View: 6558|Reply: 44
|
[Tempatan]
Ibu tunggal,43, menang Mercedes Benz C200 FL AMG Line Simpanan SSPN-i-Plus. Menc
[Copy link]
|
|
Ibu tunggal menang Mercedes Benz C200 FL AMG Line
Muhammad Yusri Muzamir - April 11, 2021 @ 2:49pm
KUALA LUMPUR : Seorang ibu tunggal membawa pulang sebuah kereta mewah menerusi Cabutan WOW! Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2020.
Sonita Sudin, 43, yang masih terkejut dengan kemenangan itu mengakui, tidak pernah mengimpikan memenangi hadiah cabutan terbabit kerana niat membuka akaun berkenaan hanya menyimpan untuk masa depan pendidikan tiga anaknya.
Pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang ini membawa pulang Mercedes Benz C200 FL AMG Line menerusi pakej caruman Intan dengan nilai serendah RM30 sebulan, mulai 2018.
"Saya membuka akaun SSPN-i ketika pihak PTPTN mengadakan pameran di kolej saya bekerja dan tertarik dengan penjelasan daripada pegawainya mengenai skim berkenaan yang memberi banyak manfaat seperti takaful dan pelepasan cukai.
"Saya mula-mula rasa macam scammer, selain selalu fikir situasi seperti ini akan berlaku kepada orang lain dan memang tak akan berlaku kepada saya.
"Sebenarnya, saya terharu kerana hajat terakhir arwah ibu mahu naik kereta Mercedes anaknya, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada 2013. Jadi mak saya tidak sempat nak naik," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Sonita menyifatkan, amalan menabung sangat baik, terutama bagi mendidik anak supaya menyimpan secara berdisiplin demi masa depan pendidikan mereka.
"Di peringkat lebih tinggi (pengajian) perbelanjaan memang banyak, situasi di program matrikulasi ada sesetengah ibu bapa yang tidak bersedia.
"Kalau menabung serendah RM30 sebulan dari kecil, sekurang-kurangnya umur 18 tahun dia ada simpanan antara RM7,000 hingga RM8,000 dalam tangan. Sikap menabung semasa anak kecil sangat penting.
"Saya rasa perlu menabung (dengan SSPN) kerana ada manfaat perlindungan takaful disamping simpanan. Sekiranya apa-apa berlaku kepada pendeposit, waris sekurang-kurangnya boleh menikmati manfaat," katanya.
Penyerahan hadiah cabutan berkenaan disempurnakan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automatif NZ Wheels Sdn Bhd, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan.
Selain Sonita, guru dari Sekolah Kebangsaan Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, Kedah, Muhammad Zulfadli Hadri Abdul Rahim, 35, memenangi tempat kedua cabutan itu dan membawa pulang wang tunai RM50,000.
Lim Kee Hau, 43, yang berkerja sendiri pula memenangi tempat ketiga cabutan berkenaan dan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000.
Terdahulu, Ahmad Dasuki ketika berucap menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu, memaklumkan, SSPN-i Plus kini mempunyai 636,496 akaun, membabitkan jumlah simpanan bernilai RM645.9 juta, hingga Februari lalu.
Katanya, PTPTN terus melakar kejayaan dengan mencatatkan kutipan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tertinggi tahun lalu, membabitkan nilai RM1.99 bilion dengan 436,101 akaun baharu, sejak diperkenalkan pada 2004.
"Kita menerima deposit SSPN bernilai RM402.8 juta, membabitkan 39,224 akaun baharu, antara Januari hingga Februari lalu, manakala secara keseluruhan, sebanyak 4.86 juta akaun SSPN dibuka dengan deposit bernilai RM8.28 bilion dibuka hingga Februari lalu.
"Pencapaian ini membuktikan SSPN berada di landasan tepat sebagai produk simpanan berdaya saing setanding produk simpanan lain di pasaran, selain menyasarkan 400,000 akaun baharu dibuka dengan jumlah simpanan bernilai RM1.8 bilion, tahun ini.
"Orang ramai kini mempunyai lebih kesedaran menabung kerana melihat simpanan sebagai satu keperluan," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah best nya menang. I mmg ditakdirkan susah nak menang cabutan2 bertuah ni. Mmg tak bertuah. Sekali je pernah menang dpt iron. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah dapat paper A4 je weh...itupon dah kire bertuah sgt AHAHHAH
sebab jarang2 gilerrr bertuah nya
tp ada satu tu..dapat camera instax tu...smpai now tak guna2...xtau la elok lg ke idak
sebab sayang nak gune heheh
|
|
|
|
|
|
|
|
takdir pe bendanya dapat iron tu pun dah bersyukur . yang menyertai berjuta rakyat malaysia chances nk menang tu mmg high competition jadi cara betul buka banyak akaun, akaun kucing, jiran, pak sedara nek sedara, mak sedara madu friska jusa C minus, vokuru lepas tu rolling hari ni masuk akaun A esok keluarkan masuk akaun B sampailah abang jamil bermadu.
chances nak menang lg cerah guna teknik tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
merrissa replied at 11-4-2021 08:05 AM
aku pernah dapat paper A4 je weh...itupon dah kire bertuah sgt AHAHHAH
sebab jarang2 gilerrr bert ...
Kannn.. pernah baca kat paper ada sorang tu mmg jenis yg masuk apa2 cabutan mesti dpt.. tak silap pernah dpt 2 ke atau 3 biji kereta dah.. bertuah sungguh.. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 11-4-2021 08:07 AM
takdir pe bendanya dapat iron tu pun dah bersyukur . yang menyertai berjuta rakyat malaysia ...
Tq sis cili atas tips utk menang cabutan. Nanti akan diusahakan mcm mana. Sis vokuru dah lama lenyap mungkin dah bersemadi dlm alam roh. Kalau letak nama dia, mungkin terpaksa faraid nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
jiran kaka xsilap dapat rm 1 juta peraduan bank islam. gilos. kaka nak onz juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 11-4-2021 04:34 PM
jiran kaka xsilap dapat rm 1 juta peraduan bank islam. gilos. kaka nak onz juga.
terus jadi kaya lah....rezeki
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun sejenis x bertuah dlm cabutan bertuah ni...ditakdirkan walau hanya 2 org je yg masuk cabutan, the other person tu yg pasti menang
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 11-4-2021 10:04 AM
Iols pun sejenis x bertuah dlm cabutan bertuah ni...ditakdirkan walau hanya 2 org je yg masuk cabu ...
Ya you.. i tak de istilah berdebar masa org buat cabutan lucky draw ke masa annual dinner. Hehe.. rilek2 je makan. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 11-4-2021 06:40 PM
Ni kira judi juga x?....
Tidak Noor....Tidak .... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 11-4-2021 06:40 PM
Ni kira judi juga x?....
Tidak Noor....Tidak ....
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 11-4-2021 07:02 PM
Tidak Noor....Tidak ....
Hehe....ate...bolehla kita joinT lepas ni...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
She got the mercedes bends....... |
|
|
|
|
|
|
| |
|