruslah peka dengan sensitiviti umum dan janganlah memuat naik apa-apa perkongsian yang boleh mengundang spekulasi yang boleh timbul daripada tindakan tersebut.

Selain itu, beliau juga jelaskan sikap gemar menunjuk-nunjuk juga satu sikap yang tidak bertanggungjawab malah tidak memikirkan kesan selepas tindakan memuat naik sesuatu yang mungkin boleh memudaratkan diri sendiri.



Tegas Dato Hattan, fikirlah secara waras dahulu sebelum lakukan sesuatu tindakan yang buruk. Beliau kemudian menyatakan memandangkan bulan Ramadan dan raya semakin hampir, kesihankanlah mereka mematuhi arahan kerajaan dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan harapan diberi peluang pulang ke kampung.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu mungkin mengakibatkan semua orang tidak boleh merentas negeri untuk sambut puasa dan raya bersama keluar.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan luahan dan pendapat Dato Hattan. Jika kita mahu hentikan pendemik COvid-19, kita haruslah bersama-sama patuhi SOP tikda kira anda warga marhaen ataupun warga kayangan.


Sumber: Instagram Dato Hattan
Read More : https://www.koolfm.com.my/koolhi ... riti-rentas-negeri/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-4-2021 01:37 PM | Show all posts
lopak tu memang jubo.. jubo yg pakai purdah! low key bawa sial ke rakyat malaysia kerana kefakean dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow sgt statement I like
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Padu
mancis mmg suko menjobo
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:26 PM | Show all posts
HAHAHAHAHAHAHA. Setepek kena kat muka 'JOBO'
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 7-4-2021 02:30 PM

Sama la produk susu kurma dengan taukenye.  Sama2 pakejing luor balut cantek tapi isi dalam?
Hanye piyunai yang tau..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Brunes replied at 7-4-2021 01:37 PM
lopak tu memang jubo.. jubo yg pakai purdah! low key bawa sial ke rakyat malaysia kerana kefakean di ...

Ini Hannah Montana ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:35 PM | Show all posts
first time seh dengar word menjobo tu. hahahahahahaha! nak guna lah pasni.

'udah2 lah menjobo tu jang oi, tak kemano pun ekau tu. esok2 ke kubo gak ekau poie'
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:37 PM | Show all posts
menjobo tu apa? loghat nismilan kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 7-4-2021 02:35 PM
first time seh dengar word menjobo tu. hahahahahahaha! nak guna lah pasni.

'udah2 lah menjobo tu ...

apo mksd jobo tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:39 PM | Show all posts

'menunjuk2' kat toktan dlm ig heols tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:47 PM | Show all posts
Hahaha
Jobo tu lebih kurang poyo laaaa

"Ekau ni jobo la"
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:57 PM | Show all posts
mentubong tu apa uolsss
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak pompuan benak yg kemain beria marah fazzy on twitter dah bolehlah meroyan kat Hattan plak..
Haritu kemain sembang lagi.. ni ha ada yg fire ko punya idol..apa lagi kasik tweet lah. Jgn nak acah acah kata ini general statement plak from tok tan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 7-4-2021 02:35 PM
first time seh dengar word menjobo tu. hahahahahahaha! nak guna lah pasni.

'udah2 lah menjobo tu ...

Hahahhha.. kek sini (nogoghi) dari kecik lagi memnag kalau bergaduh... Jobo tu ayat wajib
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mentubung tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pentaksub?ada berani nak kecam Dato Hattan directly??
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai bila piyu nak korbankan kecantikan dgn memakai kopix.. Still 20s huhu. Enjoy lah sikit masa muda.... Idak ke berpeluh dahi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 7-4-2021 02:39 PM
'menunjuk2' kat toktan dlm ig heols tu

Sin baik tak mendobor
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 7-4-2021 02:37 PM
menjobo tu apa? loghat nismilan kan

Aah loghat nismilan. Dia oebih kurang poyo tapi atas sikit dr poyo. Haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list