CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2310|Reply: 4

Mila Jirin Terselamat Dari Kemalangan

[Copy link]
Post time 12-4-2021 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Mila Jirin Terselamat Dari Kemalangan

Penyanyi dan juga usahawan, Mila Jirin dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan di mana kereta yang dinaikinya bersama keluarga telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lain.

  


Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Persis Mutiara ini menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan para peminat serta pengikut media sosialnya.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin berkata sisi pintu penumpang bahagian belakang telah mengalami calar teruk akibat kemalangan itu.

  


“Kena langgar semalam (kelmarin). Si pelanggar bawa laju macam nak pergi perang. Nasib baiklah si pelanggar baik budi pekerti. Saya dan suami maafkan dia. Tidak sengaja sebab nak cepat untuk makan malam dengan keluarga.”


Dia dalam pada itu turut memanjatkan kesyukuran kerana tidak mengalami sebarang kecedaraan serius dan masih dilindungi Allah S.W.T.

  


Mila juga sempat menasihatkan orang ramai di luar sana agar sentiasa berhati-hati memandu dan tidak membawa kenderaan dengan laju.

SUMBER : Instagram Mila Jirin
https://beautifulnara.com/bawa-l ... at-dari-kemalangan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik baik jugak
Kasi report
Pujuk dia report juga


Iols pernah kena gini..
Iols jumpa.owner
Pujuk baekkkk punya
Malam tu dia pi report
Esok terus iols.claim.insurans dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 07:57 PM | Show all posts
shernazz replied at 12-4-2021 07:13 PM
Baik baik jugak
Kasi report
Pujuk dia report juga

ramai camtu cakap takpe halalkan settle tepi, sekali report keluar kena pergi mahkamah bayar saman mahkamah claim insurans.

bila accident kita wajib tentukan siapa salah siapa betul. lepas tu snap salinan lesen masing2. lepas tu bagi option bayar? claim insurans? atau buku lima tepi jalan ( tengok keadaan kalau badan cm vokuru mungkin kena minta bantuan tengku jalal dan pasukan askar kereta berkuda perodua myvi highbeam)

lepas tu bawa ke balai dan hantar workshop. elakkan towing tak bertauliah , call insurans. pastikan kedai bengkel tu reliable sebab banyak kes claim macam renovate satu rumah tapi dia tak repair apa pun , guna barang lama  repair repaint dan barang baru jual semula.

ada family pernah terkena cakap xpe2 sekali surat court sampai , pg court bayar saman untuk claim insurans.
p/s : kaka bukan cakap mila jirin ye, kaka sharing pengalaman family kaka je terkena dengan apek cina yang cakap tak apa awak kat mana awak kt mana, di tanya lagi?

p/s: kalau towing tu kereta berkuda tengku jalal jangan ambil sebab kereta anda bakal di towing ke alam bunian.

moga urusan kaka mila jirin di permudahkan.






Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-4-2021 07:57 PM
ramai camtu cakap takpe halalkan settle tepi, sekali report keluar kena pergi mahkamah bayar ...

Betul2... better buat je repot...kecuali kalau both keta x teruk mana..calar skit je boleh la settle tepi...sbb kalau repot dedua kena saman...bayar saman je dah lebih dr kos calar2
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-4-2021 07:57 PM
ramai camtu cakap takpe halalkan settle tepi, sekali report keluar kena pergi mahkamah bayar ...

Dua2 kena report
Kalau salah sorang..tak boleh claim katanya
Jadi ...dah dia langgar kete iols..harusah iols cari jalan utk claim insurans dia
Hahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.139017 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list