CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6556|Reply: 44

[Tempatan] Ibu tunggal,43, menang Mercedes Benz C200 FL AMG Line Simpanan SSPN-i-Plus. Menc

  [Copy link]
Post time 11-4-2021 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Ibu tunggal menang Mercedes Benz C200 FL AMG Line
Muhammad Yusri Muzamir - April 11, 2021 @ 2:49pm


KUALA LUMPUR : Seorang ibu tunggal membawa pulang sebuah kereta mewah menerusi Cabutan WOW! Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2020.

Sonita Sudin, 43, yang masih terkejut dengan kemenangan itu mengakui, tidak pernah mengimpikan memenangi hadiah cabutan terbabit kerana niat membuka akaun berkenaan hanya menyimpan untuk masa depan pendidikan tiga anaknya.

Pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang ini membawa pulang Mercedes Benz C200 FL AMG Line menerusi pakej caruman Intan dengan nilai serendah RM30 sebulan, mulai 2018.

"Saya membuka akaun SSPN-i ketika pihak PTPTN mengadakan pameran di kolej saya bekerja dan tertarik dengan penjelasan daripada pegawainya mengenai skim berkenaan yang memberi banyak manfaat seperti takaful dan pelepasan cukai.

"Saya mula-mula rasa macam scammer, selain selalu fikir situasi seperti ini akan berlaku kepada orang lain dan memang tak akan berlaku kepada saya.

"Sebenarnya, saya terharu kerana hajat terakhir arwah ibu mahu naik kereta Mercedes anaknya, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada 2013. Jadi mak saya tidak sempat nak naik," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sonita menyifatkan, amalan menabung sangat baik, terutama bagi mendidik anak supaya menyimpan secara berdisiplin demi masa depan pendidikan mereka.

"Di peringkat lebih tinggi (pengajian) perbelanjaan memang banyak, situasi di program matrikulasi ada sesetengah ibu bapa yang tidak bersedia.

"Kalau menabung serendah RM30 sebulan dari kecil, sekurang-kurangnya umur 18 tahun dia ada simpanan antara RM7,000 hingga RM8,000 dalam tangan. Sikap menabung semasa anak kecil sangat penting.

"Saya rasa perlu menabung (dengan SSPN) kerana ada manfaat perlindungan takaful disamping simpanan. Sekiranya apa-apa berlaku kepada pendeposit, waris sekurang-kurangnya boleh menikmati manfaat," katanya.

Penyerahan hadiah cabutan berkenaan disempurnakan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automatif NZ Wheels Sdn Bhd, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan.

Selain Sonita, guru dari Sekolah Kebangsaan Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, Kedah, Muhammad Zulfadli Hadri Abdul Rahim, 35, memenangi tempat kedua cabutan itu dan membawa pulang wang tunai RM50,000.

Lim Kee Hau, 43, yang berkerja sendiri pula memenangi tempat ketiga cabutan berkenaan dan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000.

Terdahulu, Ahmad Dasuki ketika berucap menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu, memaklumkan, SSPN-i Plus kini mempunyai 636,496 akaun, membabitkan jumlah simpanan bernilai RM645.9 juta, hingga Februari lalu.

Katanya, PTPTN terus melakar kejayaan dengan mencatatkan kutipan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tertinggi tahun lalu, membabitkan nilai RM1.99 bilion dengan 436,101 akaun baharu, sejak diperkenalkan pada 2004.

"Kita menerima deposit SSPN bernilai RM402.8 juta, membabitkan 39,224 akaun baharu, antara Januari hingga Februari lalu, manakala secara keseluruhan, sebanyak 4.86 juta akaun SSPN dibuka dengan deposit bernilai RM8.28 bilion dibuka hingga Februari lalu.

"Pencapaian ini membuktikan SSPN berada di landasan tepat sebagai produk simpanan berdaya saing setanding produk simpanan lain di pasaran, selain menyasarkan 400,000 akaun baharu dibuka dengan jumlah simpanan bernilai RM1.8 bilion, tahun ini.

