CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4932|Reply: 34

[Tempatan] Pakar Kesihatan: Bimbang Risiko Peningkatan Kes, Covid-19 Pada Bulan Ramadan

[Copy link]
Post time 12-4-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pakar kesihatan awam melahirkan kebimbangan mengenai risiko peningkatan kes COVID-19 pada bulan Ramadan yang dijangka bermula Selasa ini.

Ia berikutan aktiviti berkumpulan yang mungkin berlaku ketika mengunjungi bazar Ramadan, keluarga dan rakan yang lebih kerap berkumpul untuk berbuka puasa bersama.

Pakar Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata trend peningkatan kes turut dikhuatiri akan berlaku di negeri yang berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) melalui pergerakan penduduk dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas urusan kerja.

"Perkara ini akan menyebabkan kluster di tempat kerja turut meningkat.

"Masalahnya, jumlah rakyat yang menerima vaksin di negeri terbabit masih rendah, jadi dikhuatiri wabak meningkat dan kesan penyakit dengan tahap keparahan yang teruk boleh berlaku," katanya kepada BH hari ini.

Dr Sharifa Ezat berkata, bagi mengelak jangkitan semakin meningkat, aktiviti berkumpulan perlu dielakkan, selain kekal dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial.

"Rata-rata kes meningkat kerana tidak diketahui status, malah ada juga kes positif yang dikuarantin di rumah tetapi masih berlegar di luar rumah.

"Pada pendapat saya, lebih baik jika rakyat digalakkan menjalani ujian saringan COVID-19 secara sukarela di klinik swasta dan memantau jangkitan terutama yang tidak bergejala.

"Galakan pemberian vaksin juga harus ditingkatkan, contohnya membenarkan hospital dan klinik swasta memberi vaksin serta menggalakkan 'walk in' bagi menyegerakan proses menerima suntikan vaksin," katanya.

Ditanya sama ada kebenaran untuk bazar Ramadan dan Aidilfitri perlu dibatalkan, beliau berkata keputusan itu akan menjejaskan perniagaan, terutama bagi peniaga kecil.

"Perniagaan itu boleh diteruskan, namun dengan kawalan lebih ketat seperti mengehadkan jumlah pengunjung di kedai atau gerai pada satu-satu masa mengikut keluasan premis serta menggalakkan pembelian secara bungkus," katanya yang turut berpendapat kebenaran rentas negeri sukar diberikan menjelang Aidilfitri berdasarkan trend semasa kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Beliau berkata, satu kaedah yang mungkin boleh dilakukan bagi mereka yang mahu merentas negeri diwajibkan menjalani ujian saringan ujian RTK-Antigen dan RT-PCR dalam tempoh tiga hari sebelum merentas.

"Jika keputusan negatif, maka mereka boleh merentas negeri, bagaimanapun ujian ini mahal dan membebankan," katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Aidalina Mahmud pula mencadangkan aktiviti berkumpul tidak dibenarkan ketika Ramadan kerana SOP sering kali gagal dipatuhi.

"Ini bukan masanya untuk berkumpul. Banyak negara di Eropah dan Timur terpaksa melaksanakan semula kawalan pergerakan kerana peningkatan kes.

"Ketika ini, kes di negara ini masih empat angka setiap hari walaupun Kementerian Kesihatan tidak melakukan saringan sebanyak dulu," katanya.

Beliau berkata, bazar Ramadan boleh dibenarkan, namun ia perlu dalam kapasiti yang kecil, selain sistem penggiliran antara peniaga.

"Sebagai contoh, berbanding berniaga selama 30 hari mungkin seorang peniaga boleh berniaga selama seminggu dan masa lain diberikan kepada peniaga lain pula.

Jika tidak berniaga di bazar, khidmat penghantaran boleh dilakukan. Kapasiti di bazar boleh dikurangkan, contohnya jika ada 40 tapak, ia boleh dikurangkan kepada 20 tapak saja," katanya yang berpendapat aktiviti rentas negeri masih tidak boleh dibenarkan menjelang Aidilfitri.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/...pakar-kesihatan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu tunggu bulan Ramadhan kes nak naik coz sekarang ni aktiviti perkumpulan secara fizikal dah lama berlaku semenjak GOMEN longgarkan seperti bermesyuarat, training etc
Kluster tempat kerja setiap hari ada
Baru2 ni staffs company aku terpaksa kuarantin akibat jadi close contact di sebabkan customer GEDIK nak adakan mesyuarat secara bersemuka dan akibat selepas itu salah seorang BOD syarikat customer yang hadiri meeting tu di dapat positive Covid
Macam haramjadah aje semuanya nak di buat secara bersemuka sedangkan berada dalam RED ZONE
GOMEN semuanya nak di longgarkan!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Halaaa...in da first place,y ko bg kebenaran bt kenduri kawin tu,bukan tmpt org bersesak2 jgk ke?ofkos laa kan time nak mkn tu kemain masing2 x jaga sop,bukak mask..ehhh.. pengantin pn xpakai mask laa..rengsa betul aiolzs dgn manusia mcm ni..jenis fikir sekerat jah..kalau betul2 nak kurangkn,kenduri pn jgn bg buat..tgk kes y naik ni sbb kenduri kawin kan..kt klate tu ai dpt taw drpd my mom y ada y kena kt kenduri..

