|
[Tempatan]
[‘audio bocor’ Zahid + Anwar] UPDATE #49, Rakaman audio fitnah, tipu helah pimpi
[Copy link]
|
|
Dirty politics. Bayangkan.. Anwar or Zahid jadi PM. Omg. Can we have someone else? Just someone else. I don't care from what party as long as not those two scoundrels. Sudah terang lagi bersuluh. Seriously Malaysia in deep murky water. Semua politician tak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
apolah Wak47...hang memang kaki temberang....
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu tak dinafikan.. Pastu perkataan ketirisan, berduyun2 pulak pastu org guna.....Sepatutnya ahli2 politik yg lain jugak harus mengenengahkan perkataan2 melayu yg masih banyak lagi tak di"komersial"kan..... .. |
|
|
|
|
|
|
|
Xnampak dimana audio tu..dimana nak dgr? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bakingsoda at 8-4-2021 11:38 AM
entah la weyy aku tengok teknologi deepfake pon menyeramkan, yg aku tgk dorang tukar muka kpop idols je letak kat watak drama, tukar2 group, yg penting bentuk muka sama mmg akan nampak real dan katanya dah ada idols kena edit kat muka pelakon porno, mmg boleh membunuh karier betol satunya2 cara nak selamatkan diri adalah jarang expose muka (tak banyak angle gambar) dan orang tak tahu sebarang tanda kat badan. kalau serba serbi orang tahu mmg akan di edit semua tu skali jd bukti palsu. public figures mmg bersepah la gambar pelbagai angles dlm internet. inikan pulak audio yg tak nampak pelaku |
|
|
|
|
|
|
|
eceh ecehhhh...tak mengaku pulak, but expected la mmg tak ngaku la citer dia hahahaha. TAkkan la dia nak cakap, Yerrrr mmg betul tu conversation saya dgn bangnon
Niat tu jahat, bila Allah nak buka aib kau, sekelip mata je so sedarlah ada yg Maha Besar kt atas sana yg memerhati, kau buat hal mcm takde sape tau je kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
penjenayah kan takut dgn polis, ko ni tu pun aku kena bagitau
|
|
|
|
|
|
|
|
darkness replied at 8-4-2021 11:02 AM
Xnampak dimana audio tu..dimana nak dgr?
https://www.malaysianow.com/news/2021/04/07/revealed-explosive-telephone-conversation-between-anwar-and-zahid/ |
|
|
|
|
|
|
|
highcastle replied at 7-4-2021 06:34 PM
Kita tengok siapa yang kena...........
Anwar dan zahid ni pernah ka cerdik? |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar pun suruh pegawai dia buat laporan polis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zahid kan xBFF bangnon.. masa atuk tendang bangnon dulu, zahid sefamily tour bersama geng2 reformasi..
|
|
|
|
|
|
|
|
ok latuh..Bukan cakap "Saya tak tau" atau pun
"Sounds like me, looks like me, but its not me" |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 7-4-2021 08:04 PM
Knp wak jahid suruh pegawai dia yg buat report polis, buat sendiri x blh ke? Lagipun dia bkn bizi sg ...
Aku Presiden.....kerja aku 'menyuruh /mengarah'.....jer......... |
|
|
|
|
|
|
|
Ku Li: Zahid tak layak pimpin parti jika rakaman itu benar
https://www.utusan.com.my/nasion ... -rakaman-itu-benar/
Oleh ASLINDA NASIR
8 April 2021, 11:13 am
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
PETALING JAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak layak memimpin parti sekiranya rakaman perbualan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu benar.
Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, perkara itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dalam keadaan ahli UMNO kini sedang meletakkan harapan tinggi kepadanya untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Pada pandangan saya tak baguslah, seorang pemimpin patut tidak berlagak macam itu. Dia mesti lebih bertanggungjawab sebab orang meletakkan harapan kepada dia untuk memimpin dengan lebih baik.
“Mengenai rakaman audio ini, tak tahulah betul atau tak tapi dengar suara macam dia punya suara.
