CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8820|Reply: 57

[Tempatan] Rakyat Kelantan mungkin beraya dalam PKP

  [Copy link]
Post time 11-4-2021 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat Kelantan mungkin beraya dalam PKP

https://www.utusan.com.my/terkin ... n-beraya-dalam-pkp/

Oleh ZAAIN ZIN dan ROHANA MOHD. NAWI
11 April 2021, 7:01 pm


TAPAK Madinah Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu ditukar menjadi PKRC bagi menempatkan pesakit Covid-19 tidak bergejala.

KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin dikuatkuasakan kembali di Kelantan jika kes Covid-19 di negeri ini terus melonjak tinggi dengan mencatat tiga angka setiap hari.

Sekiranya itu berlaku, rakyat Kelantan sekali lagi terpaksa menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana PKP sebagaimana yang pernah dilalui pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, buat masa ini, kerajaan negeri terpaksa mengambil langkah drastik membatalkan bazar Ramadan dan bazar Aildilfitri tahun ini.


IZANI HUSIN

Sementara itu kata beliau, program tahunan Madinah Ramadan juga dibatalkan dan lokasi di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini telah ditukar menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Katanya, kes Covid-19 di Kelantan dianggap serius apabila selama tiga hari berturut-turut, negeri ini mencatatkan tiga angka dengan jumlah terkumpul lebih 400 kes hanya dalam tempoh singkat tersebut.

Malah tambah beliau, kadar kebolehjangkitan pandemik itu di Kelantan kini melonjak tinggi 1.12 berbanding kebiasaan iaitu antara 0.7 hingga 0.8.

“Saya sebagai wakil kerajaan memohon maaf atas pembatalan bazar Ramadan dan Aidilfitri ini. Kita mengambil maklum mengenai peluang ekonomi rakyat dan setakat ini masih membenarkan mereka berniaga sama ada di restoran atau gerai tepi jalan.

“Sama ada PKP atau tidak, Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan tentukan. Laporan semasa dihantar kepada MKN setiap hari untuk diteliti dan terpulang kepada MKN.

“Kalau kes terus mendadak tinggi, fasiliti hospital tidak mencukupi dan kadar kebolehjangkitan terus meningkat, boleh jadi kita ke arah itu (PKP),” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Susulan itu, Dr. Izani memberitahu kerajaan negeri akan memulangkan bayaran deposit kepada peniaga dan penjaja yang terlibat dalam Bazar Ramadan dan Bazar Aidilftri serta semua program-program kerajaan yang dibatalkan.

Mengulas lanjut situasi Covid-19 di Kelantan, Dr. Izani berkata, dengan kes meningkat begitu mendadak, keadaan fasiliti kesihatan seperti hospital dan PKRC di seluruh negeri kini kritikal apabila secara purata mencapai lebih 70 peratus kadar penggunaan.

“Ada hospital dan PKRC capai 80 peratus, malah ada yang sudah 100 peratus.

“Katakan kes ini meningkat tiga angka sehari dalam tempoh lima hari berturut-turut, maka semua fasiliti kita akan tepu. Keadaan ini sangat kritikal bagi Kelantan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2021 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu usaha yang nyata untuk menghalang sskjp perantau balik beraya bawak kes baru... yang pasti Nilopa dan keluarga akan terlepas juaaa... berkat menega selipar syorga friendly...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah memang seluruh negara pkp..nak citer apa??
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tahun ni kurang sikit la kot keje sukarelawan yg tolong bersih jalan dari kuala lipis otw ke gua musang tu. plastik hitam besar boleh la kurang 1 pek dari tahun2 sebelumnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita baik untuk aku..
Memang taknak balik kg pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2021 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru plan nak balik ni, kutip barg2 x pakai nak jual balik...

Tgh cari modal ni...

Nmpk gaya lps raya ler baru balikk
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:46 PM | Show all posts
Dengarnya kat Kelantan buat kenduri kendara takde SOP lansung. Kes naik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
alang2 tu harap tak bagi kunjung mengunjung skali yeee, kosser nak hadap segerombolan sedara mara bodoh SOP datang beraya, baik aman2 raya dlm rumah dendiam
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementara kat lembah klang ni elok je rakyat jelata meneruskan hidup normal macam sebelum PKP.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:56 PM | Show all posts
raya pose xpo
jange raya aji... mengamuk kawe kawe nati sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kaishi replied at 11-4-2021 09:39 PM
Aku baru plan nak balik ni, kutip barg2 x pakai nak jual balik...

Tgh cari modal ni...

Lepas raya posa ke lepas raya haji
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak gi gunting rambut kat bandar kb sebab yang dekat rumah ni tak buka. Kena fikir banyak kalilah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 11-4-2021 09:56 PM
raya pose xpo
jange raya aji... mengamuk kawe kawe nati sokmo

Lupa lak iols sambut raya haji camne tahun lepas.

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Seluruh negara la senang jgn bagi beraya
Raya lain takpe biar bebas rentas fly
Raya posa jangan bagi lah
Puas hati semua kan
Adan uke
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:07 PM | Show all posts
set2 yg ade business

berbondong dah balik KB nak sambut posa kat sana....

alasan bisness katanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 11-4-2021 09:46 PM
Dengarnya kat Kelantan buat kenduri kendara takde SOP lansung. Kes naik.


mmgla nnt anak menantu takleh berjimak malam pertama kalau tak buat majlis, rukun nikah melayu agittew. tak boleh buat kecik2 limit sampai adik beradik je. nak jugak habis semua tingkat sedara dan pupu diajak even luar negeri suruh direntasnya, kawan dari zaman tadika sampai la colleague sblm pencen pon ajakkk, padahal yg kawinnya anak dia. tak campur lagi kenalan pengantin sendiri, ajak ramai dapat banyak hadiah khennnn. aku sendiri ban semua kenduri siap maki dlm hati tukang jemput sbb mendatangkan risiko kat parents aku tapi parents aku susah betolll nak suruh jgn pegi kenduri haihh katanya tak baik tak pegi bila dijemput ughhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
MengkuduMasam replied at 11-4-2021 10:07 PM
set2 yg ade business

berbondong dah balik KB nak sambut posa kat sana....

Founder2 produk sakan lh nnt gtuuu..time tu lah nk jual jus kurus, susu, bedak sejuk, sanitizer eh mcm2 lah..... pelik polis kt balai tu x main med soc ke apa bleh pcaya bg lulus
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:47 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-4-2021 10:02 PM
Lupa lak iols sambut raya haji camne tahun lepas.

tahun lepas boleh je balik raya haji
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 11-4-2021 10:08 PM
mmgla nnt anak menantu takleh berjimak malam pertama kalau tak buat majlis, rukun nikah melayu a ...

Smlm aku baca ramai yg buat kenduri2 kawin ambik dgn aligrandhall kna game..time2 kobid ni pun x reti2 nk berjimat, nk jgk buat besar2an, sudahnya kna game...adan uke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.184793 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list