CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57939|Reply: 394

Keranamu jah 2x tak pasai ustazah asma kena kecam,kesian!

  [Copy link]
Post time 10-4-2021 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Di telan mati anak di luah mata bapak kau
Hah apa kata anda...ayokkkk

Semoga ustazah tabah anggap saja ujian dalam berdakwah..
Aku jalan2 kat page yg sebarkan tu macam dah delete ..

Nah korang jamuan malam ni..


CERCAAN & TUDUHAN TERHADAP SAYA

Semalam dalam satu majlis, saya ditanya dan menjawab secara spontan dan santai soalan wartawan yang hadir. Pihak wartawan seperti biasa pasti akan menuliskan mengikut selera mereka bagi tujuan menarik perhatian dengan tajuk yang kontroversi, sedangkan saya lebih banyak fokuskan isu yang lain.

Saya tidak berniat nak masuk campur isu hangat ini, jauh sekali mencari publisiti. Kerana itu sepanjang isu ini saya tidak ada menuliskan apa di FB personal atau page rasmi Ustazah Asma' Harun. Saya tak sebelah mana, bukan fans, bukan haters.
.

Saya kemudian ada membaca tulisan dan comment netizen, termasuk cacian dan hinaan. Mengatakan saya makan duit haram, disuap, dibayar, diberi percuma, dipergunakan dll. Pelbagai ayat sinis dan berbaur fitnah. Saya tak print screen semua.

        

            

“Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. Bahkan, manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri.”

(Al-Qiamah: 13—14)

Demi Allah, saya tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pihak Fipper atau Neelofa sendiri. Tidak pernah berhubung atau berbincang tentang isu ini, yang terakhir adalah text mesej DM di IG sebelum beliau nikah tentang satu urusan, ia terhenti disitu sahaja.

Saya juga bukanlah kawan baik atau rapat beliau, tak pernah jumpa bersemuka, hanya berhubung beberapa kali atas urusan rasmi. Saya juga bukan penggemar selipar ini, kerana memang selesa berkasut.
.

Tolong baca artikel ini secara penuh  https://www.yoy.my/sandal-muslim-friendly-tidak-dianggap-tunggang-agama-ustazah-asma-harun/   cuba fahami apa yang saya sampaikan, isu utama bukan berkaitan selipar, tapi nasihat dan peringatan untuk diri saya dan semua MANUSIA YANG BERPENGARUH, tapi bab itu tidak pula diberi perhatian oleh netizen.
.

Untuk makluman, hingga kini saya sendiri tidak pernah menerima apa jua tawaran untuk menjadi duta produk atau perkhidmatan, jurucakap, juru backup, paid review, khidmat nasihat dll yang melibatkan bayaran.
.

Permintaan sebegini begitu banyak tak henti hingga kini dan melibatkan nilai yang tinggi. Kenapa?, demi menjaga dan menjauhi fitnah kepada agama, kami pegang kuat prinsip ini. Walaupun kadang ia datang disaat kami memerlukan bagi menanggung kos operasi. Begitupun, saya masih digelar penunggang agama.
.

Tuan Puan, Alhamdulillah Allah tetap berikan kami rezeki yang cukup melalui Galeri Ustazah Asma' Harun untuk dikongsi dengan lebih 60 orang staf, yang sebahagian besar tim kami melakukan kerja dakwah dan amal melalui NGO Sahabat Amal Care, tim media, penyelidikan, ekonomi, perternakan, perkampungan hijrah dll.
.

Tuan Puan, bahkan kami tak gunakan duit infaq orang ramai untuk kos operasi NGO SAC, jauh sekali untuk operasi syarikat. Semua ini menjadi satu amanah yang berat buat kami. Infaq ummah adalah untuk ummah.

TOLONG HENTIKAN

Saya tuliskan begini kerana kasihan melihat sesama Muslim berterusan menyebarkan kebencian dan permusuhan atas banyak isu,
contohnya sekarang, anda hina saya kerana tulisan satu portal maya akhbar, sedangkan anda sendiri tidak pernah kenal dan jumpa saya secara nyata. Tak pernah ada urusan dan hubungan, tapi memilih untuk membenci, menuduh dan menyampah tanpa sebab.

Firman Allah SWT:

      

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu.” [Surah al-Maidah: 91]
.

Saya mohon hentikan perbuatan ini bukan kerana diri saya, saya dah biasa dimaki dihina begini, tapi saya kasihan dengan jari jemari yang menulis dan memberi comment yang mengikut hawa nafsu.
.

Bayangkan keadaan menyedihkan begini,  berlaku saban hari di bulan mulia. Tinggal 2 hari lagi kita akan masuk ke bulan Ramadan yang penuh barakah. Adakah kita nak masuk Ramadan dalam keadaan begini?
.

Kebencian dan permusuhan atas isu politik, agama dan agamawan, isu semasa, dll. Fitnah, maki hamun, menghina dan menjatuhkan sesama muslim menjadi darah daging.

Surah al-Nur berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah:

                    

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]

      :         :"    ."  .

Dari Ibnu Mas‘ud r.a beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Mencela seorang muslim adalah sebuah kefasikan, dan membunuhnya adalah kekufuran.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

ASMA' BINTI HARUN
10 April 2021

...................................................................

TEKS PENUH TANPA EDIT DARIPADA SALAH SATU MEDIA MAYA AKHBAR

April 10, 2021

“Saya nampak ia biasa..” Isu Selipar ‘Muslim Friendly’, Asma Harun Kata Bukan Tunggang Agama.

