CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 2

[Tempatan] Kelantan benarkan solat tarawih di masjid, surau

[Copy link]
Post time 8-4-2021 10:01 AM | Show all posts |Read mode

Kelantan benarkan solat tarawih di masjid, surau



Gambar hiasan

Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan pelaksanaan solat sunat tarawih dan aktiviti pengimarahan masjidm surau serta musolla di seluruh Kelantan, sepanjang Ramadan ini.

Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bermula Ramadan ini juga, kanak-kanak yang berumur tujuh tahun dan ke atas dibenarkan untuk mengikuti program diadakan di masjid, surau dan musolla.

Beliau berkata, perkara berkenaan mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

"Bagi solat sunat tarawih, ia dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid, surau serta musolla dengan penjarakan fizikal satu meter (m) dan boleh dilaksanakan sam ada lapan atau 20 rakaat dengan bacaan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih satu jam tidak termasuk solat Isyak.

"Aktiviti tadarus al-Quran juga dibenarkan mengikut kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal satu m dalam tempoh tidak melebihi satu jam, selain qiamullail turut dibenarkan sepanjang Ramadan iaitu satu jam sebelum waktu Imsak.

"Dalam masa sama, iktikaf di masjid juga dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter," katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Rizam berkata, bagaimanapun tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih, manakala tazkirah Subuh, Asar dan lain-lain adalah dibenarkan.

"Selain itu, jamuan berbuka puasa dan bersahur tidak dibenarkan, walau bagaimanapun masjid, surau dan musolla digalakkan untuk menyediakan hidangan berbuka dan bersahur secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah.

"Dalam masa sama, jamuan moreh juga tidak dibenarkan, namun pihak masjid boleh menyediakan jamuan moreh secara bungkus untuk dibawa pulang," katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 10:34 AM | Show all posts
Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan pelaksanaan solat sunat tarawih dan aktiviti pengimarahan masjidm surau serta musolla di seluruh Kelantan, sepanjang Ramadan ini.
solat sunat tarawih!...mano solat wajib tarawih?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:46 AM | Show all posts
Sabah tiada bazar ramadhan...solat tarawih???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.130236 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list