CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4259|Reply: 23

[Tempatan] Saya terima apa sahaja keputusan hakim' -Bapa Zulfarhan

  [Copy link]
Post time 9-4-2021 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Selepas memanggil 20 saksi pada perbicaraan kes 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang mengambil masa selama dua tahun, pihak pembelaan menutup kesnya hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah kemudiannya menetapkan 10 Mei untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis setelah peguam M Varunchelvam yang mewakili tertuduh keempat, Muhammad Afif Najmudin Azahat memaklumkan pihak pembelaan menutup kes berkenaan, hari ini.

Hakim Azman menzahirkan rasa syukur kerana kes ini akhirnya selesai selepas kesemua saksi pembelaan memberi keterangan.

"Alhamdulilah, kes dah selesai," katanya.

Pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai 31 saksi termasuk Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad serta dua saksi mata yang melihat perbuatan menekap seterika wap ke badan mangsa ketika kejadian iaitu pelajar UPNM, Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah pada perbicaraan yang bermula 29 Januari 2018.

Sementara itu, pihak pembelaan telah memanggil seramai 20 saksi termasuk Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada perbicaraan yang bermula 2 Oktober 2019.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya N Joy Jothi dan Mohd Josiendra Abu Senin manakala barisan peguam yang mewakili kesemua tertuduh ialah Amer Hamzah Arshad, Fadly Hashim, Varunchelvam dan Fatimah Azzahrah Rumaizi.

Terdahulu, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Mohamad Azaini Ibrahim, 58, ketika membacakan penyataan saksinya berkata, Zulfarhan Osman telah mengalami komplikasi akibat daripada luka lecur iaitu ketidakseimbangan elektrolik, 'hypovolemic shock' (kekurangan cecair di dalam badan) dan seterusnya kerosakan pada organ-organ penting seperti buah pinggang dan kemungkinan juga kepada jantung dan paru-paru.

"Pada pendapat saya, luka lecur pada badan mangsa telah mengakibatkan kehilangan cecair badan dan mangsa boleh mengalami dehidrasi pada kadar yang serius (hypovolemic shock).

"Ini berdasarkan pemeriksaan Dr Salmah terhadap bibir mangsa yang didapati kering dan juga cecair mata 'vitreous humor' jasad mangsa yang terlalu pekat sehingga tidak dapat dianalisis.

"Berikutan itu, kandungan elektrolit di dalam badan mangsa menjadi tidak seimbang," kata saksi pendakwaan ke-31 itu yang dipanggil memberi keterangan untuk menyangkal dakwaan Dr Rohayu yang juga saksi pembelaan ke-19.

Sementara itu, bapa Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idros, 57, ketika ditemui media selepas prosiding kes itu berkata, beliau dan keluarga menerima apa sahaja keputusan hakim kelak.

"Saya terima apa sahaja keputusan hakim...di sini lah (mahkamah) untuk membuktikan dia (tertuduh) buat atau tidak. Moga ia berpihak kepada kami semua," katanya yang hadir pada prosiding itu bersama isterinya Hawa Osman, 58.

Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 penuntut UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 dan 5.30 pagi 21 Mei 2017.
Disiarkan pada: April 8, 2021 @ 8:33pm

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Heart breaking betul baca kisah arwah Farhan ni.....mood twist
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 08:48 AM | Show all posts
semoga arwah mendapat keadilan yg sewajarnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 09:40 AM | Show all posts
semoga arwah dapat keadilan yang sepatutnya. begitu juga arwah adib. sedih nya apa la perasaan seorang ibu yang kehilangan anak. tak sanggup nak imagine
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 10:35 AM | Show all posts
sedap-sedap je streka badan orang. the whole body pulak tu. apa la yang dalam fikiran depa time ni. takkanlah sekor pun takdak rasa simpati ka rasa bersalah ka kat depa ni. semoga keadilan berada di pihak arwah zulfarhan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 11:08 AM | Show all posts
Tak sanggup baca part pakar forensik tu nak explain part dia dehidrasi teruk tu. i terus baca perenggan bawah sekali terus.

Semoga dpt pengadilan yg sewajarnya. After kes Nurin Jazlin, kes ni mmg buat i heartbreaking. Really2 sad.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga arwah Farhan dan keluarga mendpt keadilan yg sewajarnya di mahkamah dunia...sedih sgt dgn kes nie...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 12:22 PM | Show all posts
Komer tak merge dengan thread2 lama ker? Kes neh panjang kot sampai dua tahun chuals! Kalu merge kan boleh buat rujukan keputusan hakim kes tentera. Tengkiu year.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2021 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga nasib arwah terbela.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental budak2 ni

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati binatang betul yang takde langsung rasa belas kat arwah. Bukan 10 min tapi berjam arwah diseksa tapi takde langsung terdetik kat hati rasa belaa simpati ke? Org normal nampak kucing kena pukul pun ada rasa belas... Ni manusia weii, ko kenal siapa...

Salah warden la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:39 PM | Show all posts
Moga keputusan berpihak kepada arwah Zulfarhan. Manusia hati kering tak ingat Tuhan, tak ingat mati je yang sanggup nak dera orang, sampai kehilangan nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga kemenangan berpihak kepada keluarga arwah...mungkin keluarga defendan blh upah lawyer yg bagus,teror..tapi yg menentukan segala,hanya Allah swt...semoga pelaku yg salah akan terima hukuman yg setimpan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga mendapat pembalasan sewajarnya.. mungkin hukuman dunia tak adil, kat akhirat sana pasti ada. Tertuduh semua nya dewasa dan cukup akal fikiran utk tahu wajar atau tidak perbuatan mereka. Sedih tgk muka mak dan bapa arwah farhan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 9-4-2021 04:22 AM
Komer tak merge dengan thread2 lama ker? Kes neh panjang kot sampai dua tahun chuals! Kalu merge kan ...

Setuju. Thread dulu2 lengkap dengan kronologi, muka2 tertuduh dan kes mahkamah. Kalau ada yg rajin compile atau merge mmg terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:56 PM | Show all posts
semoga pelaku kejam tu dpt pembalasan dunia yg sewajarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 9-4-2021 01:51 PM
Setuju. Thread dulu2 lengkap dengan kronologi, muka2 tertuduh dan kes mahkamah. Kalau ada yg rajin ...

Ya setuju sangat
Thread dulu lengkap & padat dengan info terutama kronologi kejadian so better merge @ sambung aje
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 02:41 PM | Show all posts
dah sedap seterika badan kawan sampai meletup2 kulit, pastu baru sel otak tu berhubung nak carikan ubat bagai. dasar bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 06:29 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 9-4-2021 06:30 PM

masa kejadian bulan puasa...semoga  dipermudahkan keadilan buat arwah dan urusan keluarganya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 9-4-2021 06:29 PM
masa kejadian bulan puasa...semoga  dipermudahkan keadilan buat arwah dan urusan keluarganya

Bln dpn genap 4 thn
Pnjg cerita kes ni


Hopefully berpihak pd arwah




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.075675 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list