Amira dilihat menyampaikan pesanan itu menerusi sebuah hantaran di Instagramnya untuk perkongsian bersama peminat.
Ujar Amira, adalah amat penting untuk mementingkan soal rukun Islam ke dua itu dan sentiasa menyempurnakan setiap hari.
“Semoga kita sentiasa ingat solat ini adalah tiang agama. Buat jahat macam mana pun kena solat. Perbaiki solat. Sempurnakanlah solat sebab itulah yang akan ditanya nanti.”
Difahamkan Amira baru sahaja menyempurnakan penggambaran program Salamunalaik untuk saluran Astro Oasis sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba.
Sekadar info, Amira Othman merupakan bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia untuk musim ke-10 iaitu pada tahun 2013 yang lalu.
SUMBER : Instagram Amira Othman