Kluang: Wanita yang tular di media sosial kerana membuang sampah di lampu isyarat di Kilometer 50, Jalan Batu Pahat - Mersing, disahkan mengalami gangguan mental.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, wanita berusia 41 tahun itu kini ditahan dan dirujuk ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut.
"Polis menyedari gambar tular di Facebook mengenai kejadian membuang sampah di lampu isyarat.
Wanita itu juga membuat halangan lalu-lintas di Kilometer 50, Jalan Batu Pahat - Mersing dan perbuatannya membuang sampah dirakam pengguna jalan raya dan menjadi tular.
"Siasatan lanjut mengesahkan individu itu mengalami gangguan mental dan semakan mendapati dia mempunyai lesen memandu yang sah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan dan maklumat yang ingin disalurkan kepada polis boleh menghubungi talian 07-7784222 atau hotline 07-7766822.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 10-4-2021 08:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
notM replied at 10-4-2021 04:07 PM
Malaysia patut buat ujian kesihatan setiap 5 tahun macam lesen GDL.
Jepun wajibkan ujian kesihata ...
setuju.
zaman skg byk benda boleh menyebabkan stres dan pesakit pulak ada disemua peringkat. bkn org tua je. kanak2 pon ramai yg stres. kn kaji dan kesan dr awal.
Post time 11-4-2021 12:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by notM at 11-4-2021 12:17 AM
imanda replied at 10-4-2021 08:36 PM
setuju.
zaman skg byk benda boleh menyebabkan stres dan pesakit pulak ada disemua peringkat. bkn ...
Orang sakit mental x boleh benarkan bawa kereta....takut nak bawa kete camni...tiba2 yang bawa kete lorong bertentangan tu org sakit mental..Kang bawak kete masuk lorong Kita...naye
Post time 11-4-2021 12:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Leceh laaaa. Kang buat naik gila dia tu, tah sapa2 dia langgar masa drive Aku tak simpati langsung. Sorrylah. Pd aku, famili mainkanlah peranan. Ke, selfish?? Anak org tgh lintas ke, bapak org bwk moto ke. Kang Ujung2, kau hidup permai sedap2 mkn nasi lemak. Org kau langgar, lumpuh. Or worse, meninggal.