“Kalau benar itu suara dia, kalau benar dia mempunyai niat macam itu. Sebagaimana suara dia sememangnya dia tidak bertanggungjawab, tidak layak kekal di situ,” katanya memetikm sebuah portal hari ini.
Rakaman kira-kira empat minit itu telah tersebar melibatkan suara mirip Zahid dan Anwar berhubung apa yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada akhir bulan lalu.
Dalam rakaman tersebut, suara mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Zahid kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Agung UMNO.
Selain itu, suara yang didakwa Zahid berkata, apa yang diucapkan ketika PAU hanya bersifat taktikal.
Bagaimanapun, Zahid dan Anwar telah menafikan suara dalam audio berkenaan adalah miliknya dan masing-masing berkata akan membuat laporan polis.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membuat gesaan itu atas alasan Zahid tidak lagi mempunyai kreadibiliti untuk memimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Bahagian UMNO Padang Rengas itu menegaskan Zahid perlu memberi laluan kepada orang lain untuk memimpin parti kerana imejnya sudah tercalar dengan tuduhan-tuduhan di mahkamah. – UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Saya yakin suara itu tulen dan bukan dibuat - Annuar
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bukan-dibuat-annuar
Disiarkan pada: April 8, 2021 @ 1:49pm
Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
Tan Sri Annuar Musa
Putrajaya: "Sebagai orang yang mengenali mereka (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk tempoh yang lama, saya yakin suara itu tulen dan bukan dibuat (disunting)," kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Umno Ketereh berkata, penafian Presiden Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai perkara itu sememangnya sudah dijangka.
Katanya, kandungan perbualan itu ternyata sangat mengecewakan kerana ahli Umno sudah membuat ketetapan menolak kerjasama dengan Anwar, PKR dan DAP dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini.
"Sebagai ahli Umno, saya rasa dikhianati kerana ketetapan (tolak kerjasama) sudah dibuat ahli parti dalam PAU yang lalu.
"Umno Ketereh juga seperti berasakan untuk menarik balik sokongan atas dasar yang dibuat dalam perhimpunan yang lalu (untuk tidak bekerjasama dengan Anwar, PKR dan DAP)," katanya dalm sidang media selepas merasmikan MySmart Wilayah 2030, di sini, hari ini.
Annuar berkata, selaku presiden, Ahmad Zahid perlu berlapang dada untuk melepaskan jawatannya seperti dilakukan pemimpin tertinggi parti itu sebelum ini.
Katanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak berjiwa besar melepaskan jawatan Presiden Umno bagi memastikan kestabilan parti.
"Saya cadangkan mereka berdua (Ahmad Zahid dan Anwar) membuat sumpah laknat seperti Datuk Seri Najib bagi menafikan perkara ini.
"Kalau minta polis siasat dan jika terbukti benar, akan ada pula dakwaan mengatakan polis terbabit dalam konspirasi," katanya.
Beliau berkata, terbukti kenyataan terbuka berhubung kerjasama Umno dan PKR sudah terbukti dan bukan sekadar dakwaan semata-mata.
Semalam, tular di laman sosial rakaman audio antara Ahmad Zahid dan Anwar yang merujuk kepada ucapan Presiden Umno itu dalam PAU baru-baru ini.
Dakwaan kerjasama itu bukan lagi rahsia dalam landskap politik tempatan walaupun kedua-dua pemimpin menafikan perkara berkenaan.
Zahid dan Anwar juga dilaporkan akan membuat laporan polis bagi menafikan mereka adalah individu yang didakwa dalam rakaman audio berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap betul zahid supaya kena tendang daripada jadi presiden ameno |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu, termasuk jugak lah dgan audio scheme of things abahcow dan audio ajen cia lobai ni buduh. Semua xboleh pakai!
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanya bangcak.. Dia neutral.......... |
|
|
|
|
|
|
|
highcastle replied at 8-4-2021 02:40 PM
Tanya bangcak.. Dia neutral..........
Muahahahaha.. Sekali dia pusing kot lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|