Y pegi kenduri bkn org kg tuh je,sanak sedara y berjaya rentas negeri pn ada...mcm mana polis bt keje??bg kelonggaran utk geng korg jah?geng2 vip y sesuka hati rentas negeri bagai..benci ai! Sblm ramadhan dtg,mmg ai nak kecam puas2!
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:29 AM | Show all posts
Alah, yg di sarawak tu punya la strict gila nak mampos nak masuk, tpi kes bertambah2 mencanak2 mengalahkan selangor apa hal? Yg Sabah tu aman2 jah masuk mcm biasa, kes xbyk mana pon. Kesimpulannya, pkp, darurat dan kuarantin 14hari tak berkesan yah!
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:30 AM | Show all posts
pu3_rania replied at 12-4-2021 09:18 AM
Tak perlu tunggu bulan Ramadhan kes nak naik coz sekarang ni aktiviti perkumpulan secara fizikal dah ...

meeting pastu kursus bagai,aku awal2 tahun dah lebih dari cukup kursus...
tiap minggu ade je buat kursus kumpul ramai2... xpaham la dgn gov ni benda mcm ni x reti nak elakkan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:33 AM | Show all posts
sat lagi ada cluster bazar ramadhan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2021 10:35 AM | Show all posts
Punca utama tak jaga SOP jaa... company member aku.. ada activity ramai juga... ada sekoq mamat ni +ve hasil jangkit dari bini sundri... tapi orang lain tadak pun +ve di office tu kerna management ketatkan SOP...

Kesimpulannya... hanya procedure PKP 1.0 sahaja berkesan... jika tak mahu buat macam dulu... bagi pilihan pada rakyat bukan macam negara komunis... siapa yang terbukti pembawa virus ni.. kenakan denda yang tinggi kasi sadar sikit sebagai pembawa & tidak mematuhi SOP..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala, aku baru book utk iftar puasa ni kt hotel. Kang kalo kena pop lagi, confirm burn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 05:01 PM | Show all posts
Tak perlu tunggu Ramadhan pun kes tetap banyak juga
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 12-4-2021 10:29 AM
Alah, yg di sarawak tu punya la strict gila nak mampos nak masuk, tpi kes bertambah2 mencanak2 menga ...

Tgk x kes sdmc mintak suapan kalau nak release cepat.sdmc mmg celaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu, tak ramadan pun kes tak pernah turun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 12-4-2021 10:35 AM
Punca utama tak jaga SOP jaa... company member aku.. ada activity ramai juga... ada sekoq mamat ni + ...

Kau salahkan cikgu juga. SOP pon tk jaga. Mcm apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ja aku plan nak booking bufet Ramadhan belanja makcik dan keluarga.. Cancel la.. Aku order foodpanda ja la antar kat depa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 12-4-2021 09:18 AM
Tak perlu tunggu bulan Ramadhan kes nak naik coz sekarang ni aktiviti perkumpulan secara fizikal dah ...

Semua longgar tp masih keje BDR.. Apebenda laaaa.. Stress bila fikir
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 12-4-2021 09:38 AM
Halaaa...in da first place,y ko bg kebenaran bt kenduri kawin tu,bukan tmpt org bersesak2 jgk ke?ofk ...

Haipppp.. Sabarrrr dik suki sabar...

Moh bkuntum kt benang meor kena soal siasat. Kihkihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 12-4-2021 10:29 AM
Alah, yg di sarawak tu punya la strict gila nak mampos nak masuk, tpi kes bertambah2 mencanak2 menga ...

Ni kaka setuju..in the first place mcm mana blh ada strain Afrika tu masuk msia??? Care to share...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 12-4-2021 08:11 PM
Ni kaka setuju..in the first place mcm mana blh ada strain Afrika tu masuk msia??? Care to share.. ...

Aku lgi tertarik knp ig ebit liew senyap je. Tkdee ig story. Bosan sgt ke kuarantin dekat hotel tu. Tkde aktiviti berzikir ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 12-4-2021 08:15 PM
Aku lgi tertarik knp ig ebit liew senyap je. Tkdee ig story. Bosan sgt ke kuarantin dekat hotel tu ...

Nape dah rindu ek?

Eheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 12-4-2021 08:40 PM
Nape dah rindu ek?

Eheheheheh

Adakah dia dimasokkan ke maeps. Ke hospital ke. Mana tahu. Kalau tk ada je cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 12-4-2021 08:46 PM
Adakah dia dimasokkan ke maeps. Ke hospital ke. Mana tahu. Kalau tk ada je cerita.

Oh xsure la dik.. Kaka follow ebit pon idok. Malas nk bc drama fake. Kadang2 geli tgk dia PDA kt ig.. Nk kasi show off cth keluarga cth.. Tp yang peliknya ebit ni xdpt2 award fmly mithali mahupun tokoh maal hijrah..hujung2 plg tinggi pon hanya dpt tokoh belia.. Apoo?

Hajah berlitup br 4bln pon dh blh menang mcm2 award despite kejelekan yang forever non stop.. Ni kan plak ustaz terpaling mcm ebit yg dh puluhan tahun berdakwah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.098512 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list