View: 6412|Reply: 47
|
[Dunia]
Ratu cantik berebut mahkota di pentas kerana pemenang langgar peraturan
[Copy link]
|
|
Berebut mahkota di atas pentas
AFP
PUSHPIKA dimalukan di khalayak ramai apabila mahkota dipakainya diambil semula oleh Caroline. PIX AFP
Colombo: Bagaikan dalam drama, pentas ratu cantik di Sri Lanka bertukar 'ribut' apabila mahkota di kepala seorang wanita terpaksa diambil semula selepas didapati melanggar syarat pertandingan.
Pertandingan 'Mrs Sri Lanka' yang disiarkan secara langsung di televisyen rasmi negara itu pada Ahad lalu menyaksikan Pushpika De Silva itu dimalukan di khalayak ramai.
Pada mulanya, juri memilih Pushpika sebagai Mrs Sri Lanka 2020.
Namun, hanya beberapa minit diumumkan pemenang dan dipakaikan mahkota, kemenangan Pushpika dibantah Mrs Sri Lanka 2019, Caroline Jurie yang mendakwa kemenangan wanita itu tidak sah kerana melanggar peraturan pertandingan.
Pushpika dikatakan sudah bercerai, sedangkan syarat pertandingan mewajibkan pesertanya masih berkahwin.
Susulan itu, Caroline mengambil semula mahkota di kepala Pushpika untuk dianugerahkan kepada naib juara.
Hasil siasatan penganjur pula mendapati Pushpika masih belum bercerai, namun tinggal berasingan dengan suaminya.
Penganjur acara mengemukakan permohonan maaf kepada Pushpika dan berjanji akan mengembalikan mahkota yang dimenanginya pada Selasa lalu.
Selain dimalukan, Pushpika juga dilapor mengalami kecederaan di kepala, semasa mahkotanya ditarik dengan kasar di atas pentas.
Susulan itu, polis melakukan siasatan ke atas Caroline atas perbuatannya membuat tuduhan terhadap Pushpika.
Penganjur juga dipercayai menuntut ganti rugi daripada Caroline atas kerosakan pada bilik persalinan di pentas dengan beberapa cermin pecah.
"Kami juga sedang melakukan siasatan," kata pemegang francais acara itu, Chandimal Jayasinghe.
Caroline juga 'Mrs World' juga dituduh penganjur sebagai selebriti yang tidak menghormati acara yang disiarkan secara langsung di platform media sosial.
Chandimal mengatakan kepada wartawan mereka sangat terganggu dan kesal dengan tingkah laku Caroline.
Malah, netizen di media sosial menuntut supaya gelaran Mrs World dilucutkan daripada Caroline.
Setakat ini, tiada komen daripada Caroline mengenai kekecohan itu.
Disiarkan pada: April 8, 2021 @ 12:11pm
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
xde video ke adegan tarik crown? |
|
|
|
|
|
|
|
kelam nya hati meenachi miss world tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Overnya bekas ratu dgn yg pakai baju hitam tu
Siap angkat tangan hi hitler bagai...mcm menang battle plak |
|
|
|
|
|
|
|
Busuk hati gila..patutla masa.letak crown tu MCM tak ikhlas je..muka pon muka xpuas hati |
|
|
|
|
|
|
|
Cemburu ler tu masa pasang crown tu pun main tenyeh je atas kepala aci tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dna ni memang ginnih eh..scarynyaa..muka.mcm adik lopak je |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols nak cover terpeleot dia tu kot, si runner up yg tolong. Dan2 tarik crown orang, mcm mabuk pun ya |
|
|
|
|
|
|
|
Takde jati diri tetap pilih yang cerah untuk menang.
Macam melayu gak
|
|
|
|
|
|
|
|
Dramanya lahai, pandai2 je dia announce sendiri letak sendiri crown dekat runner-up. Penganjur time tu buat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
awat muka memasing mcm bapok
make up tebai sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi.. lawak betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodonya biatch2 ni. Xda class langsung |
|
|
|
|
|
|
|
crown tu memang design untuk letak ja. pandai2 lah ko nak jalan diva supaya tak jatuh
apa barang pergi henyak2 macam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah apa benda la siap boleh lalu lalang dekat belakang. Macam tak berprestij dah jadinya, dengan drama lagi pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 8-4-2021 01:25 PM
Mrs world tu bitchy nya muka. Blh dihenyak crown kat kepala org tu. |
|
|
|
|
|
|
|
masa letak crown pun dah nampak dah
kesian si winner
nama caroline tapi wajah so tanggachi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|