CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31062|Reply: 215

[Tempatan] Isu tidak tahu berbahasa Melayu :Sedar sikit kaki pijak atas tanah mana – Che Pu

  [Copy link]
Post time 12-4-2021 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Itu peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan luahkan selebriti versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim berhubung isu tidak tahu berbahasa Melayu dalam kalangan segelintir orang Malaysia yang sedang hangat diperkatakan dalam Twitter.

Wanita kelahiran Dublin, Ireland itu menegaskan, sesiapa sahaja yang berpihak di bumi Malaysia seharusnya sedar diri, berasa bangga dan tidak malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

“Apa pulak cerita tak nak cakap BM kononnya tak cukup ‘atas’.

“Helo, cuba sedar sikit kaki tu berpijak di ‘atas’ tanah mana! OMG! Kita patut bangga!,” tempelaknya dalam satu ciapan dalam Twitter.

Sarimah, 43, juga tampil mempersoalkan kerelevanan sesetengah rakyat Malaysia yang berasakan pertuturan dalam bahasa Melayu seperti tiada kelas.

“Saya tak tahu tentang orang lain tapi saya berasa sangat bangga apabila bercakap dalam bahasa Melayu (BM). Saya hanya bersekolah lima tahun di sekolah kebangsaan (SK) dan selebihnya di luar negara,” katanya yang cukup sinonim sebagai hos Anugerah Juara Lagu ketika di puncak populariti.

Pengacara, pelakon dan penyanyi Malaysia berbintang Aquarius kacukan Melayu-Irish itu mengakui menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sehariannya bersama rakan-rakan.

“Tengok saya  cakap dengan penuh BM bersama rakan-rakan saya. Gua memang suka wei, bangga siut,” ciap Sarimah yang pernah mendapat pendidikan awal di Emirates International School, Dubai dan Wesley College Dublin.

Pencapaian akademik tertingginya ialah Advanced Dip. Psychology (HELP University & College of Applied Arts Singapore).

Sarimah kini bergelar ibu kepadaTunku Sofia Najihah, 2, hasil perkahwinannya dengan dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.

Terdahulu, segelintir netizen mencetuskan provokasi di Twitter yang bermula dengan ciapan seorang pengguna laman sosial menceritakan pengalamannya berdepan seorang wanita berketurunan Cina yang tidak faham pertuturannya ketika sedang menaiki lif.

Ciap individu tersebut: “Dalam lif, ada perempuan Cina masuk. Sebagai seorang lelaki budiman, saya tanya: ‘Tingkat mana, cik?’”

Wanita itu membalas: “Sorry I don’t understand what are you saying (Maaf saya tidak faham apa yang anda katakan)”

Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang lagi pengguna Twitter bertindak membalas (sub-tweet) ciapan berkenaan dengan mengatakan, bawah Perlembagaan Persekutuan, tiada keperluan langsung rakyat Malaysia untuk bercakap bahasa Melayu.

“There is no requirement for a Malaysian to speak Malay – at all. (Tiada keperluan untuk rakyat Malaysia bercakap bahasa Melayu langsung)

“Zero. As long as you have a blue IC, you are a citizen of Malaysia. (Kosong. Selagi anda ada kad pengenalan berwarna biru, anda warganegara Malaysia).

Pengguna Twitter itu turut mendakwa, idea untuk rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu bercakap dalam BM ialah sesuatu yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika pemerintahan pertamanya.

“Ironinya, dia (Tun) tidak langsung seorang Melayu – dia orang India,” ciap individu itu dengan yakin. – K! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2021/04/11/sedar-sikit-kaki-pijak-atas-tanah-mana-sarimah-ibrahim/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 01:02 AM | Show all posts
dia ni iols suka dari dahulu kala lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:12 AM | Show all posts
Bongkaknya orang yang memperlekehkan bahasa melayu tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka dia ni dari minah brian acah acah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ckp takde keperluan bahasa melayu tu, takkan tak tau bahasa malaysia tu bahasa kebangsaan? Bkn stakat bahasa kebangsaan, bahasa rasmi Malaysia lg. Mmg la tak tulis wajib berbahasa melayu, tapi kalau dh gazet as bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ko nak buat bodo je ke.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau duduk Malaysia macamana pun mmg akan ada keperluan ckp bahasa Melayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang nak keje kat Indon pon wajib belajar bahasa INDONESIA. Jepun pon sama.. Bila tang Malaysia tak der keperluan lak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya org y ckp xde keperluan tuh..ko nak ckp bahasa lain n geli nak ckp melayu,sila berambus drpd sini! Lg satu,bila bercakap tu,boleh tak tlg jgn sengaja pelat acah2 terencat lidah bila cakap tu? Kalau ckp omputeh boleh sebut R dan T dengan clear, kenapa time ckp melayu nak kena pelat mcm berbelit2 lidah?? Terencat otak sama lidah?cacat kah anda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada kawan berbangsa cina from thai & indo, both of them lgsg tak reti ckp mandarin & nama pun dlm thai/indo.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan x serius la nak memperkasakan bahasa melayu ni dari dulu. Tapi skrg memang dah jadi normal semakin ramai org guna bahasa inggeris bila berkominikasi. Patut dulu sebelum kawin orang wajib pass A2 level pastu nak upgrade jadi pemastautin tetap pulak wajib lepas level B2. Skrg semua dah dok beranak pinak semua dah IC biru tabu bm hancuss
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bior depa tak paham
Kita teruskan berbahasa malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 06:28 AM | Show all posts
LaRRa. replied at 12-4-2021 01:02 AM
dia ni iols suka dari dahulu kala lagi

Zaman sekolah dulu dia gemuk. Masuk entertainment baru kurus. Dia mmg sempoi kata budak2 lotsa mix
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 06:30 AM | Show all posts
Biasa melayu yang tak cakap melayu kat rumah ni kerabat. Anak2 cakap melayu berslanga english..garit sungguh la
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak ada keperluan berbahasa kebangsaan.. Maka apa kata minta kerakyatan negara lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:04 AM | Show all posts
bawang__ replied at 12-4-2021 02:58 AM
nak bandingkan kaum cina & india, kaum cina lagi banyak yang tak reti BM. aku keje hospital kerajaan ...

setuju. siap kalau nampak dari jauh dah cakap wa tatau malayu. aku terus tgk ic. kalau boss2 yg senior bantai aje, duduk lama tak reti cakap melayu ke?

buat malu kat org asing datang malaysia dah fasih.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Lidah sepet mmg pyh nk ckp melayu eek? Kwn2 India aku ok je. Siap blh nyanyi lagu tegar lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 08:15 AM | Show all posts
shernazz replied at 12-4-2021 06:06 AM
Bior depa tak paham
Kita teruskan berbahasa malaysia..

kalau aku la jumpe org mcm tu, aku tanya balik, are you foreigner? from china? hallo, vannekam,eh arigato hazamas....what level u want i press hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah jumpa CP Sarimah time dia tgh famous.Mmg cantik dan senyum sokmo.Nampak pada orgnya, easy going dan tak sombong.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:20 AM | Show all posts
Mmg xguna la duduk malaysia tak reti cakap bahasa. Tang ni mmg dodol hina ludah jah puak2 acah bagus ni. Pui!
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 12-4-2021 01:48 AM
Bodohnya org y ckp xde keperluan tuh..ko nak ckp bahasa lain n geli nak ckp melayu,sila berambus drp ...

Kan...Tak nak pulak berambus dr negara ni.Dasar tak sedar diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.337909 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list