Baru-baru ini telah tular mengenai isu mengenai selipar mesra muslim ataupun ‘muslim-friendly’ dan isu berkenaan telah menarik perhatian ramai.

Sementara itu, turut tidak ketinggalan untuk memberi sedikit pendapat, pendakwah terkemuka, Ustazah Asma Harun

Beliau berpendapat bahawa kontroversi selipar mesra muslim ataupun ‘muslim-friendly’ itu hanyalah salah faham dan tidak perlu dianggap sebagai ‘menunggang agama’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menurut penceramah bebas, Asma Harun berkata, walaupun itu menjadi hak peribadi mereka, namun sebagai individu yang boleh memberi pengaruh kepada masyarakat, mereka sepatutnya lebih berhati-hati.

“ALLAH bagi pengaruh kepada masyarakat sama ada artis, instafamous, influencer atau mereka yang ada dalam bidang perniagaan.”

“Tolong bertanggungjawab ke atas setiap yang kita kongsi di media sosial.”

“Walaupun kita kata itu hak peribadi, tapi kalau betul hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Semarak Ramadan@Anjung Bonda Nor di Bandar Prima Senawang di sini pada Jumaat.

Jelas beliau lagi, setiap perkongsian di media sosial juga boleh menimbulkan kekeruhan dan salah faham masyarakat.

Menurutnya, semakin tinggi kedudukan seseorang dalam masyarakat, semakin tinggi bebanan dan amanah yang perlu dijaga.

“Bila kita buat sesuatu dan mendapati positif lebih banyak dari negatif, teruskan. Tapi bila kita tengok ia 50-50, mula muhasabah diri dan betulkan semula niat kita,” katanya.

Sementara itu, Asma turut menyatakan kebimbangannya apabila ketika ini ramai individu yang inginkan mendapatkan perhatian walaupun terpaksa menggunakan cara yang salah.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada masyarakat supaya tidak terlalu taksub dengan individu tertentu sehingga menyokong kesalahan yang dilakukan.

“Taksub ini bahaya kerana ia boleh memecah belahkan. Rasulullah SAW juga mencela sifat taksub kerana apabila taksub kita hanya nampak kebaikan saja pada orang itu walaupun dia ada buat salah.”

“Jadi apabila kita lihat ada individu tertentu yang boleh mempengaruhi hidup kita atau sampai peringkat kita nak sentiasa ingat dan ikut.”

“Maka kita perlu bermuhasabah diri dengan melihat sejauh mana apa yang dibawa oleh individu itu boleh beri kebaikan kepada hidup kita, “ katanya.

Saya nampak isu selipar muslim friendly biasa

Apabila ditanya berkenaan kontroversi sebuah jenama selipar yang menggunakan perkataan ‘Muslm Friendly’ bagi mempromosikan produk, beliau berpendapat, ia tidak terlalu sensitif dengan agama.

“Bagi saya ia bergantung pada perspektif masing-masing. Saya mungkin terbuka dalam isu ini dan saya nampak ia biasa.”

Ia bukanlah perkara sampai peringkat penunggang agama dan salah syariat

“Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.”

“Pada saya, maksud disampaikan ialah selipar itu lebih kepada ‘muslimah friendly’ khusus bagi wanita yang memakai stoking,” katanya.

......

Terima kasih kerana sudi membaca hingga habis. Boleh tinggalkan comment Alhamdulillah, saya baca Habis. Ia sangat bermakna buat saya, sayang semua kerana Allah dan Rasulullah saw.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjangnya karangan setazah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2021 11:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka, ustazah asma tu pun memang attention seeker. iols tengok vid2 dia kat youtube, pasal kentut faraj pun ada, tapi punya la lambat dia nak terangkan dalil ke hujah etc. Baik aku pergi masak nasik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Puihpuihpuihpuihhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la... Iols kan setan.. So mmg mengantuk baca ayat cover diri sendiri sambil petik ayat2 Al Quran utk nampak diri sesuci embun pagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 10-4-2021 11:33 PM
Biasa la... Iols kan setan.. So mmg mengantuk baca ayat cover diri sendiri sambil petik ayat2 Al Qur ...

Ayat nak cover diri. Mesti la petik dalil atau ayat quran yg ada.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 11-4-2021 09:16 AM

Sorry lah sistezah celebrity dan pendakwah bebas yer ... meols mmg berkeladak   x minat sbb majority adalah opportunist. Kalu betol2 zuhud lgi bertawaduk ko pegi buat kerja dakwah ko, dpt payment ala kadar, ceramah sikit sebanyak kt mesjid/madrasah org lain yg tolong rakam upload video kt Utube/socmed cam ustaz Auni Mohammad dan Pak Su Mid tu. Ko x payah cari crowd, crowd yg cari ko.

Ko just hadir dan share ilmu ko pastu belah! Xde nye faedah bersekongkol usap2 ego artis dh mcm buat thesis phd punya berjela. Cari limelight jugak ketew? Pangkah!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
haznor replied at 10-4-2021 11:38 PM
Ayat nak cover diri. Mesti la petik dalil atau ayat quran yg ada.

Kan.. Geram betul dgn org2 mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh bukan ustazah asma ni ka yg ajar kelas tafsir arab apa tah dgn lofa ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.063330 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list