"Orang ramai kini mempunyai lebih kesedaran menabung kerana melihat simpanan sebagai satu keperluan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah best nya menang. I mmg ditakdirkan susah nak menang cabutan2 bertuah ni. Mmg tak bertuah. Sekali je pernah menang dpt iron.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 04:05 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 11-4-2021 03:42 PM
Wah best nya menang. I mmg ditakdirkan susah nak menang cabutan2 bertuah ni. Mmg tak bertuah. Sekali ...

aku pernah dapat paper A4 je weh...itupon dah kire bertuah sgt AHAHHAH
sebab jarang2 gilerrr bertuah nya


tp ada satu tu..dapat camera instax tu...smpai now tak guna2...xtau la elok lg ke idak


sebab sayang nak gune heheh
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 04:07 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 11-4-2021 03:42 PM
Wah best nya menang. I mmg ditakdirkan susah nak menang cabutan2 bertuah ni. Mmg tak bertuah. Sekali ...

takdir pe bendanya dapat iron tu pun dah bersyukur . yang menyertai berjuta rakyat malaysia chances nk menang tu mmg high competition jadi cara betul buka banyak akaun, akaun kucing, jiran, pak sedara nek sedara, mak sedara madu friska jusa C minus, vokuru lepas tu rolling hari ni masuk akaun A esok keluarkan masuk akaun B sampailah abang jamil bermadu.

chances nak menang lg cerah guna teknik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
merrissa replied at 11-4-2021 08:05 AM
aku pernah dapat paper A4 je weh...itupon dah kire bertuah sgt AHAHHAH
sebab jarang2 gilerrr bert ...

Kannn.. pernah baca kat paper ada sorang tu mmg jenis yg masuk apa2 cabutan mesti dpt.. tak silap pernah dpt 2 ke atau 3 biji kereta dah.. bertuah sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-4-2021 08:07 AM
takdir pe bendanya dapat iron tu pun dah bersyukur . yang menyertai berjuta rakyat malaysia  ...

Tq sis cili atas tips utk menang cabutan. Nanti akan diusahakan mcm mana. Sis vokuru dah lama lenyap mungkin dah bersemadi dlm alam roh. Kalau letak nama dia, mungkin terpaksa faraid nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2021 04:34 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 11-4-2021 04:22 PM
Tq sis cili atas tips utk menang cabutan. Nanti akan diusahakan mcm mana. Sis vokuru dah lama leny ...

jiran kaka xsilap dapat rm 1 juta peraduan bank islam. gilos. kaka nak onz juga.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-4-2021 04:34 PM
jiran kaka xsilap dapat rm 1 juta peraduan bank islam. gilos. kaka nak onz juga.

terus jadi kaya lah....rezeki


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2021 06:04 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 11-4-2021 03:42 PM
Wah best nya menang. I mmg ditakdirkan susah nak menang cabutan2 bertuah ni. Mmg tak bertuah. Sekali ...

Iols pun sejenis x bertuah dlm cabutan bertuah ni...ditakdirkan walau hanya 2 org je yg masuk cabutan, the other person tu yg pasti menang

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 11-4-2021 10:04 AM
Iols pun sejenis x bertuah dlm cabutan bertuah ni...ditakdirkan walau hanya 2 org je yg masuk cabu ...

Ya you.. i tak de istilah berdebar masa org buat cabutan lucky draw ke masa annual dinner. Hehe.. rilek2 je makan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kira judi juga x?....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-4-2021 06:40 PM
Ni kira judi juga x?....

Tidak Noor....Tidak ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-4-2021 06:40 PM
Ni kira judi juga x?....


Tidak Noor....Tidak ....



Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 11-4-2021 07:02 PM
Tidak Noor....Tidak ....

Hehe....ate...bolehla kita joinT lepas ni...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
She got the mercedes bends.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 07:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2021 07:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 07:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 07:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 07:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.085319 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list