CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2749|Reply: 16

[Tempatan] Lelaki disangka pelanduk mati ditembak abangnya sendiri

[Copy link]
Post time 11-4-2021 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki disangka pelanduk mati ditembak
https://www.kosmo.com.my/2021/04 ... nduk-mati-ditembak/

Oleh ALICIA JOHNY KUEH
11 April 2021, 5:01 pm

Anggota bomba menguruskan mayat mangsa yang ditembak mati. - BOMBA BAU

KUCHING – Seorang lelaki mati ditembak abangnya sendiri ketika berburu di kawasan hutan di Kampung Stenggang, Bau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superitendan Poge Nyaon berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 11 malam.

Siasatan awal mendapati lelaki berusia 60 tahun dan mangsa iaitu adiknya berusia 55 tahun pergi ke lokasi kejadian pada pukul 7 malam untuk memburu pelanduk.

Si mati kemudiannya pergi mencari katak di sungai.

“Semasa menunggu pelanduk, suspek terdengar sesuatu bunyi di sungai dan ternampak kelibat seperti pelanduk sebelum melepaskan satu das tembakan.

“Lelaki itu kemudian terdengar jeritan dan mendapati adiknya berlumuran darah dalam keadaan terlentang di tebing sungai dengan jarak lebih kurang 15 meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suspek kemudian bergegas balik ke rumah untuk memaklumkan perkara itu kepada adik -beradik yang lain sebelum membuat laporan polis.

“Suspek telah ditangkap di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Stenggang sekitar pukul 11.50 malam pada malam kejadian.

“Antara barangan yang dirampas adalah satu laras senapang patah dipercayai senapang buatan sendiri, 10 butir peluru, dua unit lampu suluh dan satu tambok plastik berwarna hijau,” katanya lagi.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan serta Seksyen 8(a) dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960. K! ONLINE.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
apa abang dia ingat 'pelanduk 2 serupa' ke??? apa da korang ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan pertama kali I dengar kes begini. Keluarga terdekat I menjerat ayam hutan. Balik rumah, anak yang menggelupur macam tak cukup nafas. But still, permintaan payau agak tinggi nak nak menjelang hari raya #tiber
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pun iols mencebik bila dengar berita macam ni. Apa mata pemburu tu kero ke sampai tak dapat bezakan manusia dengan haiwan?? Sampailah satu hari keluarga sendiri yang terkena. Nasib tembakan tersasar kalau tak memang keluar surat khabar juga bapa tertembak anak sendiri. Bila kitorang tanya apa yang pakcik tu nampak, heols cakap babi hutan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutan ni biasa ada makhluk lain juga yang tinggal kan. Takut kadang2 ada gangguan yg menyerupai
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dia lari blk rmh x terus call ambulance dulu ka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2021 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
byk dah iols terdengar kes mcm ni.. katanya mainan setan mata nampak mcm binatang padahal tu manusia.. sebab tu nk masuk hutan kene baca doa dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 06:07 AM | Show all posts
haifawehbe replied at 12-4-2021 04:37 AM
byk dah iols terdengar kes mcm ni.. katanya mainan setan mata nampak mcm binatang padahal tu manusia ...

Betul tu..
Ni semua mainan mata..
Takkan takle nak bezakan pelanduk dan manusia..
Sebab tu sebelom jejak hutan tu doa banyak banyak pastu kawan yg ikut tu jangan berpecah...
Jika berpecah pakaila baju berwarna..senang nampak macam MERAH/KUNING ..dua warna yang tak boleh menipu mata kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg..kalau gi hutan biasa mcm ni sbb tu ada petua dan ayat2 quran kena baca
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk kes mcm ni sebenar nya
Mulut kena jaga betul2
Pernah dgr dari mulut org selalu pergi memburu ni ada member sorang memuji seekor pelanduk sangat cantik katanya tak tertanding kecantikan pelanduk tu.
Mission utk memburu mlm tu pun terpaksa batal walaupun dh stgh jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:38 AM | Show all posts
Ya Allah..kesian nya
tp byk kes mcm ni..
dulu kat kpg aku pun ada mcam ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 11:22 AM | Show all posts
jgn main2 weii dlm utan nih...pngalaman somi aku y jd komando, dia n kwn dia trlelap kt pokok besar dlm utan mase dia trsedar dia nmpak kwan2 dia duk lalu lalang kt depan mata dia pnggil diaorg x dgr n x nmpak...bygkn sampai abis sora dia duk panggil, kwn2 dia x dgr jgk alih2 ade sorang dlm group tu laungkn azan baru lh diaorg nmpak somi n kwn dia, tp somi aku dh lmbik lh...dlm utan nih mcm2 ade tau, nk masuk utan kena baca ayat2 pndinding mintak doa kt Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 12:14 PM | Show all posts
Memburu dalam hutan sampai hari gelap mustahil diorang ni orang biasa-biasa, tak boleh beza orang dan binatang. Allah lebih tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk hutan bak menembak main rodong tadak ilmu.. baca lah 7 salamun.. banyak dah dengar cerita geng pemburu ni tertembak kawan. Sedangkan haiwan yg dah ditembak di hutan disembelih, dilapah boleh hidup semula lari ke hutan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:22 PM | Show all posts
Pergi memburu kena duduk sekumpulan tak boleh berpecah.  Selalu jadi kes macam ni ahli kumpulan disangka haiwan buruan bila berpecah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata org2 tua.bila memburu dlm hutan..jgn ikut pelanduk yg melintas sungai,buruk jembalangnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 03:45 PM | Show all posts
Macam cerita Tamar Jalis dulu2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074587 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list